Skip to main content

Kisah hidup gua 3 - 8 Mac 2012.

Oleh : AdukaTaruna



[1]
Keta Mazda gua baru service. Roadtax dah bayar guna BR1M. Cun. Alhamdulillah. 5hb-7hb gua ada kes mahkamah. Atas tuduhan menghina Sultan Johor dengan perkataan mampos, mampos dan pergi mampos. Kelulusan cuti dari majikan settle. 8hb kul 12 malam gua start kerja semula. Tu pasal perlu naik kete Mazda gua. Settle kes mahkamah gua terus ke Kelantan.

Gua akan start cuti 3hb. Cadang bertolak lepas Zuhur. Bini n anak gua tinggal Seremban sana dan akan balik dengan sedara-mara by bas nanti. Ada kenduri kawin. Gua akan drive sorang2 dari Seremban ke Kelantan. Menjelang petang 2hb, Mazda gua buat kelakar. Takmo hidup guna kunci. Kena hidup macam kete lumba. Tolak.

Pagi, gua pergi bengkel kete. Ijtihad gua, maybe Allah suruh gua naik keteapi. Sebab gua akan drive sorang2. Kalau tak settle Mazda gua, gua terpaksa pergi beli tiket ketapi. Limit jam 10 pagi. Gua bagi masa pada diri gua. Kalau tiket keteapi habes, gua cari bas. Kalau habes gak, gua drive Mazda sampai Kuala Krai, dan minta tolong member pinjamkan ketenya kepada gua.

Sampai bengkel kete jam 8.30pg. Jam 9 pomen sampai. Start. Terus hidup. Tiuuuuuuuuuuu.. jangan bergurau la kete woi.

"Apo yang rosak ni Jang oi?" Pomen tu try kecek nogori dengan gua. Huduh sungguh soundnya.

"Tadi tak bleh start, be." Gua pulak try kecek Klate.

10 pagi. Mazda gua tetap boleh start. Pomen cakap dia tak bleh trace rosak kalau camni. Pulak... keteapi ke Mazda. Mazda ke keteapi. Ke keteapi berjenama Mazdan. Ke...

[2]
Member sekerja gua suruh beli tiket keteapi. Masalahnya kalau keteapi, gua akan langgar tarikh cuti.

"Jap Na. Diam jap. 5 minit. Gua nak fikir jap."

Akhirnya gua ambil keputusan naik Mazda. Tapi ikut Gua Musang. Sebab kalau ikut Terengganu, takda keteapi. Apa2 hal terjadi, gua boleh minta tolong member hantarkan gua ke stesen keteapi. Takda tiket, naik lompat. Bini dan anak kena tidur kat surau la.

Kuala Krai ada member. Alhamdulillah. Manek Urai ada. Alhamdulillah. Gua Musang ada. Alhamdulillah. Merapoh takda. Jangan Mazda buat kelakar kat sini, sudah. Kuala Lipis ada. Alhamdulillah. Raub ada Alhamdulillah.

[3]
Perjalanan lancar. jam 5 petang gua singgah Petronas Gua Musang. Untuk solat Asar. Settle. Start kete hidup. Cun. Tapi bila jalan ada bunyi besi bergesel sebelah tayar depan kiri. Warghhhh.. tinjau2 takda. Bini gua dah cemas. Gua dengan KMT jer releks. Hua3..

Jalan menuju ke bulatan Gua Musang tayar depan kiri terus jem. Takmo gerak. Jeng3.. Sudah. Kalau gua tak hadir mahkamah, kompom waran tangkap keluar. Gua kol Ayah Su Pok Nik. Tak dapat. Aduss..

Kol Tok Ggawo Manek Urai.

"Salam Tok. Kete problem kat Gua Musang. Nak minta tolong hantarkan gua dan bini ke stesen ketreapi. Tak hadir mahkamah 5 hb ni, waran tangkap keluar ni Tok."

"Beres.. Lagi 1 jam setengah gua sampai."

"Jap Tok. Try kol seorang lagi member. Takut bantuan bertindih, menyusahkan pulak."

"Ok."

Kol Ayah Su Pom Nik. Dapat. Dia duduk kira2 3km dari lokasi kereta gua. Kol semula Tok Ggawo batalkan bantuan. Sebelum Ayah Su sampai, sekeluarga polis (berdasarkan T shirt ada logo polis) U turn singgah tanyakan keadaan gua. Maybe dia kesian tgk KMT. Gua ucapkan tq sebab dah ada rakan dalam perjalanan. Ayah Su hantarkan gua ke stesen keteapi. Mujur tiket ada. Ngam2 2 seat. Jam 10 malam keteapi akan sampai.

Pergi semula ke kereta. Drive paksa kete gua untuk parking kat rumah Ayah Su. Terdetak2 bunyi tayar depan bila kena paksa. Settle sementara kete. Settlekan KMT pulak. Mandikan dia di surau stesen. Mujur anak gua tahan lasak sejak kecil. Jam 10 gua chow. Tq Tok Ggawo dan Ayah Su.

Kata orang Melayu dulu2... kuat memaki-hamun susah dapat kawan. Tapi sebaliknya berlaku kepada gua. Kuat memaki-hamun banyak pulak kawan. 1 Malaysia pulak tu. Gua paling kuat maki Hadi. Tapi negeri paling banyak kawan gua ialah Terengganu. Ahli PAS pula tu. Hua3..

[4]
Kes mahkamah gua bermula. Pendakwaraya mencadangkan kepada gua untuk mengaku bersalah dengan denda RM10k dan jaminan tiada hebahan media. Katanya gua tetap akan didapati bersalah. Itu jaminan mulut di luar mahkamah kepada gua.

Ada banyak kemudahan yang gua dapat dalam kes gua. Gua tak tahu dari siapa. Maybe gua bukan pembolehubah seperti Anwar Ibrahim, so, kemudahan tu gua dapat.

1. Gua dihalang dihantar ke Johor.

2. Kes gua diambil alih oleh PDRM tertinggi iaitu Bukit Aman. Membuatkan gua OKT yang digeruni polis2 'jahat' lokap.

3. Gua bayar wang jaminan ketika habis waktu pejabat. Orang yang terima siap bagitau gua bahawa mereka diarahkan tunggu gua walau waktu pejabat dah habis. Polis JSJK Seremban pun siap bertanya kepada gua sama ada gua anggota polis juga atau tidak sebab mana pernah wang jaminan dibayar selepas pejabat.

4. Gua tidak makan makanan penjara. Sebaliknya PDRM belikan gua makanan. Di lokap Pengkalan Chepa, gua diasingkan dari banduan lain. Lokap gua hanya untuk gua.

So, gua terus cakap, gua memilih penjara dari membayar denda. Duit satu hal, laluan untuk orang lain atau anak gua satu hal lagi. So, gua mohon, kalaulah kemudahan itu diberikan lagi kepada gua, gua nak minta penjara Pengkalan Chepa. Dekat dengan anak bini gua.

Terus lawyer gua potong. Jangan fikir dulu pasal penjara. Kita lawan dulu.

[5]
Pada penilaian gua sebelah pihak, perbiacaraan mahkamah memang memihak kepada gua. Dari saksi Ketua Forensik Cyber Security, telah ditanya lawyer gua :

"Adakah anda setuju bahawa Khairul Nizam yang menjual novel dalam blog AdukaTaruna itu tidak semestinya pemilik blog AdukaTaruna?"

"Saya setuju."

"Tadi kamu mengatakan kamu mempunyai bukti Laptop itu pernah memasuki ruangan admin blog adukataruna. Pada tarikh artikel itu dimuatnaik. Tetapi mengapa kamu tidak menjumpai bukti muatnaik artikel tersebut?"

"Mungkin dia bukan penulis artikel tersebut."

"Adakah kamu setuju blog adukataruna mempunyai ramai penulis yang memunyai akses memuatnaik artikel?"

"Saya setuju."

Kebanyakan saksi yang dibawa adalah pereport polis. Kesemua mereka bodoh dalam internet. Ayat report pula sama. Dan dari mana mereka tahu artikel itu, semuanya dari sms.

Seorang Ketua Pemuda Cawangan Kg mana ntah dari Simpang Renggam ketika diminta lawyer gua menyebut nama blog gua :

"ww.blogspotadukataruna.com."

"Anda pasti."

"Ya saya pasti."

Mujur jawapannya direpair oleh pendakwaraya.

Seorang pereport polis ditanya lawyer gua :

"Adakah anda setuju, jika anda tidak menerima sms tersebut, anda tidak akan tahu kewujudan artikel itu?"

"Tidak setuju."

"Jadi ini bermakna, sama ada terima sms atau tidak terima, anda tetap akan mengetahui kewujudan artikel tersebut. Setuju atau tidak?"

"Tidak setuju."

Dengan polis mahkamah tu sekali tergelak.

Seorang lagi pereport polis ditanya lawyer gua :

"Kamu mengatakan aritikel itu ditujukan khas kepada Almarhum Sultan Johor kerana pada ketika itu tiada sultan negeri lain yang mangkat. Tetapi artikel tersebut dimuatnaik sebelum kemangkatan."

"Ketika itu dia gering."

"Apa maksud gering?" Hakim bertanya.

"Nazak."

"Sakit pun gering, bukan. Nazak pun gering. Gering yang mana? Soal pendakwaraya.

"Nazak."

"Nazak bermaksud bila2 boleh jalan la, kan." Pendakwaraya Sikh itu menambah. Satu mahkamah gelak. Termasuk 2 lawyer di mejala Plaintiff. Kecuali hakim dan gua. Gua takut gelak sebab takut mempengaruhi keputusan hakim. Hakim menegur pendakwaraya. Pendakwaraya mohon maaf.

[6]
10 April adalah final. Sama ada gua perlu dibela diri atau dilepaskan. Kalau gua disabitkan kesalahan, kata hati gua hari ini, gua takkan bayar denda. Gua pilih penjara. Dan mohon pihak yang berikan kemudahan kepada gua tu berikan sekali lagi. Berilah gua penjara Pengkalan Chepa.

Kalau gua dibebaskan, pada gua, gua dah dapat perbicaraan yang adil. Berdasarkan penilaikan sebelah pihak gua akan situasi perbicaraan gua.

1. N3 itu untuk novel mengikut siasatan polis.
2. Tiada bukti gua pemilik tunggal dan rasmi blog adukataruna mengikut Cyber Scurity.
3. Pereport polis gagal buktikan artikel tersebut ditujukan khas kepada Almarhum sultan.
4. Dari kesemua pereport polis yang dipanggil, hampir kesemua mereka buta internet.

Terima kasih kepada yang mendoakan gua. Dan gua memohon doa dari kalian sekali lagi. Radio Budu berDJkan gua akan ke talian esok. Jumaat. Jam 10 pagi. Amin.

Menjelang pulang ke Kelantan. Ayah Su memaklumkan, pomen tak jumpa masalah kete gua. Kete Mazda gua ok. Siap buka dan test drive. Pelik. Keteapi gua turun Gua Musang. Gua drive Mazda gua sambil diekori kete Ayah Su sampai Pengkalan Chepa. No prob. Huh?

Comments

  1. Gua komen tajuk mazda je.
    1. Tak boleh start = Starter kotor. Kontijensi plan kena standby hammer. Kalu tak boleh start boleh ketuk2 manja starter tu then acu try test start. Terbaik antar kat pomen servis starter.

    2. Bunyi ketak2 = Sendi tayar masuk pasir pasal getah dah pecah atau drive syaft dah kong. Kerap berlaku kalau potong spring kasi lowered.

    Semoga kes lu setel.

    ReplyDelete
  2. Haaa... Kereta 'Wali' atau Tuan kereta 'Wali'?

    ReplyDelete
  3. Bhai AT...

    Gua plak cuma nak komen gambar tue jer... hahaha... itu namernyer "Makan Budak" ...

    Hahaha...

    Kes Mahkamah gua tak mau komen... takut "contempt of court" jer... hahaha... lagipon kalu gua komen mender pon.. puak perepot polis tue sumer memang tahap balachi jer... sebab orang lain suruh depa buat report depa pon buat... kire tahap budus nak mampus tue...

    Kalu ader orang suruh depa makan taik.. sure depa akan makan taik gak... (oit... suruh loyar lu guna point nih lain kali).. hahaha

    Aiyark.. gua dah ter"contempt of court" la pulak... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  4. "Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.

    17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor."

    ok sila ke group tersebut semula dan tgk berapa ramai member group tu

    https://www.facebook.com/groups/268156631318/

    InsyaAllah dipermudahkan kes lu.pengajaran ambik.sujud syukur sentiasa.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.