Skip to main content

Riduan Tee panel paling out pada gua.

Oleh : AdukaTaruna


[1]
Dalam sejarah hidup gua berada di Kelantan, malah, sepanjang gua hidup, inilah acara paling best pada gua. Acara Final Word Cup time Zidane tanduk Metarazzi pun tak best macam ni. Tahniah pada geng Ostad Ahmad Baihaki, Saifuddin Ibrahim dalam mewujudkan acara ni untuk santapan intelektual rakyat.

Cuma secara keseluruhan panel2 gagal menepati tajuk yang diberikan. Pada gua perkara ini terjadi kerana moderator tersebut tidak mengawal keluasan fikrah ahli panel. Moderator sndiri mengaku tidak membuat persiapan dan memberi kebebasan kepada panel. Di sini silapnya. Pada gua round pertama penting. Moderator perlu mengecilkan skop untuk setiap panel yang diberikan giliran.

[2]
Penonton Kelantan masih berada level tertinggi di antara negeri2 lain. Kalau buat di N9, dalam keadaan penonton terbuka, mencecah 8000, bukan dipilih macam debat Sinar Harian, gua jamin dengan darah gua, kerusi akan melayang ke pentas.

Cuma untuk level yang lebih baik, gua nak catit, penonton Kelantan perlu memberi peluang panel bercakap. Walau panel tu bercakap benda yang lu tak suka. kalau nak acara cakap yang sedap2, lu hadir la ceramah PAS lu tu. Ini acara yang diwujudkan untuk kita dengar benda yang kita suka, dan dengar benda yang kita tak suka.

Riduan Tee paling tak disukai. Terterbit juga dari mulut gua mohon penonton releks, professional dan berikan laluan dia bercakap. Kalau tak bagi dia bercakap, baik jangan jemput.

Perkataan gua itu dibantah seorang brader jubah kopiah dan janggut. Berdiri depan gua.

"Kecek natey apo lagu tu? Siapa yang tak professional? Lain kali jangan jemput Riduan Tee tu."

Gua diam jer la. Kang tak pasal2 jatuh stendet gua bila gua dah start tarik janggut dia sambil lempang laju2.

Gua saksikan seorang pakcik berkopiah, baju Melayu dan kain pelikat keluar dewan sambil mencarut-carut. Tangannya menghala ke arah dewan. Marah sungguh dia.

Riduan Tee : Saya ditanya kenal TGNA? Saya kenal TGNA. Tapi saya tidak taksub.

Di sini juga gua saksikan seorang pemuda, juga berkopiah, bangun dan kerusinya. Menjerit suruh Riduan Tee berhenti bercakap. Dan terus meninggalkan dewan.

Tu pasal gua cakap, Muhammad saw menutup kepalanya dengan ketat kerana faktor iklim. Pakaian budaya baginda. Melayu tutup kepala atas nama sunnah konon. Akhirnya pengedaran darah ke kepala tak lancar. Orang takda kopiah boleh gelak secara lucu dengan aksi Riduan Tee, yang kopiah dan serban macam mamak claim Melayu nak karam.

[3]
Fathul Bari menjawab soalan. Gua iktiraf dia menjawab soalan. Cuma tidak masak dan di luar kontek dalil yang dikemukakan sahaja. Hujahnya banyak kali diimbangi Ostad MAZA. Ada banyak juga soalan yang dia tak jawab. Maybe takut nak jawab, maybe asyik terganggu dengan audien Kelantan.

Fathul Bari enggan dipakaikan stiker R. Beliau hanya menjawab saya sokong dalam hati.

Tapi Riduan Tee paling out malam tu. Di awal pusingan pertama lain, untuk tajuk PRU13 : Masa Depan islam; Riduan Tee memilih berucap mengenai kecewa dengan sikap penonton, sikap Melayu, letih dengan perangai orang Islam. Dah macam komen budak2 fesbuk terhadap keseluruhan program dah gua tengok.

Selalu gua puji otak orang Cina. Tapi malam tu tetiba gua rasa syukur jadi Melayu. Ngaaa...

[4]
MAZA paling terbaik dan tidak jauh lari dari fokus tajuk.

Dia tegur Fathul yang tafsir hadis di luar kontek. Tak berapa masak. Berikan contoh dalil mengenai jika jumpa Yahudi kena asak rapat. Kalau tak ikut kontek, hari ini, jumpa saja Yahudi tengah jalan, terus asak sampai rapat. Kemudian menghuraikan hadis Fathul dengan kontek sebenar mengenai perhimpunan.

Memperingatkan Fathul yang selalu qoute Imam Ahmad. Ada satu perkara yang Fathul tak qoute. Yakni "Muslim boleh hidup di negara kafir yang adil. Tetapi tidak boleh hidup di negara muslim yang zalim."

Membunuh asas fikrah Fathul yang menegur pemimpin tidak boleh secara terbuka, apabila mengatakan gembira Fathul setuju dengannya, kerana di pentas terbuka ini, Fathul mengkritik pemerintah Kelantan secara terbuka. Dan menjawab kesalahan BN secara terbuka. Rupa2nya boleh pun.

Mengisytiharkan dirinya tetap kiri walau sesiapa pun memerintah. Akan sokong benda yang baik, tegur benda yang salah. Pendidikan terbuka lebih penting dari pendidikan senyap2 terhadap pemerintah.

Bertanya kepada Riduan Tee, apakah ancaman Islam atau Melayu. Asyik dakwa ancaman2, tapi apakah dia ancaman. Kalau dah tahu, baru boleh bahaskan. Riduan Tee hanya cakap dia tahu Islam terancamlah, dia mengeluarkan perkataan itu. Tapi still tidak mengeluarkan faktanya. Riduan Tee lebih suka bergaduh dengan penonton. Penonton lebih suka bergaduh dengan Riduan Tee.

[5]
Bilangan ahli panel terlalu banyak untuk masa 2 jam. 4+1 moderator tak praktikal untuk 2 jam. Gua cadangkan, untuk anjuran pihak pro PAS, tetapkan hanya 3 panel untuk masa 2 jam. 1 panel pro PAS, 1 panel bebas, 1 panel UMNO.

Jangan benarkan media naik pentas selepas tamat. Media hanya rakam dari bawah. Situasi kerumun atas pentas banyak buruk.

1. Upacara penyampaian cenderahati tidak dapat dilihat kecuali melalui skrin. Tu pun gambar bergoyang2.

2. Penonton wanita melihat punggung2 lelaki menonggeng2 nak ambil gambar atas pentas tu.

3. Keselamatan Riduan Tee atau panel tidak disukai sangat2 terancam. Kalau lah terjadi apa2... huii....

Moderator takut kepada panel PAS. Lebih masa pun segan2 nak potong. Lembik. Lain kali ambil Dr Agus la. Walau dia UMNO, tapi dia tegas dengan law wacana. Takda masa nak malu2 alah ni. Professional la.

Soalan bertulis selepas ini. Ada orang pilih. Then, yang lulus, 5 minit sebelum round tanya soalan, sebut nama penyoal yang lulus untuk standby memberikan soalan. Tujuannya mengelakkan jenis penyoal yang soal sampai 1 kitab. 20 soalan. Dan juga soalan2 'takda stendet' macam :

"Riduan Tee kenal TGNA? Kenal ke tak? Kenal ke tidak ni? Kalau kenal, boleh beza dengan Najib Razak? Boleh beza ke tak? Boleh tak?"

Dah macam kedai kopi dah gua rasa.

Lepas ni, forum yang wujud pertembungan macam tu kena buat tempat terbuka la. Macam kat padang Perdana. Kesian tengok makcik2 yang tepaksa berdiri, merempat celah2 kerusi dan aircond yang gagal menyejukkan haba 5000 penonton dalam dewan.

Comments

  1. heheehheee..aku ingatkan pengundi kelate ni matang sangat..universiti politik konon..22 tahun Pas perintah tp mentaliti rakyat dan penyokong Pas masih mundur..kalo negeri Umno tu logik la jugak,ni negeri Pas pun sama..masih taksub sampai hilang rasional..masih xleh nak terima idea yg berbeza..so xyah la nak kutuk negeri2 Umno..mentaliti korang pun sama gak..sama2 taksub..sama2 xleh terima idea lawan..Tok Guru Hadi Awang dgn mat Sabu kena halau org Johor, Riduan tee pun kena halau org Kelate..sama2 otak mundur..heheeeheee...negeri Umno,letak kepala babi lambang dacing pun org pangkah..kat Kelate, letak Ibrahim ali lambang bulan pun org pangkah...kikikiki....

    ReplyDelete
  2. bro maLin,

    Itu sebab kena ada orang mcm Aduka. Yg di benci oleh puak fanatik kiri dan kanan, atas dan bawah.

    Hidup Aduka !!

    ReplyDelete
  3. Bagus! Saya suka komen ini. Cukup membina. Saya terimanya dengan hati terbuka. Teruskan dengan idealisma saudara duhai Adukaputera. Kita perlukan orang seperti saudara supaya wujud suasana 'check and balance'.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Penonton kelantan mmg x adil...xnak bg peluang langsung utk Dr Riduan Tee bcakap..itukah akhlak ISLAM yg dicanang Pas selama ni? X payah nk perintah negara, perbetulkan akhlak pengikut pas especially org kelantan dulu...sori over emotional..tapi mmg x tahan bila tgk perangai penonton...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.