Skip to main content

Kisah menyebarkan virus R

Oleh : AdukaTaruna


Memember tag ke gua. TT kritik penyetup W4R. Gua jawab begini :

‎1. TT bandingkan BERSIH yang dia duduk dengan W4R yang kita duduk. TT dalam BERSIH pun selepas 1.0. Kita setup W4R sejak sifar.

2. TT duduk dalam team yang ada professional bukan Melayu. Kira duduk dalam team Chelsea. W4R duduk dalam team baru nak berangan jadi Chelsea. Muka2 budu semua. kah3..

3. TT dan BERSIH dapat sokongan politik. Tanpa sokongan politik, terutama PAS, kerat konek dia la kalau berjaya tahap 3.0. W4R plak tak dapat sokongan politik. Betul2 harapkan rakyat yang boleh asingkan tajuk. Sebab Jean Francoise muka lawan Hadi. Syam Ghazplak pemuda pas takut dia jadi KP. Topeng Perak Unmasked Imuka lawan Anwar.

4. TT kebetulan duduk dalam isu nasional. W4R duduk dalam isu audien setempat. Suruh TT setup demo Teluk Rubiah la, guna bahasa Perak ke, flyers maha hebat ke. Tanpa pentas politik. Test tengok.

5. Tektik tanpa pentas politik kami berjaya dapatkan Sultan dan pemimpin2 UMNO. Itulah motif pertama kumpulan W4R masa mula2 ditubuhkan.

6. Pandangan TT kita ambil positif. Hujah di atas sekadar perkongsian pendapat. Kita tengok W4R #2. Yang kita bina atas falsafah bangun dengan pendidikan, bukan dengan tokoh politik.

Wallahualam

Lepas gua post, bagi mengelakkan memember perang dengan TT, gua sms kaki2 perang supaya jangan perang. Tapi manipulasi / mempergunakan TT bagi memanaskan W4R. Zaman mengkritik dah berlalu ma. Skang zaman kono kritik. Padan muko memasing. Kah3..

[2]

Malam tadi kehadiran pimpinan PKR di Kelantan. Aktivis R memutuskan, 'orang luar' masuk Kelantan di mana, mempergunakan audien (sokongan) rakyat Kelantan diwajibkan mempromosi R. Pasal R itu adalah nadi dan maruah rakyat Kelantan. Penceramah juga diminta sentuh soal hasil bumi Kelantan dalam ucapan mereka. Jika tidak, itu bermakna mereka berperang dengan audien tempatan.

1. Pemimpin luar masuk Kelantan kena pakai sticker R
2. Pemimpin luar naik pentas kena sentuh sikit bab R
3. Pemimpin utama kena sign plate akujanji mereka sendiri. Plate tersebut akan dihentak atas kepala diorang kalau diorang mungkir janji.

So, kepad aktivis isu tempatan masing2, maybe lu bleh buat apa yang kami buat. Pemimpin politik luar yang memperguna sokongan rakyat tempatan untuk politik mereka, diwajibkan mempromosi perjuangan tempatan terlebih dahulu.

Ini adalah gambar2nya.

Tan Sri Khalid bersama plate akujanji mereka sendiri. Plate ni senjata tumpul yang akan memukul kepala mereka sendiri kalau mungkir janji kepada anak Kelantan gua. Jange memaing boh.

 Ini pemimpin tempatan. Saje letak. Ostad Baihaki jadi MC malam tadi.

Wajah2 pemimpin yang memakai dan mempromosi R. Tq banyak aaa..

Tima kasih aa Cikgu Bard. Mempromosi R dan menyentuh R dalam ucapan.

Rafizi. Stiker R. Bahasa tangan R. Dan sentuh mengenai R dalam ucapan. Tq banyak aa.. Lu guna rakyat kami, kami guna ketokohan demo.

Ini akujanji ucapan Anwar sendiri. Beliau kena sign sebelum memberi ucapan depan audien Kelantan. Atas pentas. Ini adalah senjata ugut yang baik.

Cuma mamat ni yang agak koya sket. Takmo pandang kamera bila disuruh buat isyarat tangan R. Dan takmo sentuh R dalam ucapan pentas.



Comments

  1. -AT, jika ditakdirkan ko tidak berkahwin dgn org kelantan dan tidak mempunyai anak yg dilahirkan di sana,adakah ko akan memperjuangkn royalti ni?..jika ya,kenapa?..

    ReplyDelete
  2. Jika gua tak ditakdirkan kawin org Kelantan dan ada anak rakyat Kelantan, gua hanya penyokong member2 yang memperjuangkan royalti. Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Crossed fingers, eh? Gua ingat gua pernah kena sound pasal ni. Lama dah. Betul jugak cakap sidia sebab 'cross finger' ni ada kaitan pahaman Kristian,jadi, kita sebagai umat Islam kena sensitif la hal ni. Gua bukan macam sesetengah Melayu yang sensitif bila usik hal Sultan, kena batang hidung Sultan...haha. Hal Islam gua concern, cautious la.

    Gua cuma nasihat lu & co.:

    Buat la simbol R yang lain, gesture support R akan di'twist' oleh macai, barua pro-**no sebagai berciri Kristian pulak. Harus si Hassan anak Ali akan buat bising 1 negara nanti hal ni. Ya, la logo JATI dia orang kacau, kecoh ada kaitan anti-Crist (baca: pengikut ajaran Setan).

    1 makna "Good Luck!" TAPI lain makna dah macam kita ni nak tipu orang la..Macam cakap tak serupa bikin, la.

    (to hold crossed fingers behind your back is used to show your negation against what you are listening to)

    Karut la, kan?

    Saja nak nasihat kengkawan. It's all up to u then.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...