Skip to main content

Cerita wartawan Kosmo akan kes gua

Alhamdulillah. Mahkamah mendapati gua tak bersalah. Artikel itu sangat lucu bila digunakan untuk politik. Dan sebenarnya sultan dihina kalau artikel itu diputuskan mahkamah menghina sultan. Atau kata lain, artikel seperti itu, kalau sultan terluka, sungguh hina. Stendet artikel tersebut hanya melukakan Melayu hutan pembuat report polis yang dipergunakan UMNO. Gua yang tertuduh, diorang yang report, tp diorang yang gigil masuk dalam kandang. Tersengeh2, tergaru2 kepala. Baka Melayu low class.

Gua balik rumah dan bergegas ke Port Dickson untuk urusan pembayaran lawyer. Orang miskin macam gua ni, tak takut dengan penjara. Tapi takut dengan kos jer. Mak gua kol, wartawan Kosmo datang rumah. Gua minta mak gua tak bagi statement, dan suruh dia kol gua.

Dulu, masa gua langgar Hadi Awang, wartawan Kosmo hubungi gua kat FB. Untuk interview dengan wakil di Kota Bharu. Dan gua ambil keputusan untuk tidak berada dalam arus perbahasan media perdana. Gua tak mahu dimanipulasi. Perbahasan sebenar berada di alam maya. So, sebelum Kosmo keluar beritanya, gua keluar dulu ceritanya. Audien alam maya lebih faham. Jadi, atas falsafah inilah gua taip N3 ni.

Di PD, wartawan Kosmo kol. Nama gua dah lupa. Lelaki. Memperkenalkan diri as Kosmo Seremban. Dialog tepat takda. Tapi dialog penceritaan semula begini :

Kosmo : Assalamualaikum. Saudara Khairul Nizam ke tu?

Gua : Waalaikumussalam. Yer saya.

Kosmo : Saya, (nama) dari Kosmo Seremban. Nak dapatkan kenyataan dari saudara berikutan keputusan mahkamah pagi tadi.

Gua : Setakat ini, gua takda statement apa2.. cuma kalau saudara nak tulis, tulis bahawa perjuangan R perlu diteruskan.

Kosmo : R? Apa itu R?

Gua : R itu merujuk kepada perjuangan yang difahami oleh masyarat internet. Dan R lebih difahami oleh rakan-rakan gua sendiri.

Kosmo : Err.. ok. Saya catit sini. Tapi saya tak pasti kalau ianya diterbitkan.

Gua : Beres.. tak mengapa.

Kosmo : Apakah perasaan saudara selepas dibebaskan mahkamah. Adakah insaf, menyesal atau sebagainya?

Gua : (Dalam hati : Natey nih) Insaf untuk apa? Gua disahkan oleh mahkamah, bahawa, gua tidak bersalah akan artikel itu terhadap pertuduhan.

Kosmo : Ok.. apa nasihat kepada yang lain? Sama ada jangan buat lagi atau sebagainya?

Gua : Gua menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, supaya mengambil seruan, pedoman, sejarah atau tunjuk ajar yang telah dilakukan Tun Dr Mahathir dalam memilih sikap terhadap institusi raja2 Melayu. Ini seruan gua. Gua ulangi, dalam memilih sikap terhadap institusi raja2 Melayu, masyarat Malaysia perlu mengambil contoh yang ditunjukkan Tun Dr Mahathir.

Kosmo : Oklah.. terima kasih.

Gua : Sama2.. Assalamualaikum.

Hari ni gua chek Kosmo Edisi Seremban, takda berita pun.


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...