Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

May 9, 2010

Bokbong nate apo la.... Bengong punya jin Kelate.

Oleh : AdukaTaruna

“Kejap Di… gua nak buang air. Gila tak tahan dah ni.”

“Petropam jauh lagi ni Yo..”

“Gilo mu. Kang gua kecing dalam keto mu ni kang..”

“Tempak tak molek sini Yo.. tunggu kejap lagi la.”

“Mu benti jer Di. Darurat dah ni.”



Gua terjaga antara tidur. Peluh2.. ah sudah…. Tak leh gerak. Lama gua tak kana benda alah ni. Last kena masa gua asrama tak silap gua. Fakap! Gua nak kena tindih time tidur la nih.

Serentak itu, perasaan gua terhambat kat luar rumah. Ada something kat luar. Gua still tak leh gerak. Barua! Lu masuk la kalau berani. Gua hari ni dah 29 bai. Lebih dewasa dari asrama macam dulu. Lu masuk.. try masuk, tengok.



“Benti sini Yo?”

“Ha.. lu tunggu kejap Di. Kawe kecing jap.”

Ah….. mana gua nak pancut ni. Darurat dah ni. Best gile jadik lelaki. Hua3…. Gelap la plak.

“Woi! Buak gapo tu. Woi.. ado ore kecing.”

Niamakahai punya member. 


Tiba2 tilam gua mendap. Macam ada orang pijak. Betul2 kat kaki gua. Gua tengok. Tak nampak. Bangsat! Gua still tak leh gerak. Lu kasi gua gerak la bengong. Penakut macam UMNO. Nafas turun naik. Gua dah tak takut, tapi marah! Bini gua ada sebelah.

“Lu langkah mayat gua dulu. Lu tak puas hati dengan gua, lu dengan gua. Anak bini gua jangan kacau. Jangan dayus. Sial!” Gua menempik. Tapi tak keluar suara. Hanya bergema dalam hati.


“Nak kecing, tapi kalau takut terkena jin, kena sebut nama Nabi Sulaiman dulu. Jin ada sejarah fobia dengan Nabi Sulaiman.”

Gua teringat kuliah Ismail Kamus. Ah.. dah buka zip baru teringat. Takda masa gua.

“Woi.. mu kecing ko, buang air besa?”

Bokbong! Make Keyo punyo tu. Kekoh dio punyo. Kah kah kah. Yo… ado bokbong situ tuuuu… Wargh kah kah kah.”

Tionaseng punya member. Memekak la plak. Kejadah apo ntah Bokbong tu. Jangan sampai gua kencing lu kuyup macam Nasharuddin Mat Isa kencing 1 Malaysia.


“Lu tunjuk muka lu skang. Lu tunjuk. Berani tunjuk muka la. Pijak2 tilam gua buat apa? Lu pakai selipar tak, tadi? Kotor la tilam Ziana Zain gua. Bengong punya jin Kelate nih.”

“Ya Allah. 2-2 hamba Lu. Gua dengan mamat jin ni hamba Lu. Gua yakin setiap zarah kejadian gua, yang Lu sedang saksikan peristiwa ini. So, gua pohon pada Lu, kekuatan. Gua nak tahu apa kes mamat jin ni?”

Tilam gua bergerak lagi. Serentak dengan terasa bulu2 kat betis gua. Cilakak! Bulu kaki dia lagi lebat dari bulu kaki gua. Spesis jin ke spesis Siamang ni? Ke spesis Parpu Kari Melayu tulen?



Gua pun apa lagi. Bulatkan keyakinan Allah sedang menyaksikan, ronta. Terus dapat gerak. Alhamdulillah! Tu dia!!! Susuk hitam gedabak besar berbulu dan berkepak!! Mata merah? Pundek! Ni bukan novel Tamar Jalis. Lembaga ni takda mata!!

Gua bingkas bangun. Lembaga X terhambur ke pintu. Gua tenung kepala dia. Mata dia takda nak tenung mata macamana bai. Gua-dia lebih kurang 4 meter. Tinggi gua paras ketiak dia. Tinggi jin ni. Makan gandum ke apa?

(bersambung ikut suka..)

2 comments:

Isa said...

"Anak bini gua jangan kacau. Jangan dayus"

Kencing la lu..., lu mana ada anak lagi.., lu ada bini jer...

Pembetulan kat ayat tu... ha..ha..ha...

Nik Adib said...

bini dia dah mengandung la dowh