Skip to main content

Berikan Kuda Itu Kepada Husam


Oleh : AdukaTaruna

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui.

Husam tidak pernah kenal wa. Wa tidak terbabit sebutir kepentingan pun dengan mamat ni. Tapi, wa telah memilih beliau untuk memberikan saingan sihat kepada pengaruh DSAI dalam perebutan pasaran pengundi baru.

Kembali kepada realiti dan landasan sebenar, PAS berjuang dalam wadah demokrasi, di mana memerlukan undi majoriti. Pengundi yang lama akan meninggal dunia dan diganti dengan pengundi baru mengikut keadaan semasa. Kerelevanan PAS adalah bergantung kepada sejauh mana bijaknya PAS bersaing dalam satu-satu zaman.

Pengaruh DSAI.

DSAI adalah agen perpaduan. Dengan beliau, PAS dan DAP dapat bercantum. Anda tidak setuju, tidak mengapa. DSAI juga adalah agen Islam dan barat bercantum. Betul atau salah dalam hokum, bukan isunya. Isunya di sini ialah agen pencantuman.

Dalam persaingan merebut pengundi baru, apa yang wa bimbang ialah ketewasan tanpa sedar PAS terhadap DSAI. Ya. DSAI dan bukannya PKR itu sendiri. Buat masa ini, pengaruhi DSAI diimbangi oleh icon PAS yang bernama Nik Aziz. Seumpama USA yang diimbangi oleh Russia. Tetapi sudah berapa umurnya TGNA? Simboliknya, USA tanpa diimbangi oleh Russia adalah sesuatu yang sangat tidak sihat.

Apa plan PAS?

Barisan Rakyat bergerak dalam kerjasama secara selektif. Bukannya kolektif. Hanya pada tajuk-tajuk tertentu. Dan sudah pasti PAS perlu menyediakan satu plan yang melindungi matlamatnya dalam wadah demokrasi yang dipilih itu. Persoalannya apa plan PAS?

Inilah cadangan wa kepada Husam. Husam tidak perlu mendapatkan sokongan atau bantahan daripada ahli berdaftar PAS. Hanya ikhlas kerana Allah dan Islamic State Mission, beliau hanya perlu terus menyaingi DSAI secara sihat. Wa tidak nampak orang lain buat masa ini.

Husam perlu keluarkan kenyataan yang memandu pengundi (bukan ahli semata) dalam setiap isu, sekerap yang mampu. Kenyataan Husam harus bersifat universal sesuai dengan Islam Untuk Semua. Tidak kira apa jua isu, Husam perlu menunjukkan satu icon yang sama rata mengikut neraca Islam. Tidak kira sama ada UMNO atau PKR mahupun PAS sendiri. Fight dan bersaing dengan pantas dan agreasif.

Pengaruh Anwar perlu diimbangi.


Jika rangka pengaruh Anwar dibentuk berdasarkan manipulasi sentimen, Husam perlu berbeza dari rangka itu. Rangka TGNA adalah satu rangka yang baik dan lebih stabil. Cuma dalam tajuk karisma, Husam tidak perlu menjadi TGNA, sebaliknya menjadi dirinya sendiri. Dia mempunyai elemen itu.

Ini semua adalah penting untuk PAS. Yang baru dalam corak zaman terbuka semakin bertambah. Yang lama dalam corak zaman tertutup semakin berkurang. PAS perlu akui ini sama ada setuju atau tidak. Pasaran pengundi baru perlu direbut sekarang. Bukan demi Husam, tetapi demi Islamic State Mission yang perlu ditegakkan secara di bawah sedar.

1. Untuk itu, Husam tidak perlu terlalu rapat atau terlalu mengekori Anwar. Rapat atau bersama, perlu dalam konteks profesional. Atau kata lainnya, apabila perlu dan rasmi sahaja. Itu yang pertama.

2. Yang kedua, Husam perlu pantas memacu atau memandu minda atau fikrah orang level awam lebih pantas dari Anwar. Dalam setiap isu, Husam perlu keluarkan penerangan atau kenyataan yang bersifat universal. Cool, bijak dan bertrampilan. Dalam konsep ini, sama ada BR atau UMNO, level awam akan ternanti-nanti pemanduan (rujukan) Husam dari setiap isu.

3. Yang ketiga ialah imej. Perspektif atau apa yang dilihat level awam adalah penting dalam perebutan pengundi / pengaruh. Contoh. Lihat bagaimana Anwar menyediakan imej isterinya di khalayak awam. Bertudung untuk pasaran muslim, memegang kipas tangan Cina untuk pasaran ‘universal’, sentiasa tersenyum manis dan berwatak lembut. Itu baru isterinya. Jadi, Husam perlu menyediakan ini semua. Boroi, selekeh dan mengelupur adalah silap untuk wadah perebutan majority.

Masa sudah suntuk.

Mahu tidak mahu, demi Allah dan Islamic State, Husam perlu bergerak sekarang. Anwar sudah 61. Sekiranya 16 September tertunda ke PRU13 bermakna Anwar sudah 65. Berapa lama Anwar mahu menjadi PM dari umur 65? Dan siapakah icon PKR yang bersifat agen perpaduan seperti perenggan di atas? Jadi, PM dari PKR ke PKR akan bergolak dalam PKR sendiri.

Ketika inilah wa mengharapkan lu demi kaki kanan ke arah Islamic State. Lu perlu menyediakan diri lu sekarang, bro Husam. Bukan demi diri lu sendiri, tetapi demi Allah, demi anak cucu.

DSAI habis, maka icon PKR pun habis. Icon PKR habis, perjuangan pun akan samar.

TGNA habis, maka icon PAS pun habis. Tetapi tidak total, cuma terhenti sebentar. Perjuangan PAS akan terus relevan.

Jadi, kesimpulannya, sebenarnya, kini, tali pemacu Islamic State berada di tangan lu, bro. Jelas?

Wallahualam.

Comments

  1. good opinion!

    That's how you're supposed to say about pimpinan PAS, people will think about it. At least you give an alternative.

    May be next muktamar??

    Alias

    ReplyDelete
  2. semenjak ditarik kembali ke Kelantan ni, teman rasa imej universal Husam dah makin pudar.Mungkin silap congak untuk meletak Husam hanya untuk state.Perlu diingat di Kelantan Husam tidak begitu digemari. Adalah penting untuk kembalikan Husam ke persada politik nasional, bukan hanya di kelantan.
    -zaminc-

    ReplyDelete
  3. Setuju bro zaminc. Husam perlu ke nasional semula dengan lepaskan state. Corak state di Kelantan tidak sesuai bagi Husam.

    Kalau boleh dipilih, wa bagi istilah corak tertutup di negeri Kelantan n Ganu tidak sesuai utk jenis Husam.

    AT

    ReplyDelete
  4. aku setuju ngan cadang ko yang ni..... sebelum PRU 12 lagi aku tak puas hati sebab husam tak bertanding kerusi parlimen..... mengapa permata yang sedang bekilauan ini disimpan sedangkan lebih berharga jika dipamerkan..... memang betul la di kelantan ada yang tak puas hati ngan YB Husam ni..... aku setuju sangat lepas ni YB Husam naik ke parlimen.... dan menjadi bakal PM selepas DSAI.... - abanghensem

    ReplyDelete
  5. yang ni aku setuju... tiada tokoh lain yang boleh gantikan anwar selain dari husam. penarikan husam dari peringkat nasional tak berapa tepat tetapi TGNA mempunyai pandangan dan agenda sendiri.. agaknya di kelantan pun tiada sape yang dapat gantikan TGNA kecuali husam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.