Skip to main content

Kisah hidup : Bank Islam yang tak Islam

[1]
Pasal kulit gua Chinese look, setiap raya Cina, gua mesti makan besar dengan keluarga. Tahun ni raya Cina mesti balik punya. Tapi pasal gua punya baby belum habis pantang, dan mak gua tahu perangai gua, mak gua pulak nak datang Kelantan. Mujur tak jadi sebab nasihat adik-beradik lain. Nak naik kete ke Kelantan raya cina ni? Jem woi. Nak naik kete api? Kompom tahun lepas lagi tiket habes.

Hari tu, gua pun dengan eksyen beli tiket keretapi. Ingatkan keluar dari Kelantan takda masalah berbanding masuk ke Kelantan. Rupa2nya habes gak. Ak alaa.. negeri miskin ni pulak.. nak naik bas, sebab 2 anak kecil, kena balik 3 dewasa. RM50x3 pergi balik dah RM300. Kete api RM30x3 pergi balik RM180. Naik Mazda Laimen pergi balik baru RM150.

[2]
Balik dengan Mazda kena buat persediaan. Sebab ada baby. Kos RM300 naik bas tu, baik tinted Mazda gua dan repair air-cond. Sebelum repair air-cond, gua g tinted. Kedai dekat dengan opis. Kesemua cermin, kecuali depan. RM120. Sekali rupa2nya duit tinggal RM70. Lupa tadi bayar pos laju.

“Hello. Akak Fujah. Kat mana tu?”

“Opis.”

“Pinjam RM100 selama 4 jam boleh? Duit tak cukup plak. Jap lagi saya bayar.”

“Beress.”

[3]
Settle tinted. Bayar. Ambil kete. Tokey sound. Jangan buka tingkap. Nanti soyok (koyak). Rugi RM120. Belum kering lagi.

Mamposla.. gua kepanasan. Seb baik ATM dekat jer. Wakaf Che Yeh. Duit dalam Maybank. Sampai Wakaf Che Yeh, ada beberapa pilihan MEPS. Bank Islam, Bank Rakyat dan CIMB. Gua tak tahu Maybank terdekat kat mana. RM1 charge MEPS tu baik gua bagi Bank Islam. Mudah2 dapat pahala. Gua pilih Bank Islam.

Masuk2 panas. Air-cond rosak. Takpa. Kete gua tadi lagi panas. Masuk kad, pilih RM200, pilih TIDAK MAHU penyata. Sebab gua berfalsafah selamatkan alam dengan kurangkan kertas. Kecuali benar2 perlu.

Tiba2 kejadian kelakar terjadi. Hang. Pakcik ATM sebelah tengok gua, gua tengok pakcik tu, pastu tengok anak dara dia. Boleh tahan.

“Bakpo ni?” Pakcik tu tegur gua. Kedua-dua ATM hang. Pakcik tu tekan butang BATAL. Gua nak tekan BATAL takut, sebab dah settle. Tunggu duit dan kad.

3 minit berlalu, gua dah mula panas. Tit tit tit… Kad dari kedua-dua ATM keluar serentak. Pakcik tu masuk semula dan mulakan transaksi baru. Gua plak terkebil2 tunggu duit. Seminit tak keluar gak. Gua masuk semula kad. Cek baki. Susut sebanyak RM201. Parpukari punya ATM. Gua dah mula panas. Sabar Aduka. Anak dah 2 dah tu..

Gua kol no telefon yang diberikan. Mesin jawab. Suruh tekan no 1-3. Gua try tekan guna keypad skrin Samsung. Tak boleh pun. Baki tepon makin susut. Papagomo punya Maxis. Mencarut lagi.
Brader sebelah bagi no telefon Bank Islam Kubang Kerian. Kol. Lelaki jawab. Gua story.

“Oooo… kena wat report tu bey.. tunggu meta deh.. “

Dia letak ganggang, tubek muzik piano hiburkan gua. Baki makin susut.

3 minit dengar lagu, gua end call. Baki tinggal 1.30 sen. Hasan Ali punya Bank Islam. Gua dah mula ringan nak terajang mesin ATM tu. Tapi memikirkan malu sebab hanya RM201, gua tahan. Gua kol lagi Bank Islam Kubang Kerian. Berkali2, baru dapat.

Sebab suara gua dah mula keras, dia suruh gua ke Maybank Wakaf Siku. Report situ. Hati dah panas. Badan dah berpeluh. Air cond ATM pun rosak. Gua buka pintu Mazda, masuk dalam oven, start kereta. Menuju KB Mall.

Akalaa…. Jem pulak kat Bunut Payong. Gua rasa dah setengah masak dalam kereta. Tengok gu punya lengan. Sebijik ayam panggang madu Mok Nah. Peluh dah macam jimak 3 round. Rupa2nya jem sebab kereta beratur tengok eksiden tepi jalan. Nasha Bachok betul! Puiii! Ingat sarkas apa?

[4]
Sampai Maybank Wakaf Siku. Parking ikut suka. Pergi ke bahagian tanya.

“Adik kena report ke Bank Islam. Kan ke ATM tu Bank Islam. Nanti dia akan lampirkan ke kita.”

Gua dah rasa nak jadi Hulk. Kecik jer gua tengok si tukang cakap tu.

“Masalahnya, Bank Islam kata system tu MEPS. Report ke Maybank pun takpa.”

“Adik ambil borang ni.”

Isi borang. Penyata takda.

“Sebab apa takda?”

“Sebab saya pilih tak mahu penyata.” (Gua menyesal jadi pencinta alam sekitar).

“Ok. Ambil ini. G report Bank Islam.”

“Pulak?”

“Kena report dua-dua. Dekat jer. Terus sikit lagi jer lagi.”

[5]
Sampai Bank Islam.

“Tak perlu report 2 kali. Sebab system MEPS.”

Gua diam. Sebelum ada orang makan penampar MEPS, baik gua bayangkan Wawa Zainal. Ulama sunni kata elak mudarat besar boleh dengan ambil dosa kecil. Cool Aduka.. cool.. RM200.. Malu jer. Bukan tak biasa susah.

“Saya nak buat report jugak.”

“Takpala.. isi borang. Report Maybank ni, saya bagi awak semula.”

Siap isi.

“Bila settle ni kak. Biar la RM200 pun. Tapi duit saya juga ni kak.”

“Seminggu.”

Yak!

[6]
Sampai opis.

“Kak.. kalau tak jadi pinjam 4 jam, tapi pinjam 4 minggu boleh ke?”

“Apsal pulak?”

“Pasal kulit saya Chinese look. Saya nak balik raya.”

Sms masuk.

“Aduka. Ada setan dah nak mati. Sakit jantung.”

Minta2 van jenazah dia air-rosak. Tinted masih basah.



Comments

  1. lu pakai celcom xpax x2 bro. 28 sen 10 minit celcom-celcom/ 28 sen 5 minit rangkaian lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...