Skip to main content

Cerita gua 7

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7

Dia pergi ke bilik sel yang kecil tadi. Untuk tahanan seorang. Buka dan brader tu disuruh keluar. Brader tu senyum kat gua, gua balas dan hulur tangan bersalaman. Gua disuruh masuk ke bilik tahanan kecil tu. Bila gua masuk, semua OKT bersorak.

"Woooooo........"

"Takper... kejap lagi kita sambung lagi...." Kata gua kat brader misai yang sudah menjadi jiran gua.

Lepas 2 plis tadi blah... kitorang pun sambung mengumpat pasal kerajaan. Tak berapa banyak yang boleh dibincangkan dengan OKT2 dalam sel nih. Sobab kebanyakan mereka tak tahu isu. Just cakap pasal basic jer la. Gile... kes Memali pun diorang tak tau. Macam haram...

"Bro.. lu kes apa bro?" Gua tanya brader Misai tadik.

"Kes tipu orang. Tipu duit." Dia jawab sambil sengeh.

Macam2 kes dalam tu bhai... kes rogol pun ada. Mamat satu sel dengan Misai. Sungguh2 dia cakap dia tak buat. Gua angguk jer la... mana boleh tuding dia salah sebelum dibuktikan.

Gua tak boleh tidur beb malam pertama gua dalam lokap.

1. Nyamuk banyak.
2. Tempat yang begitu asing dengan gua.

Sesekali polis ada masuk bawa tahanan baru atau kira tahanan. Gua tanya polis pukul berapa. Tapi dia anggap gua tak wujud. Hadoi.... macam gampang beb. Gua nak tahu dah Subuh ko bolom.

"We.... mu tak payoh tanyo gitu la we... polis ni pandang hino ko kito."

Last2 gua terlelap gak. Tahu2 polis dah memekak kejutkan tahanan2 untuk dapatkan perintah reman. Maknanya gua tak semayang Subuh la tuh. Ngee....

Bila gua bangun, kat kaki pintu lokap dah ada tapau sarapan. Sebungkus teh O yang dah sejuk bermakna, time makanan dihantar gua tido mampos. Gua takda selera pun nak makan. Gua tak bagi kat member lokap sebelah, tapi simpan takut2 gua lapar.

"Encik... tuan.... pukul berapa dah?" Gua tanya.

Polis tu boleh buat tak port kat gua. Ekelee.... senyum dan belajar jer la gua.

"Khairul Nizam Bin Abd Ghani..." Polis tadi tu panggil.

Gua tak jawab, tapi angkat tangan setengah. Balas dendam ni beb. Gua guna suara dia tak layan. Ada mata pun anggap macam takda mata. Skang gua nak paksa dia guna mata.

"Khairul Nizam Bin Abd Ghani siapa dia?"

Gua still angkat tangan dari dalam lokap gua. Brader Misai nak bagitau. Tapi gua letak jari kat bibir. Biar polis tu pandang sendiri.

"Siapa kawan dia Khairul Nizam tolong kejutkan. OKT blogger yang masuk malam tadi. Tolong bagi kerjasama. Kita dah lewat."

Last2.. dia terpandang gua. Gua tengah angkat tangan sambil buat muka secool yang boleh.

"Khairul Nizam Bin Abd Ghani?" Tanya dia kat gua.

Gua angguk sambil senyum. Sedekah maa senyum tu.

"Apsal..."

"Jam pukul berapa Encik?"

Belum sempat dia nak tanya gua kenapa gua tak menyahut, gua tanya balik soalan jam tadi. Berubah muka dia beb.

"10 minit lagi pukul 8."

Pastu gua pun dikeluarkan. Duduk bersila berbaris dengan OKT lain yang sudah ada. Kena pakai gari panjang wooo... kira digari sekaligus la. Gua kena gari sebelah mamat Cina bertatoo naga kat belakang leher. Ni bebudak 18 kot. Ontahla...

Lepas tu masuk polis yang ada pangkat sket (agak gua la). Yang incharge bahagian lokap. Sebelah dia polis JSJK yang jaga gua semalam.

"Khairul Nizam Bin Abd Ghani."

"Saya Encik." Gua jawab.

"Eh? Apsal dia digari sekali ni? Tadi arahan saya macamana?"

Polis tadi kelam kabut buka gari gua. Haa... gua da daulat gak rupanya. Ngee...

Then gua dipanggil ke depan. Kena gari secara solo. Polis JSJK sambut gua.

"Mu special sket. Tak kena naik trak. Naik kete waja."

"Apsal Encik?"

"Ada ancaman."

"Ancaman apa?"

"Biasalah... politik. Aku benci sungguh kerja lagu ni."

Pendek cerita gua dibawa pintu lain ke kereta waja. 2 buah kereta waja. Sebuah waja lagi ada pegawai berpaku kat bahu dalam tu. Gua tak tahu jenis2 pangkat nih. Tapi jenis kepala gak la. Sebab polis yang jaga gua tu rujuk kepada dia. Then terus bergerak ke mahkamah KB. Kat mana ntah mahkamah tu.

Masa on the way, ada kol masuk. Polis yang jaga gua (gua bagi nama X la sepas nih) jawab.

"Ok. Tuan. Baik."

"Kenapa?" Polis wanita yang duduk sebelah gua tanya.

"Tuan suruh ikut jalan belakang. Jangan guna pintu depan."

Rupa2nya gua dibawa ke mahkamah ikut pintu belakang. Berbeza dengan Black Maria tadik. Ah... mesti bini gua dan memember tak jumpa gua nih.

Bila sampai, belum parking pun, Waja depan (pegawai tadi) terus turun dan menghala ke waja gua. Buka pintu gua dan suruh gua keluar cepat. Dia toleh kiri kanan. Naik tangga dan masuk ke dalam satu opis. Dari pintu opis ke pintu opis. Ni jalan mana plak ni. Silap keluar plak gua kat KB Mall ni kang.

Terus gua masuk ke satu bilik dan disuruh duduk di satu kerusi. Di meja kerusi tu ada komputer. Nasib baik bergari. Kalau tak sempat gak gua layan blog memember. Ngee...

Tengah bersapau kat situ, tiba2 pintu dibuka separuh. Ada 2 lelaki berkemeja dan berseluar slack gaya wartawan mengintai. Ada kamera tergantung dileher. Dalam 4 saat, mengintai pintu ditutup kembali.

"Siapa?" Tanya polis wanita tadi pada gua.

"Wartawan kot." Jawab gua.

Then pintu dibuka lagi. Wartawan tadi buat isyarat sembelih leher kat gua sambil senyum sinis (gua tulis dengan gentle ni beb).

"Siapa?" Tanya polis X pula.

"Wartawan tadi. Dia buat camni." (Gua gayakan isyarat sembelih leher)

"Eh.... yerker?" Polis wanita tu terkejut dan keluar untuk tengok.

Then dia masuk balik.

"Bukan wartawan. Tapi SB. Aku kenal yang sorang tu." Kata polis wanita kepada polis X.

"Kena bagitau Tuan la. Keselamatan OKT bawah fail kita skang ni."

Dari situ gua dah dapat gambaran bahawa gua akan berhadapan dengan team SB pula selepas ini. Then Tuan tadi muncul. Kami masuk ke mahkamah guna pintu opis ke opis.

Pot pet pot pet pot pet apa ntah Tuan tadi tu cakap dengan Hakim. Nak reman gua.

"Apa yang dia tulis?" Hakim tu tanya.

"Ada di fail bla bla bla..."

Hakim tu baca sambil kerut dahi.

"Ni jer? Ada lain?"

"Tiada."

Pastu Hakim tengok gua.

"Ada apa2 rayuan?"

"Ada yang Arif.." Gua main bantai jer panggil dia yang arif. Padahal nama dia bukan Arifahmi.

"30hb ni saya kawin. Jadi saya minta jasa baik Yang Arif dan mahkamah Kota Bharu untuk lepaskan saya hadiri majlis perkahwinan saya." Pergh... ayat baik punya bodek. Siap jual nama Mahkamah Kota Bharu lagi.

Hakim tu angguk. Dan gua direman sampai 29. Alhamdulillah...settle satu prob gua. Tima kasih la yang Arif. Lepas ni prob berdepan dengan SB plak.

Settle hal reman, Tuan tadi suruh gua dan polis tunggu. Dia keluar usha line. Skang prob gua nak keluar lalu di depan sekumpulan SB yang bercampur dengan wartawan plak. Polis X dah maklumkan kepada Tuan dia tentang provokasi yang SB buat kepada gua tadi.

"Rul... nanti keluar mu ikut Tuan tadi. Tutuk muka mu Rul..." Polis X cakap kat gua.

Then Tuan tu masuk balik.

"Kamu ikut pintu sana. Kamu keluar dulu. Terus ke kereta. Stanby kat sana. OKT ni ikut saya."

Polis X dengan polis wanita tadi kena keluar ikut pintu yang SB provok gua tadi. Gua dengan Tuan berdua stanby. Bila Polis X keluar pintu opis sana, gua keluar ikut pintu rasmi. Tuan polis tu tarik gua laju menuju ke satu opis.

Gua toleh kiri, tengok ramai serbu pintu polis X. Gua tengok kanan nak tengok mana bini gua dan memember semua. SB yang provok gua tadi meluru ke gua. Dia nak menyelit antara gua dengan Tuan tak lepas sebab rapat.

"Tutup muka."

Gua tutup muka. Klik sana klik sini. SB tu follow masuk dalam opis. Nampak satu makcik gemok tengah makan.

"Eh.... mano buleh masuk sini. Keluar!"

Dengan gua, dengan Tuan, dengan SB skali kena tiaw dengan makcik gemok tuh. Hambek ngko. Masuk lagi satu pintu. Tu dia.. ruang pejabat apa ntah dengan fail bersepah2.

Keluar pintu trus ke tangga. Turun. Gua dah nampak polis X dengan polis wanita dah stanby dengan waja tadi.

"Cepat, cepat. Masuk kereta." Tuan tu cakap dengan gua.

"Terus balik.. nanti saya sampai." Arah Tuan tu ke Polis X.

Kereta terus blah.....

(bersambung...)

Comments

  1. nk masuk dn kuar mahkamah macam susah jer. like ko nie penjenayah yang besar lah.
    kalah botak chin. siap ada SB nk bakar line

    ReplyDelete
  2. pergh!!! baik gak polis KB ni yer.... takde la kondem lu sangta.... mungkin dia pun suka kot lu buat "camtu"...

    tapi wa tergolek gelak bila lu sebut nama arif fahmi..... wargh!!! kahkahkahkah

    ReplyDelete
  3. wuu..xtau pulak banyaknya cerita,yang wa tau,lu kena tahan,pastu reman,pastu kawin,ingat tu je.ni nak kena buat buku ni....

    ReplyDelete
  4. mak ai!!(dgn suara sengau).still kat KB lagi.ni mau sampai siri lapan ratus ni.tak pun season 2.haha.

    ReplyDelete
  5. alah aduka ni poyo jer lebih ni.... kononnya citer prison break la ni...... hahahaha

    ReplyDelete
  6. -polis kat dlm jail tue x layan lu sbb lu x pnggil dia cikgu..wa x tau la kalu jail kat kb x same ngan kt kl..kt dalam tue, okt2 x lyan 'habuk'(tembakau) balut ngan paper?..bnda alah tue la yg pling brharga kalu kt dlm jail..hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...