Skip to main content

Republik Pekerja Marisa.



Oleh : Khai Muhammad Taruna

Pendahuluan.

Ini hanyalah satu idea. Idea yang gua tulis. Untuk menjadikan idea satu kenyataan, memerlukan perlaksanaan. Ketika zaman idea ini ditulis, sesiapa yang ingin melaksanakan idea ini memerlukan satu kumpulan yang dipimpin oleh satu susuk manusia yang berkualiti. Zaman idea ini ditulis, adalah satu zaman yang gelap dan rumit.

Pada mulanya gua tekad untuk fight idea ini bila dapat Marisa Baru. Tetapi memikirkan andainya umur tak panjang, atau memang gua tak mampu, maka, gua catitkan terlebih dahulu. Jesteru itu, ianya sekadar satu idea yang dicatitkan. Mudah-mudahan, di zaman yang akan datang, Allah takdirkan satu susuk yang hebat, memimpin satu kumpulan untuk melaksanakan idea ini. Tidak kisahlah idea ini dibaik-pulih sesuai dengan keadaan zaman itu, tetapi konsepnya haruslah sama.

Ada 3 perkataan. Republik, Pekerja dan Marisa. Satu konsep sebuah negara. Yang gua fikirkan paling adil untuk manusia di dalamnya.

Republik Pekerja Marisa.

Republik bermaksud tiada raja. Satu susuk pemerintahan yang tidak boleh dijatuhkan dari mana-mana saluran pemilihan. Saluran demokrasi. Ini sistem malang kepada manusia sebenarnya.

PEKERJA bermaksud manusia yang berusaha. Dengan titik peluh. Dengan keringat. Konsep PEKERJA ini akan diangkat oleh gua menjadi satu falsafah utama dalam pembentukan negara yang gua tulis.

Marisa adalah satu negara yang terhasil, hasil dari kemenangan manusia putih, penjajah Tanah Marikh ketika itu, meletakkan baruanya bernama AMNU menjadi agen pemerintah. Masa tidak dapat diundurkan semula. Pekerja asing ketika itu menjadi warga negara dan mempunyai hak untuk mengundi. Kini, Tanah Marikh menjadi Marisa. Berkongsi hak warga negara secara majmuk.

Falsafah PEKERJA dalam pembentukan negara.

Dalam falsafah ini, PEKERJA adalah kemuliaan yang utama dalam negara. PEKERJA akan menjadi perlembagaan. Setiap sistem dan undang-undang yang dibuat atau digubalkan, harus tidak melanggar falsafah PEKERJA.

Contoh 1 :

Sultan-raja Marisa adalah manusia yang tidak bekerja. Sistem bangsat ini harus dihapuskan. Mereka hanya menerima gaji yang dibayar rakyat tanpa bekerja. Mereka juga tiada keahlian bagi kononnya menjaga agama Islam dan bangsa Marikh.

Untuk menggantikan tugas bekerja menjaga Islam dan bangsa Marikh, perlu diserahkan kepada mufti. Terdapat 9 raja tidak bekerja dalam Marisa. Hapuskan mereka kesemuanya, dan naikkankan mufti yang ahli dalam agama, sebagai ketua negeri-negeri.

9 mufti tadi akan membentuk sekumpulan yang dinamakan syura ulama. Barulah mereka ini layak bekerja untuk menjaga Islam dan bangsa Marikh. Keputusan mengenai Islam dan bangsa Marikh harus dimenangi oleh sekurang-kurangnya 5/9 mufti yang bersidang. Mereka hanya menjaga hukum yang sudah dimaktub dalam Al-Quran, sunnah dan hadis. Manakala hukum jenis takzir (ekonomi, jenis denda, dasar sosio, bla bla bla), diputuskan dalam parlimen. Oleh ahli parlimen yang dilantik secara demokrasi.

9 mufti yang menjadi 8, 7, 6 dan seterusnya akibat meninggal dunia atau hilang keupayaan syarie untuk membuat keputusan, dilantik oleh mereka sendiri secara syura. Jadi, duit pekerja rakyat dijimatkan hanya untuk 9 orang mufti. Bukan untuk 9 raja, berbelas bini dan gundik, beribu kaum kerabat, hobi, hiburan dan sebagainya.

Inilah konsep PEKERJA dalam perlembagaan sebuah negara bernama Republik Pekerja Marisa. Ianya praktikal dan logik. 9 Sultan Marisa yang tak berguna sekarang hanya ditukar ganti kepada 9 mufti sahaja.

Contoh 2 :

Si ayah bekerja sejak zaman muda, dicampur dengan ibu, dapatlah membeli sebuah rumah. Atau hartanah. Yang bekerja ialah ayah, ibu dan anak yang terbabit dalam pengorbanan ketika masa bekerja ayah ibu.

Jadi, pemilikan hartanah dicadangkan hanya sehingga usia akhir anak yang bongsu. Tidak kira keluarga yang pecah atau keluarga yang poligami. Walaupun tidak semestinya diturun- milik kepada si bongsu, tetapi mekanisme yang dicadangkan sehingga usia akhir umur anak si bongsu, kepada pemilik. Bukan sehingga 999 tahun seperti sekarang.

Ini soal keadilan. Allah tidak menciptakan tanah sesuatu makluk yang bertambah. Adalah tidak adil kepada manusia yang lahir lewat kerana semua peluang dan dasar sesebuah negara dikecapi dan dimonopoli oleh manusia yang lahir awal.

Jika manusia lahir tahun 1981 bekerja dan dapat membeli rumah, apa pula nasib manusia yang lahir 2181 yang juga bekerja? Hasil keringat dan peluh mereka tidak dapat membeli rumah kerana tanah yang sudah dimiliki.

Dari segi perlembagaan negara PEKERJA yang gua cadangkan, si atuk yang berkerja kerana dia lahir awal, mewariskan hartanah kepada ayah yang tidak bekerja dan kemudian kepada cucu-cicit-piut yang tidak bekerja bagi mendapatkan harta itu. Ini bersamaan dengan konsep sultan-raja Marisa yang tidak bekerja, dan mewariskan tahta kepada anak-cucu-piut yang juga tidak berkerja.

Kepada yang bersetuju dengan idea ini, harus membahaskan mekanisme jangka masa pemilikan hartanah supaya selari dengan falsafah PEKERJA. Mungkin, selepas habis masa pemilikan, status si cucu mendapat keutamaan membeli semula hartanah tersebut dengan nilai semasa. Sekaligus membuka sedikit ruang kepada manusia pekerja yang lahir lewat.

Contoh 3.

Begitu juga dengan tanah kubur. Adalah tidak adil manusia yang mati awal mendapat tanah untuk dikebumikan. Manakala manusia yang mati di zaman akan datang, tanah kubur semakin sukar.

Berdasarkan perlembagaan PEKERJA, mereka yang bekerja tidak kira apa zaman pun dalam satu-satu negara, layak mendapat hak yang sama. Asalkan mereka bekerja.

Dicadangkan, setiap keluarga hanya mempunyai satu liang lahat. Si ayah mati di liang lahad A, maka cicitnya nanti mati juga akan dikebumikan diliang lahad yang sama. Itu konsepnya.

Contoh 4.

Masih contoh hartanah, mereka yang membeli tanah A dengan harga RM50 000, kemudiannya menjual semula tanah A dalam tempoh masa 10 tahun (2 penggal pemerintahan) atau kurang; dengan harga RM 100 000 (lebih mahal dari harga beli), hanya akan mendapat jumlah wang kos beli yang sama. RM 50 000. Baki RM50 000 akan dicukai kerajaan melalui perlembagaan PEKERJA.

Berdasarkan perlembagaan PEKERJA mereka ini bukan pekerja, sebaliknya pemanipulasi. Tidak setitik keringat pun dihasilkan bagi mendapatkan keuntungan RM50 000 itu. Hanya manipulasi.

Perkara ini adalah tidak adil kepada manusia yang lahir zaman lewat kerana mereka tidak berpeluang bermanipulasi. Akhirnya golongan manipulasi akan membentuk sultan dan raja baru dalam negara.

Penutup.

Ini adalah serba ringkas konsep Republik Pekerja Marisa yang gua catit. Memang on the way nak siapkan buku. Gua fikir akan umumkan perjuangan ini, dan fight gila babun punya bila dapat Marisa Baru nanti.

Tapi bulan poso ni, entah macamana terfikir, kot-kot umur tak panjang, rugi pulak kalau falsafah ini tidak dicatitkan. Sekaligus tiada manusia yang tahu termasuk anak-anak gua.

Wallahualam.

Comments

  1. Bhai AT...

    Chanteq sesangai idea lu nih.. boleh dibawak dibentang dalam sidang nanti...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Marikh belum bersidang. Lambat lagi. Kah3

    ReplyDelete
  3. -artikel n idea yg baik cuma ade beberapa perkara yg kurang jelas..

    -berkenaan dgn mufti, perlu ke mempunyai smpai 9 org mufti?..dah cntek dah bile sapu bersih golongan atas langit, tp bile gntikan dgn 9 mufti, plus mufti dr sabah,sarawak, penang, melaka dan WP (putrajaya,kl,labuan),pergh ramai siut mufti utk menjaga umat islam yg brapa kerat je..bile dah ade mufti mesti akan ade timbalan mufti,kang ade plak lembaga mufti setiap negeri,tak ke semak tu?..tukar raja, gnti mufti..brape byk plak fatwa berbeza akan dikeluarkan bile mufti berlambak2 cmtu?..lg bertambah celaru umat islam..

    -wa lagi suka jika pentadbiran agama yg skang ni dipisahkan oleh negeri2, disatukan setiap fatwa or hukum diselaraskn, xde la isu yg negeri A isap rokok haram, negeri B,makruh ,negeri D join ratu cntik haram,negeri E ,sunat..dan kalo bole biarla elaun or gaji para ulama or mufti bkn dibayar oleh kerajaan, agar stigma 'ulama kerajaan' yg mana pasti akan mnyokong setiap dasar,pelaksanaan,undang2 kerajaan dpt dihapuskan dr minda rakyat..tubuhkan satu badan khas or jabatan utk mengruskn derma, infaq, or zakat dr org ramai yg mndanai ulama2 ni agar mereka bebas dr kongkongan kerajaan..bile2 mase diorang nk blame kerajaan pun xpe, sebab elaun mereka dikeluarkn secara langsung oleh rakyat..

    -isu hartanah pun perlu diperhalusi lagi..

    1.beli skang 50k, 10 tahun lg jual dpt 100k,tp cume dpt 50k n balance die kena cukai,tp bukankah nilai matawang 10 tahun depan dgn hari ini akan berbeza?.

    2.ayah,ibu bekerja keras membanting tulang membeli aset/hartanah utk anak2 mereka, tapi mengikut perlembagaan hartanah xbole diwarisi cuma sehingga anak bongsu je,bagi aku ni satu pengkhianatan terhadap usaha pekerja yg rajin..lg satu pihak, ayah,ibu x bekerja keras , bekerja secara ala kadar memnuhi keperluan harian dan sudah tentu tdak memiliki aset/hartanah utk diwarisi..jadi adakah menjadi tnggungjawab kerajaan utk mencari tanah/aset utk mereka yg pemalas?..

    3.bile ko wat buku mngenai republik marisa ni, bab hartanah ni ko perlu cari satu mekanisme yg tidak menindas mana2 pihak, sbb hal tanah ni mmg mudah trdedah dgn manipulasi..

    -dan yg terakhir bile tertubuh sebuah republik, perkataan 'keRAJAaan' sudah bole disimpan dlm muzium dan digantikan dgn 'PEMERINTAH'

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu