Skip to main content

Kisah Besdey nabi yang bidaah.

Oleh : AdukaTaruna

Member gua kat Kelantan ni pergi ke rumah mak saudara dia. Pasir Mas. Ada buat maulud katanya. Berdasarkan pengalaman sambutan Maulud di rumah Paklong sebelah bini gua, orang Kelantan akan datang ke rumah penganjur. Berdiri bersama2 dan berselawat. Then makan.

Perkara serupa juga kepada mak saudara member gua nih. Sebelah rumah penganjur itu adalah rumah bapa saudara member gua plak. Kira adik-beradik la sebelah-menyebelah rumah nih. Bapa saudara member gua nih, gua bagi nama Pakcik A adalah orang UMNO. Dan bermazhab MAZA walau MAZA bukan berparti.

Yang member gua ni plak, ilmu agama biasa2 jer. Kira macam gua jer. Tapi dia pun tahu gak sikit2 bidaah ni berdasarkan hasutan gua bawah Akta Hasutan. Kah3.

Member gua ni punya bengong, sebelum jemaah surau / masjid sampai, dia dah makan dulu. Pastu lepak rumah Pakcik A untuk hisap rokok bersama-sama. Then sampai la jemaah. Bapa member gua g panggil la member gua nih. Untuk join. Member gua ni, dah hisap rokok memang malas la. Pakcik A memang tak join. Sebab mazhab MAZA.

Penyudahnya, bila dah settle majlis, sampai rumah dah, bapa dia perli. Cakap termakan hasutan Pakcik A. Member gua story la sama gua yang bapa dia perli dia. Gua cakap, gua pun ambil fahaman bidaah juga. Tapi kalau ada penganjuran yang kalau gua tak hadir boleh berbalah baik gua hadir.

Pastu lu tanya Pokcik lu tu. Antara berkawad, berarak, bersepanduk yang UMNO anjurkan dengan berselawat tokok tambah sambil berdiri mana lebih bidaah? Berselawat tokok tambah sambil berdiri dengan hisap rokok sambil tgk DVD mana lebih bidaah?

Comments

  1. Nik Aziz pun buat bidaah jugak ke?

    Cuba google images > Nik Aziz birthday

    ... siap potong kek tu,,,

    ReplyDelete
  2. Bidaah dalam perkara agama tu kita kena jaga... pasal Nabi s.a.w. tak pernah buat... Janji, kita jangan pandai-2 kata tu ini Nabi ada buat & suruh kita buat padahal takda pun Nabi buat...tu sah bidaah la.

    Tapi ada perkara mungkin tak salah juga kita buat. Sendiri buat sendiri tanggung la kut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.