Skip to main content

Kemaluan wanita : Dialog gua dengan orang Iran

Oleh : AdukaTaruna

Ada banyak penjelasan bab Syiah, terutama bab kafirkan sahabat. Tapi masa tak sesuai gua nak dedahkan. Kena tunggu dialog sunni-syiah sah jadi ke tak, dulu.

N3 ni gua nak share penjelasan peniaga expo Iran berkenaan isu Syria. Dengan bantuan member yang fasih BI, dialog lebih kurangnya begini :

"Tabung ini untuk kerajaan Presiden Syria atau untuk rakyat Syiria?"

(merujuk tabung bantuan untuk Syria dalam expo)

"Rakyat Syria."

"Sepatutnya kena tulis untuk rakyat Syria sebab kami fikir tabung ini untuk kerajaan Syria."

"Kami tak sokong langsung kerajaan Syria. Pada kami, mereka pro Israel dan USA."

"Bagi kami, tabung2 dari Malaysia untuk Palestine atau Syria, akan diserahkan kepada pihak yang menyokong Israel dan USA."

"Tidak. Ini bukan tabung rasmi kerajaan Malaysia. Ini tabung yang diuruskan NGO yang anti Israel."

"Kamu sepatutnya tulis untuk rakyat Syria. Bukan sekadar meletak bendera dan nama Syria."

"Kenapa kerajaan Iran tak bantu rakyat Syria?"

"Bagaimana kamu tahu kami tak bantu?"

"Kamu membiarkan kerajaan Syria membunuh rakyatnya sendiri."

"Pertama kamu hanya baca berita dari sumber USA sendiri. Kedua, ianya sama macam kenapa kerajaan Kelantan membiarkan muslim Selatan Thailand dibunuh oleh kerajaan Thailand. Kenapa tidak bantu?"

"Banyak premis untuk jawab soalan tu."

"Sama macam kami. Kamu hanya pandang ini perbuatan Syiah-Sunni. Sebenarnya ianya lebih kepada politik yang komplek. Membantu rakyat Syria secara rasmi dan senjata bermakna kami mencatat sejarah sebagai pemula perang kepada Iran-USA. Sejarah akan mencatat kami yang memulakan perang, bukannya USA."

"Adakah kerajaan Syria adalah Syiah?"

"Adakah kerajaan Malaysia adalah sunni? Presiden Syria adalah penyembah kemaluan wanita. Adakah itu Syiah?

"Ha? Kemaluan wanita?"

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...