Skip to main content

Projek masuk gelanggang Syiah.

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukannya berani sangat. Tapi sekurang2nya gua bukan penakut macam ulama Sunni Hadi Awang yang lari ketika mahu disoal. Dan membenarkan samseng sunni membelasah si penyoal. Itu adalah sejarah ulama sunni yang gua catit.

Kepala gua dah bengkak ingin mengetahu hujah Syiah solat atas batu. Gua dengar batu itu dari Karbala. Melalui Jeming, tadi, di expo, gua menahan seorang Ostad Syiah Melayu Kelantan. Untuk bertanya apakah pundeknya solat guna batu. Dan ostad Syiah tak lari bila disoal.

Ini adalah dialog lebih kurang :

"Assalamualaikum ostad."

"Waalaikumussalam."

"Nak bertanya pasal Syiah boleh, ostad?"

Ostad tu terpinga. Jeming tarik dia jauh sket.

"Nak tanya pasal batu, ostad. Apsal orang Syiah solat guna batu?"

"Bukan batu. Tapi tanah. Sebab Muhammad saw tak pernah solat atas carpet atau sejadah. Ini bermula zaman Muawiyah. Kalau ada pun dakwaan Muhammad solat atas hamparan, ianya terlalu sedikit berbanding Muhammad solat atas tanah."

"Tanah Karbala?"

"Tanah mana2 pun boleh. Tapi tanah Karbala dianggap lebih afdol."

"Apa hukum pada orang Syiah kepada muslim yang solat atas sejadah?"

"Solat mereka sah. Tapi mereka solat lebih banyak seperti Muawiyah, berbanding solat Muhammad yang lebih banyak atas tanah."

"Katakan Syiah mahu solat sebelah saya. Dan saya curi tanah dia. Adakah Syiah tadi perlu cari tanah lain untuk solat?

"Tanah bukan rukun solat. Mereka boleh bersolat seperti Muawiyah. Tapi untuk pilihan terakhir. Solat atas daun yang tidak dimakan manusia juga lebih afdal dari solat atas sejadah."

Gua dah kehilangan hujah.

"Saya masih tak terima lagi ostad. Nak rujuk lagi."

Dalam kepala otak gua ialah Ostad Wan Ji.

"Takper. Boleh datang rumah untuk kupasan lebih."

Menjelang Asar, Allah takdirkan Ostad Crab jumpa gua untuk projek sulit A. Apa itu projek sulit A, tunggu nanti, gua dan rakan2 akan lancarkan. Insyaallah. Kesempatan itu gua ambil untuk bahasakan hujah Syiah bab solat tanah. Ostad Crab setuju nak follow gua ke rumah Ostad Syiah sebagai pengimbang gua.

Kalau Ostad Syiah tu terbuka gua bawa Ostad Crab sebagai pengimbang gua, gua akan bawakan lu perbahasan Syiah-Sunni yang insyaallah, gua akan control suasananya.

Comments

  1. Maksud ikhlas ialah tidak mengharapkan balasan dalam apa jua bentuk sekalipun.Harta,pangkat,jawatan,nama hatta ganjaran akhirat seperti syafaat,pahala mahupun syurga.Tak malukah kita masih minta macam2 pada Allah sedangkan kita sudah pun diberi macam2 sekarang?dalam masa yg sama pulak masih tidak mengenal Allah.

    Tidakkah kita ingat pada kisah nabi Adam yang memohon agar diampunkan dosa2 anak cucunya tapi Allah menjawab bahawa Dia tidak akan mengampunkan selagi mereka tidak mengenal Nya.ya itu tujuan kita hidup untuk mencari dan mengenalNya hingga mampu ke tahap berinteraksi dgn Tuhan mohon diampunkan segala dosa dari kecil hingga sekarang dan menjadi khalifahNya untuk memakmurkan alam.Anda sudah tahu dosa anda 10,20 tahun dulu sudah diampunkan?anggap ia kisah lama,dan mesti dah diampunkan?Maha suci Allah dari sifat lupa...

    ReplyDelete
  2. -wa hrap lu bwak rakan2 yg bole kawal emosi dgn baik dan berniat untuk berbincang..lu jgn bwk geng2 yg ala2 perkasa depan ustad tu pastu tnye soalan yg bukan2, kang kalo ustaz tu jwab dgn jawapan yg pelik2, x pasal2 plak kene sembelih org tua tu atas nama jihad...

    -wa x sabar nk dgr lebih lnjut projek langgar syiah lu ni..

    ReplyDelete
  3. Adakah solat atas batu itu masalah utama pertikaian Syiah & Sunni?

    Masalah yang utama ialah Taqiyah yakni berpura2 atau lebih senang hipokrit.

    Apa relevannya berhujah dengan puak2 yang taqiyah adalah salah satu rukun agama@mazhabnya........

    Masalah utama Syiah ialah mereka mengaku bertuhankan Allah dan beriman dengan Nabi Muhammad S.A.W tapi dalam masa yang sama mempertikaikan Al-Quran melaknat Sahabat2 r.a & Saiditina Aisyah.

    Ada yang kata bukan semua mempertikaikan jumlah Ayat dlm Al-Quran melaknat Sahabat r.a & Saiditina Aisyah(betulker atau sekadar Taqiyah)

    Takder maknanya berhujah dengan orang hipokrit...

    http://www.hafizfirdaus.com/ebook/buku_syiah/Siri1/syiah-rafidhah.htm

    ReplyDelete
  4. Salam tuan aduka Taruna... kebenaran harus dicari dengan pengalaman sendiri bukan dari perkataan2 mereka2 yg tidak mengerti bahkan juga mengikut sahaja apa2 yg ulama2 mereka katakan juga tanpa ilmu.... semoga allah menemukan anda dengan kebenaran apa yg anda cari selama ini.... ^_^ syabas buat seorang anak melayu kelantan yg mempunyai minda yg menakjubkan...

    ReplyDelete
  5. Gua syiah beb...tapi bila lu nak buka langkah utk ambik tahu ttg syiah drp mulut org syiah...gua sokong lu beb...tp gua harap lu z jadi syiah lah...jadi syiah susah...mcm2 diskriminasi...gud luck bro!

    ReplyDelete
  6. Gua syiah beb...tapi bila lu nak buka langkah utk ambik tahu ttg syiah drp mulut org syiah...gua sokong lu beb...tp gua harap lu z jadi syiah lah...jadi syiah susah...mcm2 diskriminasi...gud luck bro!

    ReplyDelete
  7. saudara aduka,
    barangkali sebagai persediaan diskusi, saudara boleh baca di http://disinidandisini.blogspot.com/2011/08/sujud-di-atas-tanah.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...