Skip to main content

Cerita gua 4

Oleh : AdukaTaruna

Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4

Gua tertidur sampai alarm berbunyi.. periksa keadaan tayar, tanya untuk kepastian pada pekerja Petronas tentang jalan, start kereta dan gua teruskan perjalanan. Jeling handphone ada sms masuk. Dari Topeng, keluarga dan rakan2. Tanya perkembangan diri gua..

"Ya Allah... lepaskan gua masuk Kelantan. Gua nak serahkan bini gua pada keluarganya dulu.."

Gua terus membelah kepekatan malam. Ikut DUN Pekan ma.. gila panjang kawasan jajahan Najib nih. Boleh gua katakan tahap pendalaman la. Melayu tahap Felda ma.. Kalau Melayu tahap Shah Alam atau Seremban atau kawasan bandar, kompom bungkus punya..

Gua check smsm Dayat. Daerah2 yang perlu gua lalui. Bini gua still tidur. Alhamdulillah gua punya mata sudah segar. Gua pun sudah agak tenang. Gua menghala ke Jabor. Sms masuk. Dari Bumblebee.

"Ngah.. den rasa elok ekau serah diri. Ekau dah tunjukkan sikap baik dengan mohon maaf."

Memang gua nak serah diri. Pro.. tapi gua keliru dengan tarikh kawin gua. Serah diri, memang serah diri. Tapi di Kelantan. Tarikh tu yang keliru. Sama ada gua bertahan sehingga tarikh kawin (tak kisah kalau ditahan ketika majlis), atau sebelum tarikh.

Kalau gua nak serah diri lepas kenduri, gua plan tunjukkan gambar gua kat Siam. Dan bina maklumat lulit yang gua berada di Thailand malam sebelum kenduri. Ikhtihar la kan..

Last2 gua masuk Jabor. Lagi gila punya pendalaman. Jangan kata kedai, kampung pun gua tak jumpa. Jangan ada jin buat kelakar, dah. Gua emosi tak tentu ni. Mau gua ajak bertumbuk kang. Hahaha..

Lampu minyak merah.

Baru suku masuk jalan Jabor, lampu minyak berkelip2. Hadoi... gua terus konsistenkan kelajuan pada 90km/j. Sebab itu kelajuan paling ekonomi untuk minyak. Sms member gua tanya petrol stesen terdekat.

"Mukhtafi Bilal Shah."

Gua ingat dah berpuluh signboard Mukhtafi dah gua jumpa, tapi stesen minyaknya gua tak jumpa. Tionaseng! Terus teringat cerita MaLin yang Hadi boleh doa air mineral jadi petrol. Nak g rumah ulama tu dengan ke petrol stesyen gua ingat lagi dekat kot g Mukhtafi Bilal Shah tu. Nama Arab siott... jangan semua penduduk dan pekerja kat situ cakap Arab dah.. mampos. Khaifa haluka tahu la gua.

Kena plak kereta gua habis minyak kat tepi jalan, then sekor penduduk tanya prob gua dalam bahasa Arab.

"Ya sheikh.. limaza anta?

"MashaAllah ya akhi... (tunjuk tempat isi minyak) petrol sodakallahulazim la.."

Alhamdulillah.. gua sampai gak ke petrol yang dimaksudkan. Isi minyak dan tunggu waktu Subuh. Siap buat solat hajat sekali tu... Biaso la.. tahap gua ma.. dah tersepit baru nak buat itu ini. Ngee...

Topeng sms gua lagi. Tanya perkembangan. Gua bagitau yang gua kat Terengganu lagi. Gila panjang la Terengganu nih. kecik sket macam Melaka tak bleh ke?

Pendek cerita, lepas gua dan bini gua settle apa yang perlu disettle, gua teruskan perjalanan. Kali ni bini gua plak drive. Hari pun menghala ke cerah. Gua nak tido sket. Lega sket bila dapat mengadu itu dan ini time solat tadik. Gua remind balik daerah2 yang perlu gua lalui dari sms Dayat kepada isteri gua.

"Apa2 hal, kejut abang.."

Tak perlu ambil masa, gua dah tenang sket, gua terus lelap..

(bersambung..)

Comments

  1. kahkahkah.... apahal plak lu cakap sodaqollohulazim bro.... sepatutnya lu tunjuk kat tangki tu n lu sebut petrol la' la'..... hahahahaha

    ReplyDelete
  2. Bandar Al Mukhtafi Billah Shah. Bukan Bilal Shah.

    Aku rasa aku pernah sampai masa gi Terengganu dulu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...