Skip to main content

Cerita gua 8

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8


Keluar pintu trus ke tangga. Turun. Gua dah nampak polis X dengan polis wanita dah stanby dengan waja tadi.

"Cepat, cepat. Masuk kereta." Tuan tu cakap dengan gua.

"Terus balik.. nanti saya sampai." Arah Tuan tu ke Polis X.

Kereta terus blah..... menuju ke IPD Pengkalan Chepa.

"Susah Rul... kes mu nih.. umur baru 29 tahun, tapi jadi kes negara. Lepas ni mu kena soal dengan SB pulak. Kalau dah selesai semua ni Rul, kalau mu balik Kelantan, mu cari aku Rul. Kita minum air."

"Insyaallah Encik.."

"Ala... aku pun nak ikut...." Polis wanita pun menyampuk.

"Petang ni atau malam ni mu kena hantar ke Bukit Aman tau Rul."

"Yeke? Eh.. Encik. Saya nak kol isteri dulu boleh tak?"

"Dah... aku dah bagitau tadi. Semua kawan2 mu dah pergi ke IPD."

"Huih.... terima kasih banyaklah Encik..."

Pendek cerita gua sampai balik IPD Pengkalan Chepa. Hujan mengiringi gua. Mak aii (suara sengau)... macam ayat novel cinta pop Melayu ni siott...

Gua ditempatkan di bilik JSJK dengan diberi suasana layanan yang baik. Gua tidak diganggu ketika bersembang dengan rakan blogger Kelantan, makan dengan bini dan mak mertua gua. Malah sesekali mereka turut join sekali. Gua taip dengan pro... mana yang buruk gua taip buruk. Mana yang baik gua taip baik. Takda masa gua nak tokok tambah macam Timbalan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan der beb (kes Presiden selamatkan orang lemas). Walau gua jahat, gua ada prinsip. Gua bukan jenis pendokong ulama tahap Melayu.

Then, polis IPK datang ambil gua. Tangkap gambar dan rekodkan butiran diri gua. Gua bergambar di hadapan backdrop biru. Depan gua ada besi yang menyusun nombor. Kira nombor fail gua la. Gua disuruh posing ni beb. Gambar depan dan gambar kedua2 jenis sisi gua. Gua rasa macam pelajar AF plak.

Pastu gua diambil cap jari. Kat satu mesin khas. Mesin tu diberitahu kepada gua disambung khas kepada Bukit Aman. Sejuk bhai bilik tu. Lemak2 yang gua pelihara dalam badan gua selama ni pun gagal membantu gua. Menggigil gua siott...

Settle semua, gua sound polis X.

"Encik.. sory la... saya nak buang air la.. sejuk la bilik tuh."

"Jom.."

Selesai, gua digari balik. Yang bagusnya gua rakam, polis kat JSJK IPD Pengkalan Chepa mesti tanya gua sama ada gari tu dikunci terlalu ketat atau tidak setiap kali gua digari. Dari Tuan dia, sampai ke polis X.

"Gari ni Rul, mu jangan kasi dia turun bawah. Nanti dia ketat. Sakit mu. Biar dia kat lengan. Aku nak garu longgar sangat takut gak. Kalau tercabut depan Tuan, depan media, mati aku."

SB pun datang.

(Dialog, suasana dan susunan hujah mungkin lebih kepada ciptaan gua semata-mata. Sebab gua tidak berapa ingat susunan sebenar 100%. Gua tidak mahu menipu pembaca gua, so gua bagitau dengan jujur.)

Then gua masuk balik bilik JSJK. Sembang2 dan sempat ambil gambar dengan Topeng. SB pun datang. 4 orang semuanya. Pakaian kemas macam orang pejabat. Tak pakai uniform. Mereka guna guna bilik bos JSJK.

Gua masuk dan dipelawa duduk. Atas meja ada satu digital camera cap Canon yang dihalakan kepada gua. Dia rakam guna tu kot. Gua pandang tepat kepada kamera tu untuk beberapa saat. Mesejnya ialah untuk memberitahu 4 SB tu yang gua dalam keadaan tahu bahawa gua sedang dirakam.

Pastu mata gua meliar tengok telinga, poket, kolar mereka. Mana tau ada gajet James Bond. Hahaha. Saja gua perlihatkan keadaan mata gua yang memerhatikan mereka. Then 2 lagi keluar, tinggal 2 sahaja.

"Khairul Nizam Bin Abd Ghani..." SB 1 berumur lebih kurang 50 bersuara sambil memandang kertas yang dipegangnya.

"Yer saya." Gua jawab. Senyum dan releks.

"Apa tujuan kamu tulis kenyataan itu?"

"Sebelum itu saya nak tahu, adakah saya diberikan hak untuk berdiam diri?" Senyum. Kena senyum bhai.. sebab ayat tu maybe disalah erti sebagai ego. Gua tak nak ditafsir begitu.

SB 1 pandang SB 2. SB 2 berumur 35 anggaran gua.

"Memang kamu mempunyai hak berdiam diri. Tapi kami perlu selesaikan tugas kami. Kalau kamu berdiam diri, macamana tugas kami nak selesai?"

"Saya faham. Malah saya menyerah diri untuk membantu tugas polis. Saya tidak mengatakan saya mahu berdiam diri secara total. Tetapi saya mahu tahu, adakah saya ada diberikan hak berdiam diri yang mana saya boleh gunakan untuk soalan2 yang tertentu."

"Baiklah.. saya akan catit di sini untuk setiap soalan yang kamu berdiam diri."

"Terima kasih encik. Terima kasih tuan. Saya menghargainya."

"Ok. Apa tujuan kamu menulis kenyataan itu?"

"Kenyataan apa itu tuan. Boleh tuan bacakan untuk saya?"

Tiada beb. Gua nampak bayang2 kertas (di belakang kertas) tu tertulis hanya soalan. Tapi rujukan kenyataan gua tiada. SB 2 keluar. Pada persepsi gua, dia pergi bertanya kepada 2 SB lagi untuk rujukan kenyataan gua.

Suasana 'hang' kejap.

"Khairul... kamu tahu tak betapa pentingnya institusi kesultanan Melayu kepada kita?" SB 1 bersuara sementara menanti SB 2.

"Minta maaf sangat saya kepada Tuan. Adakah ini soalan tugasan tuan kepada saya, atau soalan perbincangan tidak formal? Saya tidak mahu dikaitan perbincangan tidak formal kepada soalan2 rasmi tuan kepada saya."

"Dia begini Khairul.. kami ni ditugaskan mengambil intelligence (camni kot ejanya) kamu...."

"Yer saya faham Tuan. Tapi dalam kes saya, saya dituduh menghina institusi sultan. Dituduh, tuan. So, sepatutnya saya jawab soalan pertama tuan dulu sebelum saya jawab soalan tuan mengenai institusi sultan. Saya mahu dapatkan maksud soalan pertama Tuan dulu. Minta maaf saya Tuan."

Suasana diam sebentar. Then SB 2 masuk. Tiada kertas rujukan kenyataan gua.

"Ok lah Khairul... kita tinggalkan itu sebentar.." SB 2 bersuara.

"Adakah kamu sertai mana-mana badan politik?"

"Tidak ada tuan."

"Betul ke ni, Khairul? AdukaTaruna...."

"Saya rasa Polis Malaysia boleh check identiti saya dalam mana-mana badan berdaftar dengan ROS. Silakan tuan." Senyum.

"Jadi bagaimana sampai boleh 30 lebih laporan polis ke atas kamu, Khairul? Kalau kamu persendirian, dan tidak bernasib baik macam kes pelajar Aswara, atau remaja yang ditahan memiliki mercun di stadium KB, laporan polis tidak mungkin sebegini banyak, AdukaTaruna. Jadi bermakna kamu mempunyai ramai musuh politik."

Bila SB 2 cakap camtu jer, terus gua teringat satu N3 Penarik Beca yang mengusulkan satu teori mana2 blogger yang menentang gerakan Task Force 2010 pasti ditangkap atas pelbagai sebab. Lu cari sendiri N3 dari Penarik Beca. Gua pernah baca.

1. Kickdefella pernah menentang Task Force 2010 ditahan atas tajuk bendera terbalik.
2. Penarik Beca pernah penentang Task Force 2010 ditahan atas tajuk ubahsuai logo PDRM.

Adakah teori ini terjadi kepada gua?

"4 Bulan 10 Hari, kamu ibarat bayi yang keluar dari kandungan.." Ramal Ahli Sufi kepada gua dalam N3 gua yang lepas. Gua congak2... celakak. Kebetulan pulak 4 bulan 10 hari tu tarikh dia sekitar hari ni la. Rasa gua la..

"Kenapa diam, AdukaTaruna?" Senyum jer SB 1 kepada gua.

"Khairul... saya nak bagitahu... kami 4 orang semuanya. Hanya yang terpilih yang ambil intelligence blogger macam kamu. Jangan pusing lah....."

"Ok... ni jawapan saya. Tetapi atas premis teori saya semata."

"Silakan.."

"Saya tidak pernah berdaftar dalam mana-mana badan politik. Saya bebas. Mana yang betul saya sokong, mana yang salah saya lawan. Manchester United tak dapat score gol pun saya kutuk atau sindir. Blog saya tertubuh sejak 2008 selepas PRU12. Mungkin sebab kerajaan banyak buat magic yang bodoh pada pandangan saya, maka, 60% dari kutukan dalam blog saya adalah kepada kerajaan. Jadi, matematik judahnya, 60% musuh saya adalah dari badan politik menyokong kerajaan."

"Berikan contoh musuh anda."

"Blogger UMNO."

"Siapa?"

"Parpu Gari.." Gua test SB tu beb.

"Parpu Gari ke Parpu Kari?"

"Parpu Kari." Gua senyum.

(bersambung...)

Comments

  1. oiii aduka ... lu kasi habis la citer lu ni...... nantikan bila tengaoh syok² baca lu taip camni plak.... KALAU LU ORANG NAK TAU CITER SELANJUTNYA LU ORANG KENA BELI NOVEL TERBARU WA.... hadoihhhhh..... cam baca komik hong kong la....

    ReplyDelete
  2. adess, mcm drama bersiri Melayu plak.. Ni kna tggu bp lm plak utk siri akn dtg ni Duka?

    ReplyDelete
  3. menate lu aduka.. wa tengah rancak baca sambil makan apom balik ni..

    abeh tersedak gelak PARPU GARI! wakakak...

    apoda... tekanan gak ni nak tggu episod akan datang..

    blah la lu...wakaka

    ReplyDelete
  4. aduss...ada versi fast forward tak..

    boleh jual cerita kat media nih..

    ReplyDelete
  5. Lu jangan ngengada nak bikin novel plak bro. Hari2 gua gi cc tunggu lu punya kisah. Kasi habis la cepat. Dah tak tahan nih..

    ReplyDelete
  6. SB tu pun blogger gak kot.tak pun aktif terlibat dgn mana2 forum atau blog politik.tah2 dia still follow cerpen bersiri lu ni.

    boleh check balik ke sapa2 yg buat laporan polis tu?boleh tgk identiti diorang camne.takkan takde hak kot.

    ReplyDelete
  7. "Parpu Gari.." Gua test SB tu beb.

    bro, lu kasi jerangkap samar ker ape..??

    ReplyDelete
  8. "Encik.. sory la... saya nak buang air la.. sejuk la bilik tuh."

    "Jom.."

    lain mcm je "jom" 2.muakaka

    lu punye pusing ayat 2mcm adik mmbe ak.skolah xpndai mn(sbb malas).ak pon yg skolah tngi2 pn kne pusing.

    ReplyDelete
  9. Cikgu pencen lebih suka baca kitab, walaubagaimana pun teruskan menulis. Selamat maju jaya dalam semua bidang.

    ReplyDelete
  10. aduka, aku ni kencing manis.. so aku setuju gak ko wat cite camni.. boleh aku gi bilik air jap.. ngee... tapi buat panjang la skit bro.. aku tabik ko punya ketenangan masa jawab soklan SB.. mcm ko pulak SB.. ko SB ke? ngeee...

    ReplyDelete
  11. tak pun... ko suruh diorang beli novel lu 'jebat lahanat' then percuma senaskah 'cerita gua'...

    ok tak? wakakaka

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu