Skip to main content

CARA ELAK DIKESAN & DISABIT PERUNDANGAN INTERNET MALAYSIA

[1] Pendahuluan

Di Malaysia, terutama masyarakat yang aktif menyampaikan pendapat politik melalui internet, apatah lagi mereka yang melawan kerajaan Barisan Nasional pada zaman buku ini ditulis, sangat berisiko disabit dengan undang-undang.

Untuk medium internet, masyarakat Malaysia tertakluk dalam Akta Hasutan yang mempunyai definasi luas yang boleh dimanipulasi kerajaan Barisan Nasional, dan juga Akta Telekomunikasi dan Multimedia, di mana jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara 2 tahun atau denda RM50 000 atau kedua-duanya sekali.

Buku ini mendedahkan cara dan persiapan, bagaimana melepaskan diri dari cengkaman undang-undang tersebut. Sungguhpun begitu, buku ini tidak akan menyokong sebarang perbuatan jenayah, penghinaan agama dan kaum yang berlaku melalui medium internet. Buku ini hanya berkongsi bagaimana mengelakkan diri dari dikesan dan disabit undang-undang internet, ketika mekanisme pendakwaan berada di zaman buku ini ditulis.

Buku ini juga ditulis dengan tujuan mengumpulkan dana penulis bagi melunaskan kos guaman akibat dari pertuduhan menghina Institusi Kesultanan Johor. Dan buku ini sebenar wajib dihadam oleh pejuang-pejuang suara politik yang berada dalam satu penguatkuasaan undang-undang yang dwi-standard.

Ianya sangat bernilai kerana ini adalah kemenangan pertama dalam sejarah Malaysia akan kes undang-undang internet. Bagi mendapatkan ilmu ini, penulis terpaksa melalui pelbagai keperitan dan ujian.

[2] Peringkat sabitan.

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman dan kajian penulis selama 2 tahun dalam menghadapi perbicaraan tersebut. Penulis membahagikan peringkat disabitkan dengan pendakwaan undang-undang internet kepada 2.

i. Peringkat identiti penulis
ii. Peringkat motif penulisan

Pihak kerajaan, melalui cengkaman ke atas Jabatan Peguam Negara, sebenarnya mudah membuli atau menghukum seseorang yang belum terbukti bersalah, sekiranya keadaan memerlukan mereka bertindak begitu.

Katakan si Ahmad mendatangkan gangguan kepada mereka. Mereka menangkap si Ahmad, dan memohon reman untuk si Ahmad selama mana yang mahkamah benarkan. Jika mahkamah benarkan 5 hari, sebenarnya itulah hukuman yang si Ahmad terima. Dengan media perdana yang akan memberikan persepsi jahat kepada si Ahmad, dengan 'penjara' 5 hari yang si Ahmad lalui, itulah ia satu bentuk buli atau hukuman sesuka hati. Hukuman itu sebenarnya sudah pun berlaku tanpa mahkamah memutuskan salah atau tidak.

Jika kerajaan Barisan nasional merasakan mereka puas dengan hukuman 'reman + media', maka, selepas tamat tempoh reman, mereka akan lepaskan. Tiada siasatan pun dibuat ketika proses reman. Sebaliknya soalan-soalan bodoh dan mengaibkan orang kena tahan (OKT).

Jika kerajaan Barisan Nasional merasakan mereka belum puas, maka, pendakwaan ke mahkamah dilakukan, walau mereka tahu pendakwaan mereka lemah. Di peringkat ini, mereka akan menangguhkan pendakwaan bertahun-tahun bagi mendera di tertuduh dari segi emosi, fizikal dan kos.

Penulis membahagikan masyarakat yang menyuarakan pendapat politik melalui internet kepada 2 kelompok. Kelompok pertama ialah mereka yang bersuara, tetapi lemah dan takut seandainya berlaku implikasi terhadap mereka. Kelompok ini paling ramai sekali. Jadi, kelompok ini perlu bersiap sedia di peringkat identiti lagi.

Kelompok kedua ialah mereka yang bersuara, tetapi berani berhadapan dengan implikasi terhadap suara mereka. Kelompok ini selalunya tiada masalah dengan peringkat identiti. Tidak takut dengan hukuman reman + persepsi jahat yang dibina media. Cuma mereka perlu bersedia diperingkat motif penulisan.

2.1 Identiti penulis.

Ini adalah peringkat pertama yang sangat penting kepada masyarakat biasa yang menggunakan internet bagi meluahkan rasa politik mereka. Jika mereka mengetahui identiti, maka mereka akan menangkap dan memohon reman di mahkamah. Persoalannya, bagaimana mereka menentukan identiti anda?

Dalam kes penulis, Ketua Forensik Keselamatan Cyber, ketika dipanggil sebagai saksi pendakwaan, mengatakan bahawa dia menentukan identiti penulis AdukaTaruna melalui :

i. Akaun bank yang tertera di blog adukataruna.blogspot.com
ii. Semakan SPR / JPN no kad pengenalan berdasarkan akaun bank
iii. Bedah siasat Hard Disk laptop yang dirampas.

Telekom Malaysia yang dipanggil sebagai saksi menjelaskan pada tarikh dan masa tulisan dimuat-naik, akaun internet rumah tertuduh (penulis) yang digunakan, aktif. Ketika ditanya sama ada Telekom Malaysia boleh mengesahkan sama ada penulis melayari blogspot atau tidak, telekom Malaysia mengatakan...


E-book ini dijual bagi tujuan asbab melunaskan kos guaman. Jika anda bersetuju untuk membantu, berikut adalah cara pembelian.

1. Pembayaran RM30 dibuat ke akaun Maybank 155014038030 atas nama Khairul Nizam Bin Abd Ghani.

2. Print screen atau fowardkan slip pembayaran ke adukataruna2008@gmail.com

3. E-book akan dihantarkan kepada anda berdasarkan email yang anda gunakan. Gua akan hantar dalam masa 24 jam selepas menerima email slip bayaran dan semakan.

4. Atas penghargaan bantuan anda kepada gua, gua akan lampirkan e-novel Lahanat Jebat! secara percuma kepada anda. Gua akan pergi lebih jauh lagi terhadap Institusi Kesultanan apabila mendapat Malaysia Baru nanti. Insyaallah.


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.