Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Kisah keretapi di Ganu

Satu lewat malam, gua ambil baju R di Wakaf Che Yeh. Naik motor jer. Lepas tu gua chow ke Padang Tembak. Sampai KAMDAR, gua nampak seorang pemuda berkopiah jalan laju. Nak berhenti ke tak nak. Tolong kang kena rompak plak gua. Memandangkan gua selalu rasa susah jalan kaki ni, gua berhenti dan.buat2 garang. "Mmano bey?" "Dusung Raje." (dialek Ganu. Gua tak pandai sangat taip semula dialek ni.) "Buat apa situ?" "Kite ngaji situ. Madrasah." "Pondok ke?" "Bukan. Madrasah." (Apa beza pun gua tak tahu.) "Mari aku tumpangkan. Tapi mu bawak. Aku duduk belakang. Sori la. Aku tak caye sangat. Skang macam2." (Apa2 hal senang gua cekik leher dia dari belakang) Sepanjang perjalanan kitorang berbual2. Dia jalan kaki dari stesen bas KB sebab teksi mahal waktu malam. Antara lainnya... "Kelantang skang ada traing (train)." "Lama dah. Kat Wakaf Bharu." "Eh... Satu Klatang ni bang. Ganu pung same.&

Nama anak kedua gua ialah .....

[1] Nama saintifik adalah nama penuh yang lengkap. Bila lengkap, ianya mestilah panjang. Nama panggilan kepada nama penuh adalah nama yang diambil dari sebagaian nama penuh. Itu atas kertas. Cuma, dalam budaya nama panggilan adalah ikut suka. [2] Remaja lagi gua dah ambil keputusan untuk memulakan keturunan gua sendiri. Sama seperti Wan / Nik / Meor dan sebagainya. Takdirnya, nama isteri gua ialah Khairuz dan gua Khairul. Khair adalah word Arab. Bermaksud baik. Untuk memulakan keturunan anarki gua, gua tidak mahu ada 2 unsur Arab dalam nama penuh setelah Muhammad digunakan bagi melambangkan identiti agama. So, gua putuskan hanya guna KHAI sebagai nama baka / anarki / keturunan. [3] Selepas nama baka, nama identiti agama. Maka, Muhammad dipilih. Katakan anak gua esok lusa kerja di planet Marikh bersama makhluk Marikh, nama Muhammad tersebut akan dikenali di sana sebagai muslim bersaudara dengan makhluk Marikh yang Islam. Semoga dia malu dengan nama Muhammad itu kalau2 dia terdo

Alhamdulillah. Tahnik anak kedua.

Ini bukan majlis khas. TGNA tak kenal gua. Gua plak takan gunakan TGNA untuk imej gua. Cumanya Allah mudahkan gua. Tq Allah. Anak gua lahir 13.1.13. Ni kalau no plate, TMJ kompom nak beli dgn gua. Lahir jam 9 malam. Esok tu bini dah boleh balik. Sehari sebelum, HKR. Dan kereta SU R kena serang di Gombak oleh Melayu2 jakun. Jam 4 petang pada hari keluar hospital, R berjumpa dengan TGNA untuk sidang media pasal serangan dan memaklumkan perihal budak2 Kelantan yang kayuh basikal KB-KL. So, dengan bantuan R, gua ambil kesempatan tahnik anak selepas Asar dan sebelum sidang media. Di Masjid Pulau Melaka.

Bola : Bila JDT vs TRW

[1] Duduk Kelantan ni, susah hiburan negatif. Bukan takda. Kalau nak cari.memang ada la. Tapi payah. Di negeri UMNO, karaoke terbuka bebas, disco, wayang, etc. Di Kelantan nak buat wayang bleh. Ada syarat2 tambahan la. Keadaan itu berbelas tahun menyebabkan anak muda Kelantan berpusu ke sukan positif. Terutama bola. Di sini budaya bola memang gile. Dulu ada 2 tayangan serentak, Man Utd lawan Liverpool dan Kelantan lawan Terengganu. Semua kedai makan penuh dengan tayangan Kelantan lawan Terengganu. [2] Duduk Kelantan dah masuk tahun ke 4. Menyebabkan gua pun sedikit sebanyak ambil cakna terhadap TRW. Tahun ni lagi la. Sebab Johor ada problem dengan Kelantan. Curi player dengan bantuan FAM. Tak perlu wang pindah. Just bayar baki kontrak. Berperang la setiap pasukan lepas ni. Pasal keturunan lanun buat undang2 lanun. Bukan sini la.. Negara sana. [3] Buat pertama kali dalam sejarah keselamatan stadium dijaga tentera Johor. Hambek! Only in Malaysia. Bola telah mempergunakan perala

Catatan anak kedua.

1. Ini catatan. Kena gaya, anak2 gua akan baca semua tulisan gua. Buruk dan baik. Gua bukan jenis orang yang ada banyak ID. Nak jadi jahat guna ID sekian. Nak jadi baik ID sebenar. 2. Baru2 ni, Pak Bakaq (Penarik Beca) panggil gua dengan panggilan LEBAI. "Aku panggil hang lebai la ni. Sejak duduk Kelantan hang tak ganas macam dulu." Gua sengeh sambil makan kambing. Restoran Al-Amin. 3. Sebenarnya anak adalah ejen pengurai dalam hidup gua. Ejen neutral. Dalam keadaan marah, atau dalam keadaan memutuskan mengeluarkan tulisan provok, atau tatkala idea membuak2, anak akan mengurai, meneutralkan keadaan. Bila main dengan anak, atau anak tiba2 ajak gusti, atau anak rentap HP / laptop, maka semuanya terbengkalai. Anak juga adalah motivasi tambahan gua dalam perjuangan. Kalau gua yakin gua buat kerana Allah, gua tak akan takut sesiapa. Dan anak akan menjadi motivasi tambahan. Insyaallah. 4. Gua mahu anak gua dapat melihat asal usulnya di masa akan datang. Gua tak mampu hantar

Peristiwa yang memberi kesan kepada gua.

2008 dulu, member gua mengundi di A. Neneknya mengundi di B. Jarak lebih kurang 150km atau sejam setengah. Pagi2 lagi member gua jemput neneknya dari B ke rumah maknya A. "Kat sama meriah nek. Jom kita jalan2 tengok. Nanti saya hantar semula." Selepas zuhur member gua hantar neneknya untuk mengundi di B. Sengaja lewat2kan masa sehinggalah tempat undi ditutup. Neneknya tidak kisah sangat. Tetapi kalau undi kompom BN. Gua tanya member gua. Kenapa dia sanggup buat begitu. Member gua jawab dia sayangkan nenek dia. Dia tidak mahu neneknya dibangkitkan mengikut pemimpin yang salah. Dia sanggup buat sampai sorok kad pengenalan pun. PRU13 nenek member gua dah tiada lagi. Peristiwa tu cukup terkesan kepada gua. Kasih cucu. Pandangan jauh cucu. Taksub. Demokrasi. Kepercayaan agama. Semuanya dalam satu.

Cerita Presiden R

[1] Program rapat umum Countdown HKR di Penang dan Perlis, penganjur memberikan slot kepada R. Gua mewakili R dijadualkan menyampaikan penerangan. Malangnya 6 Januari adalah tarikh jangka anak kedua gua. Maka tiadalah berani gua nak jauh dari KB. [2] Mesyuarat R memutuskan menghantar wakil lain. Bernama X. Seorang CEO GLC yang setaraf dengan Presiden R. Orangnya baik. Jenis cool. Cuma N3 ini bertujuan menjelaskan satu sisi lain. Mungkin bermanfaat kepada anak muda yang akan memimpin di masa hadapan. [3] Sepatutnya, aktivis R dari Kelantan mahupun R mahasiswa di negeri penganjur mengiringi penceramah R. Uniknya R ini ialah rata2nya anak muda yang 'gila2'. Apabila X dijadual, kesemua anak muda R keberatan untuk follow. Sehinggakan keluar rasa kesal dari rakan X bahawa aktivis R tidak mahu beri kerjasama. Akhirnya X pergi berseorangan dari Kelantan. [4] X orang yang baik. Menjaga solat. Mudah menghulurkan bantuan dan sebagainya. Cuma dilihat elitis oleh aktivis. Berbeza

Mimpi pasal Ustaz Azhar Idrus

Sebelum subuh tadi gua terjaga. Terkejut. Peww... Gua mimpi semalam. Berdiri di 2 persimpangan. Kanan ialah laluan negara akan bentuk keluarga. Kiri laluan keluarga yang akan bentuk negara. Sedang gua berfikir dan berfikir mahu ikut yang mana, gua ditegur oleh lelaki berjubah putih. Perwatakan tawadduk. Walau wajah ditutupi purdah, gua seolah2 dapat rasa senyuman. Belum sempat gua tanya siapa, lelaki itu bersuara dengan lunak sambil memegang bahu gua. "AdukaTaruna. Jangan hadir demo KL112. Pilihlah jalan keluarga dahulu. Nescaya darjahmu menyamai Ustaz Azhar Idrus. Beliau tak hadir pun demo negara melainkan singgah tunjuk muka." "Pakcik lebai.. Terima kasih atas nasihat. Tapi, sebelum gua ni dengar nasihat pakcik, gua nak tengok wajah pakcik ni juga." Lelaki berjubah itu pun membuka jubahnya. Abu Nawas si facebooker !!!!