Oleh : AdukaTaruna
[1]
Falsafah kastemer olways rait ni dicipta kapitalis la. Dah bisnes dia. Dia yang bayar gaji. Kalau gua punya kedai / bisnes pon gua setuju gak falsafah nih.
Tapi bak Ali Abu kata, Malaysia dah memecah falsafah nih. Kuli always rait. Kalau Kuli mengamuk, kastemer pun takdo. Takdo kastemer, bisnes takda. Takda bisnes, Majikan pun stendet Kuli gak. Sama2 takda pendapatan. Haha.
Cumo dalam dunia realiti, manusia berbaka majikan akan survive la. Asalkan dia menggadai prinsip kebenaran dia sebagai manusia. Lalang dan berkepentingan.
[2]
Bila berlaku perbalahan antara 2 manusia A dan B, akan membentuk 3 sokongan. Pertama sokongan manusia A. Kedua sokongan manusia B. Ketiga sokongan terhadap rasional keadaan. Sokongan ketiga ni amat kurang sekali.
Penyokong A dan B akan mengeluarkan hujah. Sama ada fakta atau teori. Dalam kes seumpama ini, selalunya akan keluar hujah perkauman / agama / mazhab. Dia menjadi standard. Gua tak kata logik atau tidak ianya benar2 berlaku. Tapi menjadi standard.
Kes KFC ni penyokong B mengeluarkan kenyataan manusia A itu menghina perkauman. Kes Zidane tanduk dada Meterazzi Italy pun camtu gak. Kalau manusia tu sama-sama bangsa, ia menjadi kes agama. Kalau sama-sama bangsa dan agama, menjadi kes mazhab plak. Betul ke tak, wallahualam. Tapi ianya menjadi satu standard.
[3]
Apa pun terjadi, kita kena rujuk Islam la. Walaupun macam2 tafsiran manusia ni terhadap bahan mentah Islam, at least semuanya adalah berkaitan dengan satu bahan mentah yang sama.
Ada pun dulu, Saidina Ali kalau tak silap. Berperang sampai hampir membunuh seorang sebangsa dengannya. Tetapi berlainan perjuangan lah. Musuh tu pun ludah ala2 panglima perang UMNO. Puiiiii! Ali tak jadi bunuh. Sebab bimbang niatnya berperang dah lari. Dari kerana Allah kepada peribadi amarah.
So, sebab2 perkauman / hina menghina agama secara budak2, Islam tak suruh kita balas secara fizikal. Tumbuk menumbuk. Tanduk menanduk. Betul, kefahaman budak KFC tu tak sama la dengan Saidina Ali. Kalau gua yang jadi budak KFC tu pun belum tentu gua yang cakap pasal Saidina Ali ni jadi Saidina Ali. Tapi, inilah falsafah yang menentukan siapa benar, siapa salah dalam setiap kejadian.
[4]
Kepada pekerja KFC, gua ucapkan semoga kita sama-sama memperbaiki sikap. Sama-sama kita tuntut pengurusan KFC itu bertindak bijak. Maklumkan keadaan berlaku secara terus-terang kepada pelanggan. Takdo ayam ko, ayam terlopeh ko. Jangan biarkan pekerja yang sedang bertungkus-lumus bekerja menanggung asakan pelanggan.
Kepada pelanggan KFC mangsa kuntau tu, lu ada hak. Saman KFC tu ke, lancar kempen boikot KFC tu ke. Pekerja2 dan lu sendiri hanyalah mangsa jenama. Tak payahlah bergaduh kerana jenama ni. Cam bongok jer gua rasa.
Kepada penonton plak. Jangan jadikan benda tu perkauman. Ntah2 pelanggan tu ejen Mc D. Buat provokasi kat KFC. Mana tau. Kapitalis sama kapitalis berperang.
"Boikot KFC. Boikot Mc D. Hidup RFC. Hidup Edlee FC. Hidup Ayam Goreng Jabbar Pasar Malam." Ngeeee...
customer always right?...... hahahaha......... wa tak guna slogan tu dalam bisness... kalau wa pakai lingkup bisness wa.... rakyat malaysia mana reti bab customer always right... dia tau bayar ciput tapi nak barang qualiti tahap dewa....
ReplyDeletecam beli kete.... bajet mampu beli kancil first edition tapi bila naik kancil cakap... APASAL AKU NAIK BMW KAWAN AKU SELESA NAK MAMPUS ... TAK MACA KETE NI.... kehkehkeh
Pergi mampus dengan pelanggang yang bangsat dan celako, tak rugi kalau orang yang kurang ajar tu tak masuj KFC
ReplyDeleteDua-dua bersalah dalam hal ini mahupun pelanggan dan pekerja KFC.
ReplyDeleteGua mahu kritik dua-dua belah pihak.
Pelanggan:
1. Jangan hilang sabar untuk tunggu giliran terutama pelanggan berbangsa Cina. Ramai lagi mahu makan, jadi kena sabarlah.
2. Jangan fikir "Customer Always Right". "Customer Always Right" jika ada sebab yang munasabah. Gua pun faham jika pelanggan terlalu ramai dan gua sabar kerana bukan mereka dan bukan pelanggan yang melambatkan keadaan tetapi tunggu makanan masak yang lambat.
3. Tidak melakukan perkara provokasi terhadap pekerja kerana mereka bukan robot dengan memarahnya kerana lambat.
4. Banyak lagi dan muhasabah diri sendiri.
Pekerja KFC:
1. Jangan layan kerenah pelanggan yang tak sabar.
2. Gua dah banyak kali kena dengan servis KFC yang teruk terutama KFC Rawang dimana ada pelanggan tak mahu order nugget ayam tetapi pekerja KFC orderkan juga, pelanggan pun tak puas hati. KFC Damansara juga kes yang sama ada kekurangan order, ada kurang satu Zinger Burger, jadi halalkanlah sebab macam mana nak ambik di Damansara sedangkan gua tinggal Rawang. KFC ni bila customer service sangat teruk bila pelanggan sikit. Gua selalu datang bila orang tak ramai.
3. KFC ni biasanya tak masak dahulu berbanding fastfood yang lain. Dia baru masak jika ada order. This is very bad way of service. This should not happened because it is a fastfood.
4. Banyak lagi dan fikirkan yang pernah mengalaminya.
Secara keseluruhannya. Kalau gua beratur dengan customer macam tu, gua pun mahu belasahnya kerana tak faham-faham ramai orang dan kena tengok customer service KFC juga sebab dah banyak kali KFC buat begitu buat kerja sambil lewa. KFC, please improve your service to make the best.
Sbgai manusia kita kenalah hormat org lain walau dlm apa jua keadaan pun...bagi pendapat ABK kat video ni....dr info yg ABK baca le...padan la muka mamat bodoh tu kena belasah..kalau ABK ada kat situ pun rasa2nya ABK suruh laki ABK kuntau mamat tu....
ReplyDeleteUtk pengguna yg lain kalau tak suka, sebb serivice ke, tak bagus ke atau apa2 reasonpun la....cau aje le bnyak lagi tmpat lain nak pegi....ABK dah lama tak masuk KFC, MC D n Pizza sebb diaorang dah kaya dah... mari kita sokong peniaga Melayu kecil2an kita...
Bhai AT....
ReplyDeleteErrr... KFC nih "Kelantan Fried Chicken" ker? ....
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot