Skip to main content

Bergambar : Pemuda UMNO Pahang halau aktiviti R di Pantai Balok

Masa geng Kelantan anjur W4R #1 dulu, member2 Pahang sanggup hadir. Bila team diorang ada buat program anti Lynas plak, gua dan Ahmad Dhani hadir memberi sokongan sambil berkempen perjuangan R di kalangan aktivis2 yang rata2nya kaum Cina.



Malangnya, baru gua nak setting kempen, gua didatangi 4 orang yang dipercayai Pemuda UMNO Pahang. Pemuda UMNO depan gua tu sampai2, terus sepak kotak2 gua. Ini sudah lebih. Lu sepak sekali lagi, gua nak tengok.

"Royalti, royalti takda kat sini. Sini Pahang. Bukan negeri Nik Aziz mu tu! Jangan sampai kami guna kekerasan suruh korang balik."

Budak baju kuning tu sound gua. Mendidih jer gua.

"Wehh.. adik comel. Demokrasi la sket. Suka hati gua la nak kempen perjuangan gua kat mana-mana bumi Malaysia pun. Lu ingat lu sorang jer ada kekerasan? Gua takda?"

"Habes? Lu nak buat apa? Usik la budak ni, aku nak tengok. Usik la!" Pemuda UMNO baju biru tu cabar gua.

"Datang negeri orang, nak cari pasal. Nak buat hal, balik Kelantan la oi." Botak baju hitam tu nasi tambah.

Natey ni, dah lebey dah ni.

"Lu sentuh fizikal gua dulu, kalau lu nak tengok gua sentuh fizikal lu orang. Kalau tak berani, lu menyalak jer situ. Gua tak port. Gua tetap akan buat kerja gua."

Gua kempen kat situ sampai Asar sebelum blah Kota Bharu sebab ada meeting pasal UMNO nak rebut tarkh 26 hb. Pemuda UMNO tu tetap berada di situ sambil memaki-hamun. - ABF

Comments

  1. Tak ade demokerasi langsung eh. Mamat manelah yang upah mereka tu ehh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...