Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jul 26, 2012

Soal-jawab Republik Pekerja Marisa

zargus2702 said...

-artikel n idea yg baik cuma ade beberapa perkara yg kurang jelas..

-berkenaan dgn mufti, perlu ke mempunyai smpai 9 org mufti?..dah cntek dah bile sapu bersih golongan atas langit, tp bile gntikan dgn 9 mufti, plus mufti dr sabah,sarawak, penang, melaka dan WP (putrajaya,kl,labuan),pergh ramai siut mufti utk menjaga umat islam yg brapa kerat je..bile dah ade mufti mesti akan ade timbalan mufti,kang ade plak lembaga mufti setiap negeri,tak ke semak tu?..tukar raja, gnti mufti..brape byk plak fatwa berbeza akan dikeluarkan bile mufti berlambak2 cmtu?..lg bertambah celaru umat islam..

1. Gua kan selalu kutuk ulama Melayu. Sebab kepala otak diorang kecik. Kalau tunggalkan mufti, maka jahanam la. Tu sebab Allah suruh mesyuarat (syura). Bila syura, kena ramai, bro.

2. Kalau nak tunggalkan penjaga umat Islam, kena berjuang leceh lagi bro. Gua tak nampak jalan demokrasi. Kena New Marisa Order plak. Perang. Macam Iran. Ada Ayatullah tunggal. Kalau ambil mufti bawah sultan2, bendanya dah ada. Sistem yang omputeh (manusia bijak) ni buat cantet dah. Just pancung yang atas tu jer.

3. Timbalan mufti hapuskan. Buat semak jer. Timbalan mufti dihapuskan sekali dengan sultan. Yang ada hanya 1 mufti negeri. Perlantikan ganti dibuat oleh syura mufti-mufti.

4. Syura akan membuat 1 keputusan rasmi berdasarkan undian. Kalau nak gabungkan kesemua mufti negeri-negeri Marisa, kena ambil sampai no ganjil lah. Dan keputusan itu akan digunapakai untuk seluruh Marisa. Bila dah diputuskan oleh syura, maka tiada lagi keputusan kedua.


-wa lagi suka jika pentadbiran agama yg skang ni dipisahkan oleh negeri2, disatukan setiap fatwa or hukum diselaraskn, xde la isu yg negeri A isap rokok haram, negeri B,makruh ,negeri D join ratu cntik haram,negeri E ,sunat..dan kalo bole biarla elaun or gaji para ulama or mufti bkn dibayar oleh kerajaan, agar stigma 'ulama kerajaan' yg mana pasti akan mnyokong setiap dasar,pelaksanaan,undang2 kerajaan dpt dihapuskan dr minda rakyat..tubuhkan satu badan khas or jabatan utk mengruskn derma, infaq, or zakat dr org ramai yg mndanai ulama2 ni agar mereka bebas dr kongkongan kerajaan..bile2 mase diorang nk blame kerajaan pun xpe, sebab elaun mereka dikeluarkn secara langsung oleh rakyat..

1. Ni la motif gua syurakan mufti. Sebab keputusan mereka akan diguna oleh kesemua negeri-negeri Marisa. Dalam Islam pun sebenarnya ada golongan haram mengundi, dan ada golongan halal mengundi. Allah kata, kalau ikut majoriti, kamu pasti sesat. Sebab manusia bangang lagi banyak dari cerdik. Allah dah sunnah benda tu camtu. Nyamuk lagi banyak dari katak. Katak lagi banyak dari ular. Kita nak ambil ayat ni total memang tak mampu lagi. Inilah dia syura (pengundian dari kalangan mereka yang ahli).

2. Kalau syura mufti putuskan rokok haram, maka seluruh negeri Marisa akan guna keputusan itu. Penguatkuasaan pula hanya dikenakan kepada orang Islam. Sebab Syura Mufti hanya menjaga orang Islam.

3. Gaji mereka dibayar oleh PEKERJA dalam perlembagaan PERUBLIK PEKERJA MARISA. Bukan oleh kerajaan. Lagi pun, Syura Mufti duduk dalam satu entiti berasingan dari pemimpin yang dilantik oleh rakyat. Kata lainnya, kalau time tu PM jahat dan power macam Mahathir pun, Syura Mufti tak boleh diugut kerana :

3.1 Mereka naik melalui syura. Bukan keturunan yang boleh dimanipulasi (pergaduhan anak-kerabat) atau undian rakyat yang dipengaruhi media Mahathir.

3.2 Mereka adalah orang yang berilmu dan ahli. Bukan genetik sultan yang sial ni.

3.3 Lebih advance kalau sampai tahap segala penguatkuasa (tentera, polis, UPP, kastam, etc) diletakkan dibawah mufti. Ketika itu kalau ada Suruhanjaya Siasatan, tidak lagi dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja. Tetapi Suruhanjaya Siasatan Majlis Syura.

-isu hartanah pun perlu diperhalusi lagi..

1.beli skang 50k, 10 tahun lg jual dpt 100k,tp cume dpt 50k n balance die kena cukai,tp bukankah nilai matawang 10 tahun depan dgn hari ini akan berbeza?.

1. Apa yang gua tulis tu konsepnya. Bukan mekanismenya. Kalau kita bahaskan mekanisme, maybe harga tertulis yang dibeli ketika itu akan dianggarkan dengan emas. Dan 10 tahun akan datang, perlembagaan PEKERJA akan mengambil baki keuntungan setelah ditolak dengan nilai emas semasa, pada harga berat emas RM50 000 yang dulu. Maybe lah.

2. 10 tahun dipilih berdasarkan 2 penggal pemerintahan. Supaya ianya tidak dimonopoli oleh manusia yang mempunyai link kepada pemerintah kepada penggal tersebut. Jika 2 penggal, setidak2nya, perancangan pemerintah yang bertukar maybe berubah. So, sukar la sedikit nak ambil kesempatan manipulasi dan monopoli.

2.ayah,ibu bekerja keras membanting tulang membeli aset/hartanah utk anak2 mereka, tapi mengikut perlembagaan hartanah xbole diwarisi cuma sehingga anak bongsu je,bagi aku ni satu pengkhianatan terhadap usaha pekerja yg rajin..lg satu pihak, ayah,ibu x bekerja keras , bekerja secara ala kadar memnuhi keperluan harian dan sudah tentu tdak memiliki aset/hartanah utk diwarisi..jadi adakah menjadi tnggungjawab kerajaan utk mencari tanah/aset utk mereka yg pemalas?..

3.bile ko wat buku mngenai republik marisa ni, bab hartanah ni ko perlu cari satu mekanisme yg tidak menindas mana2 pihak, sbb hal tanah ni mmg mudah trdedah dgn manipulasi.. 
1. Yang pemalas akan ikut keadaan sekarang la. Kerajaan sukar nak buktikan si polan itu pemalas. So, bantuan diberikan berdasarkan kelayakan kewangan. Ada rumah PPRT la, ada flat sewa kerajaan dan sebagainya.

2. Pekerja yang rajin tetap berhak. Tetapi tak boleh ambil hak pekerja yang rajin yang akan lahir kemudian. Mereka pekerja yang rajin, boleh hidup sampai bila? 100 tahun jer bro. Takan rumah tu nak di bawa masuk dalam kubur bila anak-anak dah habis guna? Atau wariskan kepada cucu yang tak bekerja langsung untuk rumah tersebut sekaligus merampas hak pekerja rajin yang akan datang? Silap2 tanah yang kita duduk ni merampas hak pekerja rajin zaman batu dulu. Kalau ikut fahaman yang lu bahaskan la.

3. Kalau bahaskan mekanismenya, seandainya ikut umur bongsu atau umur anak yang mati paling akhir itu tidak praktikal, kita ambil angka purata yang munasabah. Maybe pemilikan rumah hanya sehingga 200 tahun. Bukan 999 tahun. Pekerja rajin tak berhak bawa rumah masuk kubur atau wariskan kepada orang yang tidak bekerja untuk harta tersebut.

4. Bab buku pun, maybe e-book jer pun. Mana mampu nak cetak. Kah3.

-dan yg terakhir bile tertubuh sebuah republik, perkataan 'keRAJAaan' sudah bole disimpan dlm muzium dan digantikan dgn 'PEMERINTAH' 

Itu hanya istilah. Tapi gua setuju. Maybe kita bleh guna istilah PEMENTARA. Pemerintah Sementara. Ianya sementara sehingga rakyat akan pilih semula. Wallahualam.