Sebelum subuh tadi gua terjaga. Terkejut. Peww...
Gua mimpi semalam. Berdiri di 2 persimpangan. Kanan ialah laluan negara akan bentuk keluarga. Kiri laluan keluarga yang akan bentuk negara.
Sedang gua berfikir dan berfikir mahu ikut yang mana, gua ditegur oleh lelaki berjubah putih.
Perwatakan tawadduk. Walau wajah ditutupi purdah, gua seolah2 dapat rasa senyuman.
Belum sempat gua tanya siapa, lelaki itu bersuara dengan lunak sambil memegang bahu gua.
"AdukaTaruna. Jangan hadir demo KL112. Pilihlah jalan keluarga dahulu. Nescaya darjahmu menyamai Ustaz Azhar Idrus. Beliau tak hadir pun demo negara melainkan singgah tunjuk muka."
"Pakcik lebai.. Terima kasih atas nasihat. Tapi, sebelum gua ni dengar nasihat pakcik, gua nak tengok wajah pakcik ni juga."
Lelaki berjubah itu pun membuka jubahnya.
Abu Nawas si facebooker !!!!
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.