Skip to main content

Apa yang Papa Gomo takut bergambar dengan gua, ntah.

Oleh : AdukaTaruna

Nak kata takut, gua rasa macam tak logik. Nak kata sebab gua tak hensem, gua rasa gua lagi hensem dari Papa Gomo. Maybe sebab gua tak kaya macam dia kot. Hahaha.

Gua ke Media Sosial UMNO tadik. Ingatkan kat Hotel River View. Sekali rupa2nya guna premis kerajaan. Bangunan Kebudayaan dan Kesenian depan Taman Orkid, Pengkalan Chepa.

Gua g dengan Jeming. Tapi niamakahai punya Jeming muka wanted. Sek2 keselamatan UMNO dah kesan Jeming dan siap mms gambar kedudukan Jeming dalam dewan. Masa tu gua tak tahu lagi. Gua nak dengar hujah Ostad Fathi jer.

"Lepas hujah ostad, kita blah la, Ming. Lapar nih."

"Bereh!"

Time nak blah tu ada pendaftaran. Hadiah tgk kat pentas tadi laptop dan macam telefon pintar. Time nak daftar ni la Jeming dan gua kena pegang. Kah3.

"Minta maaf la Ming. Kamu berdua tak boleh daftar. Ini untuk ahli UMNO jer." Bagus budi bahasa keselamatan yang sound kitorang tu. Gua bukan blogger kencing nih bab2 melaporkan. Maybe gak sebab dia kenal siapa Jeming. Cuma Jeming jer tak kenal siapa dia.

Pastu kitorang dibawa turun ke bawah. Gua try minta baju. Tak bleh. Poster? Kalender? Beg? Apa pun tak bleh. Hua3.. Bergambar pun diorang takut mula2nya. Last2 satu brader sudi bergambar dan kesemua darinya hilang ketakutan untuk bergambar.

Then gua tanya ada Papa Gomo ke, Parpu Kari ke tak hadir?

"Jangan bro.. Lu nak buat apa?"

"Gila apa gua nak langgar. Mampos gua kena katok dalam nih kang."

"Tu.. Papa Gomo. Parpu Kari takda. Tapi jangan oyak kawe kenalkan plak."

Gua pun menuju ke Papa Gomo. Berkeras dia tak nak bergambar dengan gua. Sampai satu tahap, gua ambil bidio dia, dia suruh simpan. Kalau tak dia pecahkan telefon gua. Heh! (gua senyum jer la. Bukan pembolehubah). Bidio sempat ambil. Tapi muka Papa Gomo tak clear. Gua upload pun takda guna gak. Papagomo pun bukan pembolehubah. Just peralatan jer.

Selain dari enggan yang teramat gua bergambar dengannya, Papa Gomo friendly dalam borak2 dan berhujah tahap budak2 (hujah sambil mencarut2, tunjuk2 isyarat lucah). Beberapa jurukamera sound Papa Gomo untuk ambil gambar kami. Keras Papa Gomo sound supaya jangan.

Pastu kami bersalaman untuk blah. Hujan dah mula turun. Lagi2 gambar ada pada Jeming. Apa yang gua nak bawa ialah sepatutnya semua pihak perlu berani dan bersedia hadir dalam majlis hujah kedua-dua pihak. Terutama blogger. Gua dah sampai majlis hujah UMNO, dan harap blogger UMNO berani juga sampai dan hadir juga dalam majlis hujah anti UMNO.

Terima kasih kepada keselamatan UMNO pada hari berkenaan kerana 'menghalau' kami secara professional. Tanpa kekerasan fizikal. Terima kasih juga kepada Papa Gomo kerana sudi berbual dengan kami. Cuma, apa yang lu takut bergambar dengan gua, ntah. Maybe sebab gua takda standard kot (miskin atau 'pencacai').

 AdukaTaruna yang baik dan sopan. Boleh dibawa ke majlis.

Jeming Hasan yang jahat sekali.

Comments

  1. Dia kalau bergambar dengan ko sahihlah dia mengaku itu muka dia sedangkan selama neh dia nafikan kaw2. Muahahahha

    ReplyDelete
  2. Assalam bro.
    Gua ada 'cilok tampal' artikel lu ini kat blog gua sebab gua suka kepala giler giler lu.

    Walau kita tak duduk dalam satu saf yang sama gua menghormati semua komuniti bloggers.

    Teruskan giler giler lu tu bro..

    ReplyDelete
  3. Lu sesat ke apa boleh sampai sana...ada baca kaaaa...!!!

    ReplyDelete
  4. Amenoworld : Itulah sebab sebenarnya. Hahaha. Pandai cik adik nih.

    APA : Biasa la bro.. janji respek demokrasi sudah, pada gua.

    tungkaran : Kalau dapat Malaysia Baru, lebih dr ini gua bleh buat. Insyaallah.

    ReplyDelete
  5. Bhai AT...

    Lain kali ajak gua la pergi... takder saper yang kenal... bebudak Rusila pon tak kenal gua... hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...