Skip to main content

DAP jawab tuduhan bekas pegawai Menteri Pendidikan.

Kenyataan Media Hafiz Noor Shams, bekas Pegawai Khas kepada mantan Menteri Kewangan dan Thulsi Manogaran, bekas Setiausaha Sulit kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan.

Kami ingin merujuk kepada tulisan Zul Fikri Zamir (ZF Zamir), iaitu seorang bekas Setiausaha Akhbar kepada mantan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, yang melontarkan pelbagai tuduhan palsu terhadap kepimpinan Kementerian Kewangan (MOF) di bawah pentadbiran DAP dan Pakatan Harapan.

Peruntukan, perbelanjaan dan penjimatan di Kementerian Pendidikan.

ZF Zamir telah memetik contoh di mana bajet Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PKK) dan Perkhidmatan Kebersihan Bangunan & Keselamatan (KBK) telah dikurangkan sebanyak 10% kepada RM427.3 juta.

Akan tetapi, ZF Zamir sengaja tidak menyebut tentang hasrat MOF supaya segala jawatan pekerja keselamatan dilantik secara langsung oleh pihak sekolah atau PIBG, dan bukannya melalui pihak ketiga. Dia juga gagal menerangkan bahawa yang mungkin mengalami pengurangan pendapatan adalah syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan dan pihak ketiga yang sebelum ini mendapat keuntungan lumayan.

ZF Zamir perlu memahami bahawa sebarang jumlah penjimatan yang dibuat telah diperuntukkan semula kepada Kementerian Pendidikan, demi melaksanakan programprogram yang mempertingkatkan lagi mutu Pendidikan di negara dengan lebih berkesan.

Ini dapat dibuktikan apabila peruntukan keseluruhan Kementerian Pendidikan meningkat melebihi 7% dari RM59.8 bilion pada 2018 kepada RM64.1 bilion pada tahun 2020. Malah, peruntukan pembangunan Kementerian Pendidikan telah meningkat hampir 22% dari RM4.0 bilion pada tahun 2018 kepada RM4.9 bilion pada tahun 2020. Angka-angka ini terkandung dalam buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2020 yang boleh dimuat turun oleh orang ramai daripada laman sesawang MOF.

Jumlah peningkatan peruntukan bersih Kementerian Pendidikan sejumlah lebih RM4 bilion ini adalah jauh lebih besar daripada pengurangan kasar yang menyebabkan ZF Zamir berasa tidak puas hati.

Keputusan bersama Jemaah Menteri.

Proses penjimatan dan rasionalisasi yang dijalankan Kerajaan PH bukan satu tindakan melulu yang dibuat oleh Menteri Kewangan seperti yang diceritakan oleh ZF Zamir.

Sebaliknya, ia merupakan hajat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta keputusan bersama Jemaah Menteri untuk mengurangkan pembaziran, meningkatkan keberkesanan perbelanjaan dan mengawal pertambahan hutang dan liabiliti kerajaan yang telah mencecah RM1 trilion. 

 
Peruntukan sekolah agama.

ZF Zamir mempertikaikan peruntukan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Tetapi, ZF Zamir tidak bersuara tentang peruntukan baharu yang disalurkan Kerajaan PH kepada sekolah agama bantuan kerajaan (RM50 juta), sekolah tahfiz (RM50 juta), sekolah agama rakyat (RM25 juta), sekolah pondok (RM25 juta), sekolah berasrama penuh (RM50 juta) dan lain-lain.

Yang pentingnya, kita seharusnya membantu semua anak muda Malaysia untuk mendapat pendidikan tanpa diskriminasi. Itu adalah tanggungjawab utama kerajaan.

Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU. 

ZF Zamir menyalahkan MOF tentang pelbagai langkah-langkah yang dibuat oleh pihak lain.

Sebenarnya, usaha rasionalisasi seperti ke atas Institut Terjemahan Buku Malaysia dan PADU dicadangkan oleh sebuah jawatankuasa di bawah penyeliaan mantan Ketua Setiausaha Negara (KSN). Rasionalisasi tersebut melibatkan semua agensi kerajaan bagi memastikan tiada pertindihan fungsi, sambil mengoptimumkan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

SMJK Heng Ee 2.

Penubuhan SMJK Heng Ee 2 adalah diluluskan oleh Perdana Menteri semasa beliau memangku jawatan Menteri Pendidikan. Perkara ini bukanlah suatu isu kerana kerajaan BN pun telah meluluskan penubuhan beberapa SMJK sebelum ini.

Tuduhan ZF Zamir bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina boleh dibuka sesuka hati “tanpa memerlukan bacaan semula Perlembagaan” adalah tidak berasas. Faktanya adalah sebegini: di bawah Akta Pendidikan, hanya Menteri Pendidikan yang berkuasa untuk menubuh sesebuah sekolah. Akta tersebut boleh dibaca oleh orang ramai, termasuk ZF Zamir. 

Permohonan daripada Timbalan Menteri.

ZF Zamir menuduh bahawa Timbalan Menteri Pendidikan telah membuat permohonan kepada Pejabat Menteri Kewangan tanpa pengetahuan Menteri Pendidikan.

Ini tidak benar. Malah, mantan Menteri Kewangan tidak pernah meluluskan peruntukan terus kepada mantan Timbalan Menteri Pendidikan. Apa yang diluluskan adalah peruntukan kepada sekolah, agensi di bawah Kementerian Pendidikan atau Kementerian Pendidikan sendiri. Terdapat dua contoh permohonan:

a) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah memohon RM15 juta diberikan sebagai bantuan yuran bagi golongan B40 yang menghantar anak mereka ke tadika swasta. Permohonan ini diluluskan dan peruntukan disalurkan kepada Kementerian Pendidikan

b) mantan Timbalan Menteri Pendidikan pernah menulis sepucuk surat rayuan kepada MOF supaya cukai taksiran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak RM47 juta dikecualikan.

Segala surat mantan Timbalan Menteri Pendidikan yang ditujukan kepada MOF sentiasa disalinkan kepada Menteri Pendidikan dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan. Oleh itu, segala perkara adalah dalam pengetahuan Menteri Pendidikan dan KSU Kementerian pada ketika itu.

Akhir kata, Zamir seharusnya berhati-hati dalam membuat pelbagai tuduhan tanpa usulperiksa, terutamanya apabila ia mampu mengapi-apikan sentimen perkauman.


4 Mac 2020, Kuala Lumpur


Comments

Popular posts from this blog

Gambar Mahathir mula diturunkan.

Gambar Mahathir sebagai PM diturunkan bermula hari ini. Admin berharap gambar Muhyiddin sempat dinaikkan. Bukan apa. Penat nak layan drama politik. Ekonomi ke laut. Hutang bertambah. Aset terjual. Penyakit merebak. Perkauman membarah. https://t.co/oYE33fWwpW

Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n