Skip to main content

Wawancara bersama Qarin Ayoh Chik (3)

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3

"Otak lu bos. Tu yang lu suruh gua dapatkan no tepon Nora Danish tu apo?"

"Shhhh............ Off record la ngok. Ni kalau blogger pondan pro ulama melayu tahu nih, mampos gua."

"Lu pun macam Hadi gak ke bos? Nak off2 record? Hahaha. Kalau nak off rekord, baik jumpa dalam kelambu jer bos. Tak payah nak susah dedahkan fakta dan hujah kepada masyarakat."

"Dah... dah. Jom. Bawa gua kat OKT lu orang."

"Bereh bos. Lelap mata. Skang lu kena masuk alam gua."

****************************************

"Sampai bos. Sila masuk. Jangan memalu. Semua jin kat sini team kita."

"Semekom~..."

"Huih bos. Bagi salam bebetul la. Semua kat sini pegawai tertinggi ketenteraan kerajaan Islam Alexscan."

"So? Gua kena wala la?"

"Jangan memain la bos..."

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Pundek! Gua kenal mamat jin yang berdiri tegak di belakang sana! Tu la jin takda mata yang kacau gua kat Kelantan hari tuh.

"&%$#(@ (*%^ )*&^&^" Kata jin yang duduk sambil tersenyum manis. Ada mata la plak. Gua ingat mamat ni kapten kat sini.

"&65$9 )*^&% ($$^.." Jin gua plak bersuara balas. Si mangkuk 2 ekor ni ado yang kono tempeleng dengan gua nih. Cakap Melayu la Ngok!

"Err.. maaf akhi Aduka. Terspeaking bahasa kami pula. Takper2.. kami tahu bahasa anda. Kami adalah cawangan Nusantara di bawah Agensi Pusat Ketenteraan Alexscan. Silakan duduk. Tapi atas lantai la. Mohon maaf sangat."

"Bos tak leh duduk atas peralatan kami, kecuali yang kami cipta khas untuk manusia. Sebab bos berjasad. Kami tidak berjasad. Makanan dan semua peralatan bos dari tanah. Makanan dan semua peralatan kami dari api."

"Takper2 bro... gua faham. Gua selamba jer nih bersila. Ni kira gua bersila atas tanah la nih eh. Walau gua nampak macam permaidani mewah nih?"

"Ya... ya betul."

"Ok camni bro. Sebelum gua mohon kebenaran berjumpa tawanan, gua nak tanya bro.. saudara kat belakang tu sapa?" Selamba gua tunjuk jari kat mamat jin takda mata tuh."

"Oh... yang itu." Senyum.

"Kita pernah jumpakah?" Mamat jin takda mata tu boleh sound gua camtu plak.

"Ewah2.... bergurau nampak. Yang lu kacau gua tidur dulu apsal? Gua tak marah. Gua bertanya. Boleh?"

"Camni Aduka..." Kapten jin tu senyum.

"Kami dah tahu lama pasal kamu. Pendek ceritanya, saudara kita yang ini, memang dihantar untuk selidik kamu."

"Woo..... so..... rupa2nya lu pun agen Alexscan jugak la kan?" Gua jeling jin gua yang dah mula kelam-kabut ala2 Hadi bila berdepan dengan gua malam tu.

"So, bagaimana peristiwa kalian mahu berkawan dengan gua juga adalah perencanaan lu orang jugak la kan? Niamakahai. Gua tertipu siot."

"Tak salah kan? Namun kami tetap mohon maaf jika saudara Aduka terasa ditipu." Kapten jin tadi cuba membetulkan keadaan.

"Dah.. dah. Gua malas fikir. Skang gua nak jumpa tawanan. Mohon lu bagi kebenaran."

"Tawanan ada 2, Aduka.. Yang mana satu?"

"2?"

"Benar. Satu ialah Qarin kepada Hadi Awang, Presiden Parti Islam di Malaysia. Dan satu lagi ialah 2 jin Zionis yang bertugas di bawah syarikat APCO."

"APCO?"

"Ya. Syarikat Zionis yang menguruskan agenda mereka kepada dunia Islam baka manusia bermutu rendah."

"Baka manusia bermutu rendah?"

"Ya. Bangsa Melayu, Kulit Hitam Afrika dan muslim2 negara ketiga."

"Pun guna jin juga?"

"Susah kami nak terangkan. Saudara Aduka perlu hadiri taklimat khas perisikan kami untuk itu. Secara mudahnya, Zionis dan USA sebenarnya diperintah secara rahsia oleh satu baka jin yang hebat."

"Sekumpulan atau seorang?"

"Seorang yang berjaya menghasilkan seorang. Dan kemudiannya membentuk sekumpulan besar yang hebat."

"Siapa?"

"Azazil yang berjaya menghasilkan Dajal. Dajal yang berjaya menyatukan 2 blok kerajaan makluk kafir secara rasmi. Jin dan manusia. Pertama kali dalam sejarah dunia ini dicipta."

"Tak mati2 lagi Azazil?"

"Hanya Azazil yang hidup sampai kiamat. Allah makbulkan doanya. Azazil adalah Tuhan kepada syaitan dan jin. Dajal pula adalah rasul terakhir Azazil. Azazil copy konsep dan sunnah Allah."

"Pegh.... smart gile."

"Memang Azazil bijak. Kerana dia sendiri bertaraf ketua malaikat satu ketika dulu. Tapi kita perlu yakin bahawa perancangan Azazil adalah cebisan dalam perancangan Allah yang Maha Hebat."

"So, gua kensel jumpa Qarin Hadi. Gua nak jumpa jin Zionis."

"Maaf Aduka. Belum masa lagi. Kamu perlu bersiap dalam banyak perkara sebelum bersoal jawab dengan agen kerajaan Segitiga Bermuda itu."

"Ak. alaaaa.... kang gua merajuk, kang."

"Siyes la bos. Jangan memain la."

"Gua berak dulu lah."

Comments

  1. macam haram..baik lu buat megi lu sudah kembang..

    cantikla idea lu.tak pernah terpikir pulak.nnt gua try riki2 abg ipar gua yg bole nmpk makhluk2 nih

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...