Skip to main content

Cerita gua 5

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5

Pendek cerita, lepas gua dan bini gua settle apa yang perlu disettle, gua teruskan perjalanan. Kali ni bini gua plak drive. Hari pun menghala ke cerah. Gua nak tido sket. Lega sket bila dapat mengadu itu dan ini time solat tadik. Gua remind balik daerah2 yang perlu gua lalui dari sms Dayat kepada isteri gua.

"Apa2 hal, kejut abang.."

Tak perlu ambil masa, gua dah tenang sket, gua terus lelap..

Bila gua sedar, dah masuk Kelantan dah. Alhamdulillah... rasa lega woo... bini gua pun dah kurang sket kusut dia. Gua maklumkan kat Topeng, Pink Turtle bahawa gua dah masuk Kelantan. Jap lagi sampai la KB.

Sampai KB jer, Topeng jemput gua dan bawa ke satu port. Rakan2 blogger Kelantan yang lain akan sampai kat port tu. Lepas rehat dalam 15 minit, gua mintak diri balik ke rumah mak mertua gua. Nak mandi, cerita apa yang patut.

Sampai rumah, check apa yang adik gua bungkus untuk gua dan bini. Maksud gua baju la.. Sekali baju gua jer yang ada. Baju bini gua hanya kain batik. Hahaha.

"Pinjam baju ma la.."

"Besar la baju ma."

Bila mak mertua gua balik rehat dari kerja, gua story apa yang sempat. Mak mertua gua cool jer, berbanding mak gua. Orang Kelantan dah biasa kot bab2 politik ni. Then, gua terus ke Petronas Kubang Kerian. Dari situ Topeng bawa gua semula ke port.

Berbincanglah kami tentang apakah tindakan yang perlu gua ambil. Nak serah diri sekarang atau lepas 30. Lepas 30 atau sekarang. Yang ada di situ turut membantu seingat gua ialah Tok Gawa, Mountdeweller dan Pink Turtle bersama rakan2nya.

Kemudian kami ke kedai makan. Pink Turtle contact ramai rakan2nya untuk mendapatkan pandangan. Setelah dapat keputusan kami terus ke IPD Pengkalan Chepa untuk serah diri dan membantu siasatan pihak polis.


Pihak polis terkejut.

 Ini time nak serah diri la ni. Ntah bila si Penyu Merah Jambu tu ambil gambar ntah. Ada banyak yang gua tak cerita.. gua story dalam edisi buku la kot..

Sebenarnya, pihak polis tidak ready apa pun berdasarkan reaksi mereka ketika gua serah diri. OCPD kol pihak atasan (mungkin Polis Johor atau Bukit Aman) untuk dapatkan pandangan.

Malah gua dilayan pihak polis secara berhati-hati kerana bimbang dikenakan tindakan. Gua tidak masuk lokap dari petang sampai ke malam, sebaliknya duduk di bilik OCPD sebelum disuruh berehat di bilik mesyuarat di sebelahnya.

"Kamu ni tercucuk duri la... politik2 ni kotor.. menyampah. Aku pun tak tahu nak caj kamu ni bawah akta mana. Nak gari kamu pun takut ni." Kata salah seorang pegawai polis yang ambil kes gua.

Gua bersapau sampai malam dalam bilik mesyuarat IPD Pengkalan Chepa. Layanan yang gua terima, alhamdulillah. Baik dan professional. Gua catit dengan jujur. Kalau polis tempeleng gua, gua tetap akan tulis dengan betul. Gua nak ke tandas boleh, nak solat boleh, makan boleh. Malah ditanya sama ada gua nak merokok atau tidak.

"Saya tak merokok la Encik.."

Bila Bukit Aman dah ready.

Persepsi gua, sebaik sahaja Bukit Aman sudah ready dengan hala tuju kes gua, barulah ada perkembangan. Gua dijemput oleh sepasukan polis di bawah JSJK Pengkalan Chepa dari bilik mesyuarat tadi, untuk geledah rumah mak mertua gua serentak dengan rumah gua kat Seremban.

2 kereta semuanya. Kereta waja. Tangan gua digari di depan. Sampai rumah, polis geledah untuk mencari sebarang benda yang boleh dirampas. Nak rampas apa, rumah mak mertua gua, mana ada komputer. Mereka pro.. kita pro..

Kecoh jiran2 beb.. nasib baik Melayu Kelantan. Bila tahu kes gua adalah kes lawan kerajaan, mereka semua berikan sokongan. Suasana intelek yang berbeza. Gua releks jer la.. senyum. Nak cakap pun tak boleh.. sebab gua tak berapa faham kecek Klate.. Ngee....

Kat rumah gua kat Seremban, gua tak tahu apa cerita ketika tu.. tapi polis kena berdepan dengan kepala otak adik gua dulu la... nanti gua cerita apa yang terjadi. Kita ikut kronologi.

Lokap.

Setelah mereka selesai melakukan tugasan mereka, gua kembali ke IPD.

"Minta maaf la ma... susahkan ma dan semua."

"Tak apo... biaso..." Mak mertua gua releks jer.

Sampai IPD belum boleh masuk lokap lagi. Diorang pulak kena buat report apa yang telah diorang buat. Isi borang itu ini. Bersapau lagi gua kat balai tu tunggu diorang kelam-kabut kol sana, kol sini, isi borang sana, isi borang sini.

"Khairul.. mu tengok sendiri... betapa susahnya nak siasat blogger.. silap hari bulan kita pula kena balik. Kena kepung (kat orang ramai) satu kes, kena saman satu kes. Kes mu yang ni lagi pening nak caj atas apa." Kata polis yang jaga gua sejak petang tadi.

Pendek cerita, gua pun di bawa ke lokap.

"Pernah tidur lokap tak Khairul?"

"Tak.."

"Hai... mu ni..... takpo la... pengalaman."

Polis yang jaga lokap muka semua masam2 beb. Gua tulis dengan jujur. Kalau polis baik, gua tulis baik. Maybe suasana kerja mereka menuntut mereka begitu. Polis lokap pandang orang yang kena lokap adalah penjenayah yang telah terbukti bersalah.

"Tu nasi mu dari petang tadi. Siapa suruh mu lewat. Nasi dah sejuk. Ntah basi tak tahu la.."

"Takpa la.. saya dah makan tadi."

"Bila masa mu makan?"

Ek eleee.... polis kat luar siap kasi bini gua tapau untuk gua lagi. Gua tak jawab... gua senyum jer. Then gua kena tukar baju. Baju n seluar gua kena masuk dalam locker. Baju lokap warna Purple. Hehe.. Bau... tu dia... macam Restless tak mandi setengah hari.

"Kes blogger ni.. kes orang cerdik." Kata polis yang jaga gua kepada polis yang jaga lokap.

"Cerdik apa sampai kena lokap? Kita tengok dia dalam lokap tu nanti cerdik ke tak cerdik."

Releks... cool... senyum..

Mu Cino ko?

Gua jalan depan, polis jalan belakang. Dia arahkan gua ke pintu pertama. Masuk pintu tu, kelihatanlah 4 buah sel saling bertentangan. Nyamuk tu dia... banyak macam Bangla kat negeri UMNO. Dari bising, semua senyap dan tengok gua.

Polis buka pintu sel, gua masuk. Seluruh mata tertumpu pada gua. Gua senyum. Setengah sahaja yang balas....

(bersambung...)

Comments

  1. hang py crite ni bgs buat novel sbnrnya.. hehehe.. mn th kot2 blh jd novel bdk2 skolah.. Tp bkn ms UMNO memerintah la.. hihihihi..

    ReplyDelete
  2. Duka,
    Tok Gawa, Mountdeweller dan Pink Turtle je ke yg bawak ko ke balai ?
    Bini ko tinggal kat umah ke ?

    ReplyDelete
  3. sekarang lu tau la sikap sebenar orang kelantan selepas lebih 20 tahun di anak tiri... polis² ni kami tak heran la..... kami dah bisa idop susah.... kami dah pernah kean tindas....

    ReplyDelete
  4. gua nak tanya satu je. dlam gambar tu ada minah sorang. sape ye? he he

    ReplyDelete
  5. Kau bukan kena tahan sebab isu politik. kau kena tahan pasal kau hina raja. Tak kena mengena dgn politik. Jiran2 kau xtau lagi kot masa tu.

    Ni, kau hina Aisyah Muawiyah bila nak buat public apology?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. menghina raja ni isu politik ke.. raja berdasarkan keturunan,, bukan politically appointed.. cuma maybe isu ini dipolitikkan..

    certain part aku setuju ngan ko..
    tapi bab ko menghina isteri nabi, Aisyah tu menyebabkan aku rasa mmg patut ko kene lokap, tak bole compare Aishah dgn isteri nabi Nuh dan Lut, Quran yg tulis pasal diorang camtu, dan Quran juga yg bela Aishah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...