Skip to main content

Sebuah cerita kehidupan : Kete gua prob di ELITE Highway.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
7hb lalu, gua hantar kereta gua untuk diperbaiki. Stanby gua nak balik Seremban 20hb. Ada 2 pilihan. 1 bengkel member. Satu lagi bengkel saudara bini gua. Sebab saudara, gua pilih lah. Tu pun selepas soal siasat sama ada mampu atau tidak siap pada 18hb. Gua nak pakai dulu dalam 2 hari tu. Test apa yang patut. Dia kata boleh siap.

17hb gua kol, dia kata tak siap. Rupa2nya dia bekerja dengan orang lain. Dan kereta gua hanya direpair hujung minggu. Warghhh.... dia tawarkan alternatif. Keretanya sendiri. Wira 1.3. 19hb sebelah malam gua g ambil. Tu yang gua tak dapat joint program mahasiswa tu.

[2]
Alhamdulillah, bertolak jam 10 malam pada 20hb, gua sampai 10 pagi pada 21hb. Sejam setengah tidur di Petronas Benta, sejam tidur di Petronas Simpang Durian, Jelebu. Gua ikut Manchis. Siap singgah air terjun Bukit Tangga lagi. Malam tu Okupai dengan Penerangan PAS N9, Ustaz Azman (blogger Lobai Kampong). Video nanti di Kelantan gua upload. Insyaallah.

Pagi 22hb, gua ke Rawang. Rumah Pak Saudara sebelah bini gua. Jam 5 petang gua chow sebab program makan malam dengan family gua. Kilometer 36.2 Elite Highway berhampiran sempadan Selangor-N9, tiba2 wira gua meletup. Gua berhenti tepi. Radiator Hos sebelah bawah pecah terbarai. Ah.. sudah.

[3]
Gua releks dulu. Turun bawah gaung. G kencing dulu. Naik atas, info kat keluarga dulu.

"Radiator hos kete pecah. Tersadai kat Elite Highway. Jangan risau. Apa2 hal Angah kol."

Gua hantar kat Along gua, bukan kat mak gua. Kalau kat mak gua, kompom panggilan demi panggilan gua kena jawab. Hua3...

Gua ambil tiket tol. Kol hot line.

"Terima kasih kerana menghubungi. Saya Iwan berada di talian." Ayat dia lebih kurang camtu la.

"Assalamualaikum Iwan. Saya nak maklumkan bahawa kereta saya radiator hos pecah dan kini tersadai di Elite Higway."

"Kilometer berapa tu?"

"36.2."

"Dari arah mana, ke mana?"

"Dari arah Rawang ke Seremban. Dan saya nak tanya, adakah saya boleh mendapatkan hos radiator ganti dari bantuan Plus?"

"Tak pasti lah encik. Tapi selalunya kerosakan kecil sahaja yang kami bantu. Kerosakan besar, kami tunda."

"Ok. Kalau tunda, berapa caj yang saya perlu bayar."

"Kami tidak mengambil apa-apa bayaran. Dan jangan membayar apa2 jika diminta."

"Ok. Terima kasih."

Ngam2.. satu Wira berhenti seberang jalan. 2 India keluar dan melintas menuju ke arah kereta gua. Bini gua dah start sorok beg duit. Gua teringat cerita Penarik Beca. Insyaallah, setakat 2 orang kalau tangan kosong, gua bleh lawan kalau dia berniat tak baik. Dalam kete gua plak, semua pompan kecuali gua dan anak gua. KMT 2.5 bulan.

[4]
"Abang... apa problem?" India pakai spek sound gua, India tak pakai spek terus usha engine.

"Tak tahu la.. Radiator rasanya."

"Kita bengkel punya orang abang."

"Takpa, terima kasih. Saya sudah kol saya punya adik. Bawak barang datang sini."

"Kita punya bengkel dekat sini saja abang."

"Terima kasih banyak Macha. Tapi saya satu kali lagi cakap. Saya punya adik2 mari sini."

India tak pakai spek terus chow tanpa memandang gua. Ini satu signal tak baik. Apakah kemungkinan? Maybe backup dia akan sampai? Payah. Gua sorang jer lelaki dewasa kat sini. Gua kol balik PLUS tadi.

"Terima kasih kerana menghubungi. Saya Iwan berada di talian."

"Yer Wan. Tadi saya da talifon tadi. Kilometer 36.2 tadi."

"Yer.. yer.. saya dah hubungi bantuan dah."

"Tahu, tapi saya nak maklumat. Berapa kilometer lagi R&R Seremban?"

"Sebentar yer. Mmm.. mmm... mmm.... 21km lagi."

"Ok. Terima kasih."

So, ijtihad gua, kalau jadi apa2 yang gua ramalkan, gua hayun kereta gua sejauh 21km ke R&R Seremban. Gua sms Along gua plak.

"Minta tolong sesiapa belikan hos sebelah bawah radiator Wira 1.3. Esok cuti Cina. Angah kena balik Kelantan time Cuti Cina."

Tapi, baru 5 minit berlalu, Storm kuning Polis Bantuan PLUS sampai.

[5]
"Assalamualaikum." Gua sapa dan bersalaman.

"Waalaikumussalam."

"Camni Encik. Radiator hos pecah la. Unit Bantuan ni ada sediakan spare part ke?"

"Aish.. mana ada, encik. Setakat air boleh la."

"Kalau macam, tarik la ni yer."

"Yer."

"Sampai mana?"

"Tol Nilai lah. Seorang dari kereta encik duduk di kereta saya. Encik duduk sebelah. Steering kete ni akan dikawal encik ni."

Bini gua dengan anak gua duduk Storm. Mujur anak gua tahan lasak. Tak meragam langsung. Alhamdulillah. Kereta gua ditarik.

"Encik. Maaf. Nak tanya dan minta bantuan la kalau boleh."

"Apa tu?"

"Kalau saya minta tolong Encik tarik kereta saya sampai Tol Seremban, boleh?"

"Maaf la.. kami jaga Elite sahaja. Sempadan kami setakat Nilai."

"Kalau begitu, boleh tak Encik tinggalkan kereta saya di highway Nilai. Dan saya minta bantuan Plus Nilai pula."

"Eh.. dia sekali jer Encik. Ada rekod dan laporan. Kalau camtu, rosak dari Bukit Kayu Hitam, sambung2 sampai Johor pula nanti."

Sms adik gua masuk.

"Semua kedai dah tutup. Takda hos."

[6]
Sampai Tol Nilai, gua kontek Ali Abu. Ngam2 pulak dio ado kek Semenanjung. Minta bantuan carikan hos. Terima kasih Ali Abu kerana bertungkus lumus melanggar kedai2 di Nilai. Tapi semua tutup. Separuh abad bawah UMNO Ketuanan Melayu, Cina cuti, Melayu mati kelaparan. Hua3... Gua di N9, bukan di Kelantan.

Gua suruh yang lain settlekan Magrib dulu, mandikan anak gua dulu, gua takpa, Mazhab Aduka. Jamak kat Isyak karang. Hujan rintik2. Hari semakin gelap. Gua ambil keputusan, kalau Ali Abu takda hos, gua hayun kereta gua sampai tol Seremban sambil usha meter suhu. Kalau panas, gua berhenti. Minta2 hujan sikit2 dan malam membantu kepanasan engine kereta gua.

Gua pergi ke Storm Plus ada ada kat situ (Bantuan Plus lain dari tadi), dan tegur polis bantuan tu.

"Semekom Encik. Sey nak tanyo pendapat la."

"Ha.. melekom salam. Pendapat apo tu?"

"Keto sey ni radiator hos eh pocah. Skang ni engine pun dah sojuk. Hujan pulak tu. Malam lak laie. Kok sey hayun keto ni sampai Tol Somban, agak2 sompek tak? Se ado anak kocik la."

"Den macam ponah nampak ekau ni. Ekau Somban kek mano?"

"Paroi."

"Kocik an laie. Den pon Paroi gak."

"Panchor."

"Padan la. Den Taman Ampangan. Ekau nak hayun buleh, tapi jangan sampai gasket kau berasap plak."

"Sey tengok meta suhu la."

"Cam nia la ha.. ekau hayun, tp agak2 tak lopeh, ekau boghonti. Tepon PLUS. Minta dia tarik sampai Tol Somban. Pepandai ekau la kek situ. Dokek dah tu."

"Masalah eh, boleh ko camtu? Sey dah kono tarik kek PLUS tadi kek Elite."

"Pulak. Ekau ambik la no tepon den ni ha.. kok tak lopeh, tepon an den."

"Adu la mak.. Allah yo la balas jaso. Timo kasih banyak2 la ha."

[7]
Baru gua nak panggil bini, adik ipar dan mak mertua gua, satu brader sound gua.

"Apsal keto kau bai?"

"Radiator hos pocah la.."

Dia pun usha.

"Barang takdo ni bang oi. Cino ghayo."

"Tahu den tu. Den nak hayun yo sampai Tol Somban."

'Somban ekau kek mano?"

"Panchor. Tapi Selaso ni nak balik Kelantan. Den kojo sano."

"Gilo kau ni. Kojap ha. Den tgk ado tak dalam keto."

Brader tu bawak 1 hos. 2nd punya la. Ali Abu pun sampai. Tanpa hos.

"Ni Waja punyo ni. Jap den nengok an. Kok buleh modifait."

Pendekkan cerita selesai.

"Ni den buek an tempolari yo nih. Ekau nak balik Kelantan tak jamin den do."

"Kok den bawak sambil tgk meta suhu cano? Agak2 paneh, den bersidai la kojap."

"Kok camtu buleh la kot."

"Berapa hargo ni?"

"Boghi la 20 ko, 30 ko."

Gua tahu hos baru harga dalam RM20. Kira harga munasabah la tu. Gua hulur RM50.

"Takdo kocik den ni do. Ekau tukar la memano."

Gua melintas ke pondok tol. Tukar duit Rm10.

"Camni aa bang. RM20 hargo hos. RM10 upah. RM10 pasal hat ikhlas. Pastu minta minta tolong doa an samo. Lopeh la sey balik Kelantan ha. Barang memang takdo do ni bang. Selaso ni den kono balik. Kono buang kojo pulak kok den tak balik."

"Apo banyak bona ni?"

"Ambik yo la bang. Den orang susah. Abang pun tak kayo do. Tapi ado joki lobih ni, buleh la bayar. Ikhlas ni."

Bini dan anak gua pun sampai.

"Anak kau ko ni?"

"Ha.. anak den ni. Alhamdulillah. Baru satu ni yo dulu."

"Ni ha.. den boghi pulak kek anak kau RM10."

"Apo gilo kau ni bang?"

"Gilo apo pulak. Den ikhlas."

[8]
Terima kasih Allah. Tq Polis Bantuan PLUS, Ali Abu dan semua yang membantu. Abang tu tak tahu gua blogger. Kalau tahu pun dio pedulik apo. Tapi gua bagi la nombor dio. Kalau lu ada masalah area Nilai atau kawasan bersempadan, boleh la hubunginya. Insyaallah dan wallahualam. Doakan gua selamat sampai Kota Bharu. Esok pagi gua bertolak. Di negeri UMNO, Cina cuti, Melayu mati kelaparan.

Ami Pomen
019-303 1321
019-266 9727
016-660 9727

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.