Skip to main content

Beberapa perkara yang gua nak share.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Perkara pertama yang gua nak share pendapat ialah mengenai muzakarah yang dilontarkan Hadi Awang semalam. Beza muzarakah semalam dan muzakarah dulu ialah gelap dan terang. Memang ada yang curiga sebab barang muzakarah ni bermula oleh ulama bangang myang memilih pendekatan gelap dan mencetus fitnah. Alhamdulillah, rakyat berjaya bangkit dan hasilnya ulama bangang ada yang kalah, dan ada yang terkepung sekarang ni.

Untuk muzakarah semalam, terlatest punya, gua berpendapat, ianya perlu berlaku. Dengan syarat pertama, dilakukan secara live. Baik ustream, baik TV. Gua mahu rakyat terutama Melayu Hutan tahu hujah di mana titik PAS-UMNO tidak boleh bersama. Di mana titik PAS-UMNO boleh bersama. Ini sangat penting menjelang PRU13.

Syarat kedua pula ialah panel muzarakah dari PAS tidak total kepada kem muzakarah gelap. Jap lagi, Hadi + Harun + ABC bermuzakarah dengan UMNO, dengan live plak tu, mampos kena bahan dek ulama muda UMNO. Ianya perlu disertai secara seimbang oleh kumpulan progresif PAS. Barulah PAS for all.

[2]
Gua takda masalah dengan Tengku Melayu DAP yang membantah BERSIH 3.0 dilansungkan di jalanan. Gua hormati pendapat dia. Yang tak setuju dengan Tengku DAP tu, haruslah fight dengan hujah.

Bagaimanapun, selaku organisasi yang mempunyai perlembagaan sendiri, Tengku DAP itu tertakluk kepada perlembagaan DAP. Apatah lagi, kerusinya adalah lantikan, bukannya undian. Kalau undian, suaranya mewakili pengundi. Kalau lantikan, dia kena akur terhadap si pelantik. So, memang wajar DAP mengenakan tindakan terhadap Tengku DAP yang tidak menggunakan saluran perlembagaan dalam suaranya.

Namun, tindakan / hukuman tidak melantik semula Tengku DAP tersebut, diambang PRU13, ketika DAP menjadi ikon kebebasan tertinggi diantara 3 (PAS / PKR / DAP), adalah satu percaturan yang bodoh pada pendapat gua. Ianya mengasak maruah manusia supaya keluar dari kumpulan. Itulah yang berlaku. DAP mengembalikan momokan tradisi Melayu terhadap diri DAP itu sendiri ketika terdapat ruang2 pembebasan sudah jelas.

[3]
Penggulungan hujah kes gua jatuh pada Rabu ni. Kalau gua ada kes, gua akan dipanggil bela diri. Kalau takda kes, gua dilepaskan. Gua harap doa dari lu orang semua. Amin.

Daripada perbualan dengan seorang polis, diambang PRU ini, Najib mengumumkan dasar minima isu yang merugikan BN. Dari sekecil2 hingga ke sebesar2. Tahniah kepada sahabat Shauqey yang sudah dibebaskan. UMNO Pulau Pinang pun sudah membuat kenyataan membebaskan diri dari isu upacara kematian Lim Guan Eng oleh PERKASA.

Dan menurutnya lagi, parlimen bubar selepas Jumaat ini. Selepas 18 Mei.

[4]
26 Mei, gua nak buat demo jalanan pertama di KB. Tanya pendapat beberapa rakan. Akhirnya, menjadi status kami. Asal target kami sekitar 10-20 orang. Kami bukan mana-mana pemimpin. So, jumlah tidak mendamagekan kami. Kalau kami pemimpin A, kehadiran 20 orang, ianya mendamagekan individu pemimpin. Jadi, demi kelangsungan individu, banyak gerakan perlu diperapkan. Individu first, Allah second. Bantah kafirkan TGNA pun hijack crowd kuliah Jumaat.

Perbincangan demi perbincangan, ianya menjadikan 26 Mei di seolah2 Big Program. Gua tak setuju dari awal lagi. Sebab gua tak nak dianggap mencabar sesiapa. Dan gua tak mahu menyusahkan / meminjam sesiapa. Gua just nak bawa satu lagi budaya luar bersama rakan2, demi anak cucu. Lillahitaala. Beberapa sahabat masuk menggunakan NGO. Siap nak guna khidmat Unit Amal. Walkie Talkie dan usher bermotosikal.

Gua cakap, tak perlu big program. Sahabat cakap, takpa. Diorang uruskan. Lu dont worry lah. Akhirnya, ketika di Seremban, gua mendapat panggilan telefon dari sahabat berkenaan, bahawa satu sayap PAS telah menetapkan satu program 26 Mei dengan status setiap ahli wajib hadir. Gua senyum dan cakap, lu kena utamakan jemaah yang lu dah berbaiah.

Kan.... Gua dah baca benda ni dari awal dah. So, projek demo jalanan pertama di Kelantan, lillahitaala first, demi anak cucu, kembali kepada projek newbie. Kecil2an. Aman. Mengeratkan silaturrahim bersama rakan-rakan. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

Comments

  1. Hassan Ali masuk PAS 1998. Jadi Naib Presiden 2002. Tunku Aziz masuk DAP 2008, terus jadi Naib Pengerusi DAP.

    Jangan masuk dalam lubang yang sama buat kali kedua. Jangan diperlekeh marhalah tarbiyah yang wajib diikuti. Tarbiyah PAS ke DAP ke. Proses2 ni membentuk minda, hati dan jiwa. Soal sistem, setia, pengorbanan dan integriti.

    Lepas ni DAP jangan bengap sangat nak replace seat Tunku Aziz dengan 2 veteran UMNO yang masuk DAP hari tu.

    Kalau nak sangat letak Melayu kat Naib Pengerusi, lebih baik letak Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton. Orang lama, bermula dari bawah.

    ReplyDelete
  2. Tunku Aziz berkata beliau tiada pilihan melainkan keluar DAP berikutan perbezaan pendapat yang 'luas dan tidak dapat diselesaikan' mengenai perhimpunan Bersih 3.0

    Tunku Aziz gagal membezakan antara perkara teknikal dengan perkara dasar. Hassan Ali dipecat kerana melawan dasar. Tunku Aziz kuar parti kerana berbeza teknikal. Sohai.

    "Saya berasa dukacita kerana Tunku ingin keluar dari parti disebabkan perbezaan pendapat dalam isu BERSIH. Hakikatnya, Tunku telah memasuki DAP kerana DAP menawarkan pentas untuk mempromosikan integriti dan melawan rasuah" - Lim Guan Eng

    That's the point. Isu perbezaan pendapat dalam pengurusan sebuah himpunan adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan tanggungjawab melawan rasuah dan meningkatkan integriti dalam sebuah kerajaan negeri dan kerajaan pusat kelak.

    "Jika Tunku Aziz berhak untuk menyuarakan pendapatnya yang berbeza, hak parti untuk menyatakan pendirian dalam isu dasar yang asas ini harus dihormati juga" -Lim Guan Eng

    Pemimpin politik 'mi segera' selalu menghadapi masalah memahami dan menghadami sistem dalam parti. Antara kepentingan / prinsip peribadi dengan kepentingan / prinsip parti. Hassan Ali, Tunku Aziz, Zaid Ibrahim.

    Seorang ahli korporat yang hebat belum tentu mampu menjadi seorang ahli politik yang matang. Apatah lagi terus dilantik menjadi pemimpin. Sepak terajang politik beb.

    Gua harap DAP tak tergesa2 melantik Hata Wahari, Ariff Sabri, atau Aspan Alias untuk replace seat Tunku Aziz. Mereka masih mentah dalam politik pembangkang yang penuh dengan duri dan darah.

    Gunakan kemahiran dan pengalaman mereka untuk skop tertentu sahaja. Hata boleh perjuangkan wartawan dan media. Ariff dan Aspan boleh jadi ayam sabung mendedahkan penyelewengan dan kerosakan UMNO.

    Seat Tunku Aziz, gua jauh lebih setuju kalau DAP melantik Ahmad Ton atau Mat Saman Kati, hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu