Skip to main content

Syiah : Ulama Kelantan yang takut pada bayangan



Gua terlibat secara tak langsung dengan Expo Pedagangan Dunia Islam di Stadium KB. Memang dalam banyak2 negara Islam, Iran paling menonjol dari pameran teknologi, kesenian mereka. Cuma masalahnya fahaman Syiah yang mereka bawa di mana digeruni oleh ulama sunni di Kelantan.

Hari ni TGNA tegur berkenaan Syiah yang gua rasakan memusnahkan segala kebaikan yang terhasil dari expo itu dalam tajuk persepsi orang awam. Muka depan Sinar Harian Kelantan. Apa yang ulama takut dan gerun dengan Syiah ni, gua pun tak faham. Sebab ianya double standard.

Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan fahaman mereka di ruangan perniagaan mereka, kenapa double standard dengan peniaga Cina & Siam Buddha yang mempamerkan fahaman mereka di premis perniagaan masing2. Berapa juta sunni yang dah jadi Budha akibat itu?

Kalau sebab peniaga Iran mempamerkan video / filem Syiah mereka, selama kecil anak-anak Kelantan duk tgk filem Kristian, berapa bilion setahun anak-anak Kelantan yang jadi Kristian?

Sebab kita tak mampu bersaing, maka kita bunuh benda yang tidak berhak kita bunuh? Sebab Malaysia tak mampu lahirkan penyerang hebat, maka haramkan penyerang import. Sebab Malaysia tak mampu buat kereta berkualiti, mahalkan kereta yang berkualiti? Ini hukum sunni atau hukum ulama Melayu?

Booth R yang gua jaga, 3-4 booth berdekatan dengan gua, terdapat seorang peniaga Iran yang solat di situ dengan batunya. Semua tengok. Dah berapa hari dah.Takda gua dengar pun seorang anak Kelantan pun solat dengan batu. Ini hanyalah pengetahuan positif terhadap fahaman mereka sahaja. Sorang unit amal yang mengenali gua bertanya soal batu itu.

"Kenapa dia solat ada batu, be?"

"Cane nak tahu batu tu asli ke palsu?"

"Tak tahu. Cane?"

"Batu asli, kalau kita jentik, rasa senak. Kalau tak rasa sakit, itu palsu."

Apa yang Iran buat hanya mendatangkan pengetahuan positif kepada rakyat. Kita baca Bible, kita tahu Syiah, kita tahu Budha. Mengapa takut dan cemas sangat? Jeming, rakan gua turut berbahas dengan Iran yang fasih berbahasa Melayu. Gua, dengan bantuan rakan yang fasih berbahasa Inggeris turut berbahas dengan seorang Iran mengenai sikap kerajaan terhadap Syiria.

"Terdapat kumpulan bersenjata yang membunuh orang awam Syiria menggunakan senjata made in Iran. Bagi menuduh proksi Iran."

Beliau turut menegur tabung Syiria yang hanya ditampal bendera Syiria dan tiada perkataan untuk rakyat Syiria. Kerana orang Iran menyangkakan tabung itu untuk kerajaan Iran Basyar sebab Malaysia dikenali di Iran sebagai proksi USA. Dan Basyar adalah proksi USA. Tabung itu tidak mendapat sambutan orang Iran.

Semua ini gua pandang positif. Pengetahuan dan kepelbagaian. Jika takut dan cemas dengan kehebatan Iran, jangan lakukan tindakan dwi-standard. Kemudian claim ini dibenarkan ASWJ.

Ketika dinner untuk pemilik2 booth di Sri 7 Tumpat, YB Zul melahirkan kebimbangan pihak negeri Kelantan mempersembahkan dikir barat sebagai kesenian, selepas Iran mempersembahkan intelektual sebagai kesenian. Seorang budak Iran hafal Al-Quran ketika berumur 7 tahun. Seorang buta yang boleh membaca Al-Quran dari muka surat Al-Quran yang diminta. Sebut sahaja pages berapa, dia akan membaca dengan tepat.

Perkara ini positif. Kita yang claim sunni ASWJ, kitab kuning, 4 mazhab, janganlah bunuh pencapaian Iran semata-mata tak mampu nak buat sehebat mereka. Rasa tenggelam dan takut kepada bayangan. Kalau nak buat juga, jangan dwi-standard. Lakukan perkara yang sama terhadap agama Budha, Kristian dan sebagainya.

TGNA pernah menyiasat mengapa tanda salib di sebuah gereja Kelantan tiada seperti biasa. TGNA takut ada arahan turun oleh anak buahnya. Salib tersebut dinaikkan semula selepas gereja memaklumkan ianya cuma kerja-kerja ubahsuai.

Jika salib diberikan standard sebegitu, kecewa kalau Syiah tidak begitu. Dwi-standard atas nama ASWJ? Ini adalah arahan tuhan?

Comments

  1. Setuju tu bro. Yg aku tengok, Syiah beriya-iya ajak Sunni berbahas manakala Sunni beriya2 mengelak. Kenapa yer?

    ReplyDelete
  2. Mungkin Aduka Taruna terlupa untuk masukkan isu kenapa TGNA benarkan TESCO yang jelas dan nyata milik orang Yahudi yang bersekongkol dengan Zionist bertapak di negeri Kelantan? Syiah yang Islam pula yang ditindas... bijaksanakah Ulama yg begini? Atau takut hilang sokongan ahli parti? Agama atau ahli parti lebih penting?

    ReplyDelete
  3. Ada yang menceritakan kononnya pada awal TESCO mohon nak buka cawangan di Kota Bharu, pemimpin Kelantan seolah "beri tapi tak beri" bila TESCO hanya diberikan tapak di tepi sungai Kelantan yang semua maklum keadaannya. Mereka ingat mereka handal berpolitik tapi mereka lupa mereka berpolitik dengan Zionist, orang maju dari segi Kewangan, Teknologi dan Tamadun. Mereka ingat mereka boleh peleceh TESCO dengan politik kampung cara Malaysia. Mereka perasan mereka hebat sangat bila UMNO tak dapat tawan Kelantan lebih dari 20 tahun. Inilah keta'suban yang telah menjadi hijab dalam perjuangan Agama. Mereka tak mampu melihat sesuatu dengan hikmah dan hakikat.

    Mereka lupa siapa TESCO ni, mereka punya FUND yang sangat besar, back-up mereka sangat kuat. Akhirnya cuba tengok sekarang... betapa cantik dan indahnya kawasan yang dibangunkan TESCO di tepi Sungai Kelantan. Sedar tidak sedar ia telah menjadi kawasan tumpuan ramai rakyat Kelantan amnya dan Kota Bharu khasnya. Maka lagi banyaklah duit orang-orang islam kelantan mengalir masuk ke poket Zionist. Bijak! Bijak! Memang Bijak!

    Apa nak buat... terlajak perahu boleh diundur.. terlajak keputusan, tunggu aje lah balanya...

    ReplyDelete
  4. bagi aku syiah berbeza dengan kapir yg lain.klu ditanya pada penganut budha atau kristian adakah awak muslim mereka akan menjawab `tidak` berbeza dgn syiah mereka akan mengaku sebagai islam padahal ajaran mereka bertentengan dgn islam....so pengaruh ajaran syiah lebih bahaya bagi org jahil...

    ReplyDelete
  5. ini lah bahya bcakap takda ilmu wahai aduka..susah nak terangkan perkara sebegini..dulu orang suruh mengaji taknak..pergi cari buku2 berkaitan "bahayanya syiah" melampaui bahaya kpd agama 2 lain..
    bacalah..bacalah..kmudian fikirlah..

    ReplyDelete
  6. Kenapa kita tak boleh nak berhujah secara terbuka dgn Syiah? Buku-buku anti Syiah melambak-lambak, bagi la peluang pada buku dia pulak.

    Kalau tak pun, panggil wakil dia, kita hantar wakil kita, berdebat secara terbuka soal Sunni dan Syiah.

    Yang aku tengok, buku Syiah di haram. Majlis Syiah kena serbu. Blog pro Syiah macam Faisal Tehrani pula kena ban.

    Tapi buku anti Syiah byk la pulak. Penceramah anti Syiah pon ramai.

    Kita debik dia ramai-ramai tapi tak bagi peluang dia bersuara.

    Kenapa yer? Zaman sekrg tolong lah jgn sekadar main retorik-dia sesat, dia kata macam ini macam itu (betul ker dia kata mcm tue? aku pun sekrg tertanya2), bahaya terhadap akidah n etc.

    Mana leh main mcm ni lagi bro.

    ReplyDelete
  7. -itula yg aku pelik AT, ape takut sgt dgn syiah mcm budak2 takut dgn hantu...wei, populasi syiah hnyalah 10% dan sunni 90% bilangan muslim di muka bumi Allah ni, ape yg sunni gerunkan sgt?..kalo di malaysia ni rakyat yg bermazhab syiah x smpai 1% pun..

    -ni la jadinye bile negara dikuasai golongan agama yg bersifat penghafal,bkn bersifat peneroka ilmu, sunni claim syiah sesat tu bermaksud sunni di pihak kebenaran,so nape masih memilih jalan kekerasan?..

    -sedap2 ckp syiah sesat, syiah sembah batu, syiah berlainan akidah, tp x sedar yg dlm sunni sendri trpecah pada 4 mazhab..dan setiap mazhab tu plak ade berbagai2 msalah yg berkaitan solat ,fikah, syariah yg x seragam..tang tu x plak nk claim mazhab slain dr shafie adalah sesat..

    -ape yg wa nmpak syiah yg beria2 nk hulur tgn utk bersalam, tp yg pihak kita sunni duk beria2 hulurkan taik..jika agama lain bole diberi hak2 mereka, mengapa tidak syiah?..

    ReplyDelete
  8. Yang aku tau psal batu, diaorg claim batu tue dr Kerbala ntah.

    Maybe kalau sujud beralaskan batu ada extra pahala kot. Or ada kelebihan.

    Mcm sunni, sembahyang di Masjid Nabi ada pahala extra sekian-sekian.

    Dan yg pernah aku dengar, ramai yg minta mati dan dikebumi di Mekah. Sebab? Kata nya jenazah tak di azab.

    Yang aku fikir dlm hati- bukan main ramai lagi penyembah berhala mati dikebumi di Mekah zaman pra Islam, tak kan semua dpt escape azab.

    Kalau pemerintah zalim beli rumah kat Mekah. Dah tua diam kat Mekah. Bila mati di Mekah, pon dpt escape azab kubur?

    Kita pon ada byk kepercayaan pelik-pelik yg berasaskan budaya.

    Dulu keturunan Sharifah (perempuan dari keturunan Nabi) tak boleh kahwin dgn orang biasa kecuali dgn Syed ataupun keturunan Raja.

    Sistem kasta la pulak. Tak pernah aku dengar syarat sah nikah mesti ikut keturunan.

    Tapi kepercayaan ini byk berdasarkan budaya. Kita pon byk sesat gak. Kalau orang Islam lain tengok kita, mesti kata kita sesat sebab budaya-budaya aneh.

    Time tu mesti kita marah. Mesti kita berebut-rebut nak beri penjelasan.

    Tapi time orang lain bukan main lagi cepat tuduh sesat. Bila orang nak bagi penjelasan, kita haramkan buku dia, kita serbu majlis dia, kita tekan blogger dia.

    So camana? Tuduh Syiah sembah batu, bagi la dia bagi penjelasan betul ker dia sembah batu.

    Setakat tuduh pastu tak beri dia bagi penjelasan, malas aku nk dengar dah.

    ReplyDelete
  9. -btul tu nizam, sbb tu aku ckp yg kita nmpak syiah mcm nmpak mak lampir, penakut mcm budak x sunat kena sergah time balik ngaji mlm2..

    -suke sgt kite pnggil mereka mngamalkan ajaran sesat, dan kalo btul la ,mereka ajaran sesat yg paling berjaya di dunia ni..kite ade pngajian islam yg terulung di mesir iaitu al-azhar, diorang pun ade tmpat pengajian islam di Qom ,iran, kite ade ulama2 yg muktabar ,mereka pun ade gak, kite ade kitab2 hadis,mereka pun ade gak, mereka pun ade fatwa2 mereka, kajian2 dan jika sume ini x menunjukkan mereka di pihak kebenaran skalipun, sekurang2nya mereka tdak melarikan diri , tidak wat sembunyi2 mcm ajaran ayah pin,malah mereka trbuka utk wat dialog..woii, even hadi awang pun pernah join konferens ulama2 dunia di Qom,iran siap bergambar skali..ape syiah di iran ,halal, tapi syiah di malaysia,haram?..

    -time berdepan dgn umno,wahh kemain hebat ustaz2,ulama2 dan pengikut2 kita, ajak berdebat nk tgk sape yg benar,kalo org tu xnak berdebat trus label mcm2 penakut,simpan telor,takut bini la..bile berdepan ngan umno,mmg hebat kite berhujah, bersungguh2 menerangkan pd rakyat kite la di pihak benar, kite la yg paling kuat menentang kezaliman..tulis buku, wat blog, htr artikel2 kat laman2 web sume tu semata2 nk menunjukkan kite mempunyai argumen yg kukuh berbanding pihak lawan..

    -dan bile umno serang balik gune kekerasan, tembak teargas, pancut asid, sepak terajang penumbuk secara pukal, haramkan blog, buku, paper dan majalah, sekat media massa, penjarakan individu, label mcm2 pd parti or perjuangan kite, tau plak marah..ckp sekat hak asasi la,kejam, zalim dan berbagai lagi..

    -jika kite sakit hati dgn umno sekat hak kite, bgitu jgak la syiah di malaysia bile kite wat hal same terhadap mereka sebagaimana umno melayani kite..ke guane?..

    ReplyDelete
  10. bro,

    Straight to the point.

    Tak suka orang buat kat kita tapi buat kat org lain. Dan mcm tak ada telor.

    Psal tue aku dah sceptical sgt negara teorakasi ni mcm mana.

    Kita marah kat negara barat, kata kebebasan menyebabkan moral jadi rendah. Tapi sebab kebebasan itu lah, Islam dpt berkembang di sana. Kalau ikut undang-undang Kristian, sama macam kita, murtad dari agama dia kena bunuh. Kita boleh berbangga pulak orang Islam makin ramai dan masjid makin banyak. Tapi tak bagi kredit pada persekitaran bebas yg di amalkan di sana yg membolehkan keadaan macam ini.

    Kdg2 aku rasa kita hipokrit dlm byk perkara. Kalau yer pon tak nak bagi kebebasan sgt, sekurang-kurang nya bila tuduh, bagi bukti. Dan lepas itu bagi peluang yg sama utk yg dituduh membela diri.

    Tuduh dia dlm TV, bagi dia peluang jawab dlm TV. Tuduh dia dalam buku, bagi dia jawab dlm buku dia. Tuduh dia dalam forum, bagi dia buat forum jawab.

    Susah sgt ker nak buat?

    ReplyDelete
  11. https://www.facebook.com/tomatosusu/posts/482892885057542

    ReplyDelete
  12. Bring it on.. Debat ni kita susah gak nak cari kejujuran, truth as it can be plausible! Nampak poin semua cun tapi tapi entah la. Elok gak.. Daripada kita tuduh menuduh, lagi x syok... lagi hancus.

    ReplyDelete
  13. debat dah ada just follows;
    http://www.youtube.com/watch?v=0T08UMpEEDI&feature=relmfu

    ReplyDelete
  14. sebab apa ulama2 di mesir mengeluarkan fatwa syiah ni islam ? ulama di malaysia ? kafir ? haha ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...