Oleh : AdukaTaruna
[1]
Adakah benarnya pendapat, zaman akan membentuk manusianya?
Semalam gua tolak untuk menjadi moderator dalam bual bicara bersama Nga (MP Taiping). Gua pilih hadiri mesyuarat untuk menentukan apakah bentuk yang diambil bagi menyambut kehadiran Perdana Menteri. Rakyat Kelantan adalah tuan rumah, ma.
Pemuda PAS menetapkan kuning dan BERSIH bagi menyambut kedatangan Najib. Gua bertanya dengan detail apakah insiden yang telah disusun. Gua dijelaskan Sham GEGAR bahawa sekian pemuda kawasan A akan berhimpun dari simpang 4 ke TEMAN. Sekian pemuda B dari TEMAN ke tapak stesen minyak. Sekian pemuda C dari tapak stesen minyak ke simpang 4 Tendong.
[2]
Gua sampai awal dan membuat liputan acara Najib. Mungkin kerana terdesak acara selepas BERSIH, Najib mengerahkan seluruh pelajar dan agensi kerajaan termasuk tentera supaya hadir. Terdapat sekumpulan yang mendakwa dari UMNO Kedah. 12 buah bas.
Cuma gua tak dapat bukti sebab orang UMNO takut pada kamera. RTM pun sama gagal dengan gua. Makcik2 dan pakcik UMNO tersengeh2 depan kamera. Intelek takda. Hanya interview pelajar yang yang boleh.
[3]
Settle tugas gua, gua ke Perabot LAVINA simpang 4. Sekitar 50 berpakaian BERSIH dan kuning. Berpandukan detail dari Sham GEGAR, gua meminta Jeming Hasan mengajak berarak ke jalan raya dan berpatah semula selepas berada di depan TEMAN. Tak perlu masuk dan ganggu majlis orang.
Tapi pasif. Ustaz2 sungguh pasif.
"Nantila dulu."
"Boleh ke buat macam tu?"
"Tunggu muslimah dulu."
Adakah benarnya pendapat, zaman akan membentuk manusianya? PAS di Terengganu sangat aggresif kerana mereka adalah pembangkang. PAS Kelantan sangat pasif kerana telah terlalu lama memerintah?
[4]
Atas semangat professional, gua ambil keputusan bersama solidari mereka selama 1 jam. Kemudian gua akan buat tugasan gua. Gua lihat 2-3 polis sudah datang. Oleh kerana gua takda autoriti dan tak mahu dianggap hijac perancangan orang, gua mohon Jeming sekali lagi meminta pimpinan berarak. Motif gua plan kawasan terbahagi yang ditunjukkan Syam GEGAR kepada gua malam tu perlu dilakukan sekarang. Sebelum polis penuh.
Jeming berucap untuk memberi taklimat. Pimpinan PAS ustaz pasif. Tertangguh lagi. Duduk di bawah bangunan di belakang banner dan billboard. Hanya sedikit sahaja yang nampak. Ada masa lagi 15 minit untuk gua bersama secara professional. Gua ke tengah jalan (kawasan lanskap tiang lampu isyarat) untuk 'membeli tanah'. Sebelum polis menguasai dan mengepung lokasi 'dayus' himpunan PAS.
Hanya 2-3 orang sahaja yang follow. Setelah 15 minit, gua chow. Bila gua lalu semula kawasan tersebut, seperti yang dijangka, polis sudah menjajah tanah yang gua beli. Sekumpulan rakyat Kelantan, tuan rumah di mana kepala penyamun masuk rumah sendiri hanya berada di bawah bangunan yang tersorok? Seumpama labi-labi yang masuk dalam rumah sendiri.
Gua rasa nak menitis air mata melihat nilai maruah mereka. Melihat nilai maruah rakan-rakan gua sendiri. Menaip ni pun gua rasa sebak. Walau ada banyak video pandangan dekat. Gua berikan video pandangan keseluruhan untuk membantu gua memberi faham akan N3 ini. Maybe, demi anak-anak gua esok, gua tidak akan teragak2 hijac mana-mana gerakan.

Lihat pemuda India ini. Tidak perlu mesyuarat. Tidak perlu kelebihan tuan rumah. Tidak penakut.
Gua rasa nak menitis air mata melihat nilai maruah mereka. Melihat nilai maruah rakan-rakan gua sendiri. Menaip ni pun gua rasa sebak. Walau ada banyak video pandangan dekat. Gua berikan video pandangan keseluruhan untuk membantu gua memberi faham akan N3 ini. Maybe, demi anak-anak gua esok, gua tidak akan teragak2 hijac mana-mana gerakan.
Comments
Post a Comment
Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.