Skip to main content

Catatan Kota Bharu - Bukit Jalil

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Perjumpaan 6 orang di Kedai Tom Yam. Gua, Jeming, Topeng, Syam, Ayie dan Mike menghasilkan 2 plan hasutan untuk perjuangan hasil bumi Kelantan. Pertama pada 19 Mei 2012 sempena Final FA Cup di Bukit Jalil. Kedua 26 Mei 2012.

Gua mencadangkan hasutan menggunakan simbol. Tak perlu taip panjang2 sampai 16 huruf (R O Y A L T I   P E T R O L I U M). Setelah bertekak, akhirnya plan pertama siap. Huruf R dipilih sebab rakyat mudah tiru, cetak dan sebarkan. Syam Ghaz mengepalai projek.



[2]
Asalnya gua akan follow Jeming and geng. By bas. Dana hasil derma rakyat dan peniaga2 Kelantan. Juga duit poket sendiri. Gua setup aktiviti hasutan malam final. Start 10 malam. Memember KL sedia membantu.

Then, tukar plan. Jeming ketuai team bas. Mereka diberikan tugas menyeludup bahan2 ke stadium. Gua akan masuk team Syam Ghaz dan Ayie Prop. Guna Hilux. Topeng dan Yie BP akan follow by Myvi as bekap transport.

Malangnya, kedai printing gagal siap. Jam 6 petang baru gua bertolak dari KB. Ikut matematik, 2-3 pagi baru sampai. Sedangkan program setup jam 10 malam. Gua kol memember KL bagitau masalah gua. Minta mereka ON tanpa gua.



[3]
Sepanjang perjalanan, gua menyaksikan kanak2 yang ditemani ibu bapa masing2 melambai2 tangan kepada kenderaan yang mempamerkan bendera Kelantan. Muka masing2 punyalah teruja. Kenderaan plak sporting dengan membalas guna horn dan lampu.

Pertama fenomena ini gua tak pernah tengok di negeri gua. Kedua gua rasa sedih sebab diorang tak berkemampuan untuk pergi. Takper la dik.. gua ni pun pergi bukan pasal bola. Gua akan simpankan sekotak bendera kecil Kelantan, nanti balik gua akan agih2kan. Insyaallah. Semoga sikit sebanyak lu happy. Gua pun happy.

9 Malam, Eddy The Yellow Boutique kol.

"Salam bro. mana dah lu?"

"Sorry bro. Gua tumpang orang ma.. baru Gua Musang. Tapi gua dah info. Team Jeming dah sampai sana."

"Blah la lu.. gua dah agak dah.."

Gua besit Hilux PMBK dan sampai R&R Geting Sempah, Karak sekitar jam 12 malam. Yie BP kol. Dia 15 km di belakang.

[4]
Sampai Stadium Bukit Jalil sekitar 1 pagi. Peniaga Kelantan dah penuh. Parking dan veni vidi vici. Datang usha tawan. Ada 1 port jajahan. Depan foodcourt. jalan masuk dah berpagar. Peniaga berbayar sahaja bleh masuk. Drive Hilux panjat divider. Mujur dalam team takda ostad PAS. Kalau tak kena haram, mesti kena soal boleh buat ke ni? Orang pernah buat tak?

Park Hilux. Bergambar dulu dengan banner untuk hasutan facebook. Pasang 2 khemah. Gua, Benz Ali dan syam 1 khemah. Letak kepala, terus lelap.. zzzz





Berkenaan dengan boikot Petronas, kalau ditanya gua as peribadi, gua tak setuju. Tapi hak demokrasi mereka untuk menjadikan ianya platform perbahasan saraf, gua raikan.

[5]
Tiba-tiba khemah bergoyang. Kepala lutut gua kena goncang. Makhluk halus ke apa ni?

"Bangun! Bangun! Bangun!"

DBKL ke apa ni? Ni kang, DBKL masuk spital, gua masuk lokap ni kang.

"Subuh! Subuh! 6.30 dah ni. Ceroh doh!"

Gosok2 mata. Ayie Prop rupanya. Kejutkan solat sebijik macam FRU. Keluar khemah, hala ke surau, tu diaaaaaaaaaa... beratur nak ambil wuduk bai... Baik paip. Baik sinki. Nyaris2 kol Ostad Wan Ji. Boleh tak tayamum guna bedak semata2 malas nak beratur.

Settle semua hal, naik Myvi ke R&R highway KERSAS. Mandi dan sarapan. Datang semula stadium jam 10 pagi.

[6]
Sampai2, tengok port jajahan semakin mengecil. Ada peniaga jajah kawasan. Sebelah kanan ada van. Gua usha driver untuk slow talk. Tapi ntah pergi mana. Takpa2.. kita bentang banner atas jalan. Tepek banner kat van beliau. Nanti dia tanya, kita slow talk.

Akhirnya brother tu setuju ambil port sebelah sana. Alihkan van. Kami gotong royong ukah (panjat) pasang banner.

"Tulis tempat, boh. Tulis tempat slalu. Tengok ore mano paling banyok." Gua try speaking Klate.

satu team tulis K. Krai.

"Yaaaaa.... Kuala Krai ni boh." Gua sebut guna megaphone.

Bila main bab asobiyah, tu diaaa... Orang semakin ramai. Tahap ribu2 lemon bai yang sign.

"Bachok tuuu!!.."

"Tanah Merah!!...."

"Felda Chiku!!.."

"Padang Tembak!! Ait?" Ni tempat gua ni. Gua angkat kepala. Sorang pakcik senyum. Pokcik apa nama ntah. Tapi kenal muka la. Satu taman perumahan la plak. Gua hulur tangan salam.

"Lamo tak mari surau?.." Tegur pakcik tu. Niamakahai orang tua ni.. citer surau kat stadium. Nak sabotaj gua depan mek2 Klate ke? Ngaaa...

"Bz sket lo ni pokcik. Insyaallah.. insyaallah."

Beberapa polis dan sekuriti mohon acara dihentikan. Tapi crowd ribu depan mata mereka bukan crowd yang pentingkan nama politik. Ini crowd sukan bola abey. Dengan megaphone kat tangan, gua boleh halakan crowd halau polis kalau gua nak.

Syam berdiplomasi setiap kali arahan henti sampai.



[7]
Makin petang, makin ribu2 lemon. Sesak. Walau tak padat macam BERSIH 4.0, tapi gua punya kepala tangkap pening minta dadah panadol. Orang makin ramai sign. Bateri megaphone plak habes. Marker pun dah nak habes.

10 000 keping pelekat R diedarkan kepada setiap tandatangan habes jam 2 petang! Bermakna lebih dari 10 000 tandatangan

Tiba2 Anuar Musa sampai. Jeming dan Syam pelawa turunkan tandantangan. Anuar Musa sign kat word royalti.

"Teruskan berjuang. Ini soal maruah anak Klate kito."

Pergh.. nampaknya Tengku Razaleigh tidak keseorangan. Gua turunkan banner Sultan Kelantan. Dan tawaf keliling stadium. Polis follow. Crowd bunyikan horn. Beberapa kali tawaf berhenti kejap pasal nak bergambar.

Siapa kata gua tak sokong Sultan? heh.. puii..






[8]
Bendera gergasi R berjaya diseludup masuk. TV1 dan Astro Arena merakamkan bendera R itu bergerak dari team Jeming sehingga ke sempadan VIP.

Wartawan Sinar Harian Selangor dan Malaysiakini membuat liputan. Harakah jer yang tak cover. Walau Syam sudah berikan butiran. Maybe sebab takda wajah2 PAS dalam program tu kot.

Gua ambil keputusan tak masuk stadium sebab 2 perkara :

i. Gua nak kemas barang2. Kalau semua masuk, dan baru nak kemas selepas habes bola, gua rasa tenaga dah takda dah.

ii. Gua meraikan seorang sahabat KL yang memberikan solidariti kepada perjuangan R. Nak belanja makan, dia lagi kaya dari gua. Gua bagi dia tiket gua.

Lepas kemas, gua bentang kain merah. Lipat2 sampai tebal. Tutup mata dengan tuala. Baring dan terus tidur. Zzzzz... automatik gua kat rumah Zahida rafik tanpa pengetahuan Shafie Afdal.


[9]
Bermalam rumah member Ayie Prob dalam keadaan berbulu sebab Chelsea menang nasib. Bertolak ke KB selepas makan tengah hari. Sampai Kechau gua tengok budak2 kibar bendera Kelantan. Kechau ni bukan sempadan ni bro. Kalau sempadan gua tak heran. Pastu budak2 plak. Kalau mak bapak maybe dia asal Kelantan.

Start Kechau sampai Merapoh, kanak2, remaja berkumpul tepi jalan kibar bendera Kelantan. Gua rasa Presiden FAM anak-beranak dah boleh berambus la. Kalau Pahang sendiri sokong Kelantan dalam bola sepak. Ngaaa...

Start Gua Musang, baru projek agihkan bendera dan air mineral kepada budak2 dilakukan. Banyak kali berhenti.Berebut2. Sampai gua kena bebuat garang macam cikgu disiplin. Happy tengok diorang happy.

Penutupnya, hasutan R akan dilakukan di stadium sendiri nanti. 26 Mei ni hasutan secara jalan kaki plak. Walk 4 R. Nantikan poster dan pegumuman dari kami. Bersama kita catat sejarah dalam demo jalanan pertama di Kelantan. Insyaallah.



Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu