Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.
Husam tidak pernah kenal wa. Wa tidak terbabit sebutir kepentingan pun dengan mamat ni. Tapi, wa telah memilih beliau untuk memberikan saingan sihat kepada pengaruh DSAI dalam perebutan pasaran pengundi baru.
Kembali kepada realiti dan landasan sebenar, PAS berjuang dalam wadah demokrasi, di mana memerlukan undi majoriti. Pengundi yang lama akan meninggal dunia dan diganti dengan pengundi baru mengikut keadaan semasa. Kerelevanan PAS adalah bergantung kepada sejauh mana bijaknya PAS bersaing dalam satu-satu zaman.
Pengaruh DSAI.
DSAI adalah agen perpaduan. Dengan beliau, PAS dan DAP dapat bercantum. Anda tidak setuju, tidak mengapa. DSAI juga adalah agen Islam dan barat bercantum. Betul atau salah dalam hokum, bukan isunya. Isunya di sini ialah agen pencantuman.
Dalam persaingan merebut pengundi baru, apa yang wa bimbang ialah ketewasan tanpa sedar PAS terhadap DSAI. Ya. DSAI dan bukannya PKR itu sendiri. Buat masa ini, pengaruhi DSAI diimbangi oleh icon PAS yang bernama Nik Aziz. Seumpama USA yang diimbangi oleh Russia. Tetapi sudah berapa umurnya TGNA? Simboliknya, USA tanpa diimbangi oleh Russia adalah sesuatu yang sangat tidak sihat.
Apa plan PAS?
Barisan Rakyat bergerak dalam kerjasama secara selektif. Bukannya kolektif. Hanya pada tajuk-tajuk tertentu. Dan sudah pasti PAS perlu menyediakan satu plan yang melindungi matlamatnya dalam wadah demokrasi yang dipilih itu. Persoalannya apa plan PAS?
Inilah cadangan wa kepada Husam. Husam tidak perlu mendapatkan sokongan atau bantahan daripada ahli berdaftar PAS. Hanya ikhlas kerana Allah dan Islamic State Mission, beliau hanya perlu terus menyaingi DSAI secara sihat. Wa tidak nampak orang lain buat masa ini.
Husam perlu keluarkan kenyataan yang memandu pengundi (bukan ahli semata) dalam setiap isu, sekerap yang mampu. Kenyataan Husam harus bersifat universal sesuai dengan Islam Untuk Semua. Tidak kira apa jua isu, Husam perlu menunjukkan satu icon yang sama rata mengikut neraca Islam. Tidak kira sama ada UMNO atau PKR mahupun PAS sendiri. Fight dan bersaing dengan pantas dan agreasif.
Pengaruh Anwar perlu diimbangi.
Jika rangka pengaruh Anwar dibentuk berdasarkan manipulasi sentimen, Husam perlu berbeza dari rangka itu. Rangka TGNA adalah satu rangka yang baik dan lebih stabil. Cuma dalam tajuk karisma, Husam tidak perlu menjadi TGNA, sebaliknya menjadi dirinya sendiri. Dia mempunyai elemen itu.
Ini semua adalah penting untuk PAS. Yang baru dalam corak zaman terbuka semakin bertambah. Yang lama dalam corak zaman tertutup semakin berkurang. PAS perlu akui ini sama ada setuju atau tidak. Pasaran pengundi baru perlu direbut sekarang. Bukan demi Husam, tetapi demi Islamic State Mission yang perlu ditegakkan secara di bawah sedar.
1. Untuk itu, Husam tidak perlu terlalu rapat atau terlalu mengekori Anwar. Rapat atau bersama, perlu dalam konteks profesional. Atau kata lainnya, apabila perlu dan rasmi sahaja. Itu yang pertama.
2. Yang kedua, Husam perlu pantas memacu atau memandu minda atau fikrah orang level awam lebih pantas dari Anwar. Dalam setiap isu, Husam perlu keluarkan penerangan atau kenyataan yang bersifat universal. Cool, bijak dan bertrampilan. Dalam konsep ini, sama ada BR atau UMNO, level awam akan ternanti-nanti pemanduan (rujukan) Husam dari setiap isu.
3. Yang ketiga ialah imej. Perspektif atau apa yang dilihat level awam adalah penting dalam perebutan pengundi / pengaruh. Contoh. Lihat bagaimana Anwar menyediakan imej isterinya di khalayak awam. Bertudung untuk pasaran muslim, memegang kipas tangan Cina untuk pasaran ‘universal’, sentiasa tersenyum manis dan berwatak lembut. Itu baru isterinya. Jadi, Husam perlu menyediakan ini semua. Boroi, selekeh dan mengelupur adalah silap untuk wadah perebutan majority.
Masa sudah suntuk.
Mahu tidak mahu, demi Allah dan Islamic State, Husam perlu bergerak sekarang. Anwar sudah 61. Sekiranya 16 September tertunda ke PRU13 bermakna Anwar sudah 65. Berapa lama Anwar mahu menjadi PM dari umur 65? Dan siapakah icon PKR yang bersifat agen perpaduan seperti perenggan di atas? Jadi, PM dari PKR ke PKR akan bergolak dalam PKR sendiri.
Ketika inilah wa mengharapkan lu demi kaki kanan ke arah Islamic State. Lu perlu menyediakan diri lu sekarang, bro Husam. Bukan demi diri lu sendiri, tetapi demi Allah, demi anak cucu.
DSAI habis, maka icon PKR pun habis. Icon PKR habis, perjuangan pun akan samar.
TGNA habis, maka icon PAS pun habis. Tetapi tidak total, cuma terhenti sebentar. Perjuangan PAS akan terus relevan.
Jadi, kesimpulannya, sebenarnya, kini, tali pemacu Islamic State berada di tangan lu, bro. Jelas?
Wallahualam.
good opinion!
ReplyDeleteThat's how you're supposed to say about pimpinan PAS, people will think about it. At least you give an alternative.
May be next muktamar??
Alias
semenjak ditarik kembali ke Kelantan ni, teman rasa imej universal Husam dah makin pudar.Mungkin silap congak untuk meletak Husam hanya untuk state.Perlu diingat di Kelantan Husam tidak begitu digemari. Adalah penting untuk kembalikan Husam ke persada politik nasional, bukan hanya di kelantan.
ReplyDelete-zaminc-
Setuju bro zaminc. Husam perlu ke nasional semula dengan lepaskan state. Corak state di Kelantan tidak sesuai bagi Husam.
ReplyDeleteKalau boleh dipilih, wa bagi istilah corak tertutup di negeri Kelantan n Ganu tidak sesuai utk jenis Husam.
AT
aku setuju ngan cadang ko yang ni..... sebelum PRU 12 lagi aku tak puas hati sebab husam tak bertanding kerusi parlimen..... mengapa permata yang sedang bekilauan ini disimpan sedangkan lebih berharga jika dipamerkan..... memang betul la di kelantan ada yang tak puas hati ngan YB Husam ni..... aku setuju sangat lepas ni YB Husam naik ke parlimen.... dan menjadi bakal PM selepas DSAI.... - abanghensem
ReplyDeleteyang ni aku setuju... tiada tokoh lain yang boleh gantikan anwar selain dari husam. penarikan husam dari peringkat nasional tak berapa tepat tetapi TGNA mempunyai pandangan dan agenda sendiri.. agaknya di kelantan pun tiada sape yang dapat gantikan TGNA kecuali husam.
ReplyDelete