Skip to main content

Okupai paling best pada gua.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Gua mendapat jemputan untuk turut sama dalam program tertutup perjumpaan dengan Anwar. Hanya yang mendapat sms sahaja yang hadir. Antara yang sms gua ialah Abah Abu Samah.

Gua cakap gua tak pergi. Gua pilih Okupai dengan mahasiswa. Gua doakan selamat semuanyalah. Then Abah balas sms gua dengan ayat omputeh. "Aduka, pls take this opportunity." Menatang apa nih? Sebab jauh dari gugel, gua pun tak balas time tu. Dan terus lupa nak balas. Wakakaka.

[2]
Dalam siri2 Okupai yang berlaku di Tambatan Diraja, kehadiran gua tak lah sebaik Jeming dan rakan2 yang lain. Tapi dalam banyak2 okupai yang gua hadir, gua rasa inilah paling best. Best sebab secara tak sengaja, peserta dari Maktab Perguruan Kota Bharu (MPKB) join. Selain dari student UMK.

Yang bestnya student MPKB ni ialah majoriti mereka berfikrah lawan dan jenis tak ambil pusing. Kami berdialog sambil makan kek. Macam2 isu dibangkitkan. Antaranya stand mengenai demo, stand mengenai tindakan Adam Adli turun bendera Najib, stand rusuhan, stand imej negara dan sebagainya. Gua rasa suka sangat apabila mereka berani membantah gua dan student2 UMK. Bantah sambil makan kek bersama-sama. Professional sungguh. Hahaha. Respek lu orang beb!

Minggu depan, kalau kena gayanya, mesti panas. Sebab MPKB mesti repeat, tambahan pula student2 kebanyakannya sudah habis exam. Harap, minggu depan, kalau MPKB datang, orang2 macam gua sendiri, Jeming dan Topeng perlu lebih banyak beri laluan kepada MPKB dan UMK. Kita2 ni just control suasana jer. Seronok tengok adik2 (cam poyo plak sebut adik2), berbalas hujah secara pro, santai dan berkelah2.

Sedikit gambar amatur dari gua.













Comments

  1. student MPKB?..... apa lu ingat dia orang tu kutip sampah ka??????

    ReplyDelete
  2. Kalu setakat ni ni punya majlis, rugi besar Aduka mun tak pergi jumpa Anwar. Hanya manusia terpilih je yang Anwar jemput tu.

    Aku, kalau Anwar jemput, basuh berak pun lebih kurang je. Bukan Anwar Ibrahimlah, Anwar lain. Kalau Anwar Ibrahim, lalu depan pun aku tak hulur salam punya. Kalau dia hulur, gua wajib sambut salam.

    ReplyDelete
  3. #Occupy Kota Bharu memang gempak. Gua recommend semua yang tak pernah pergi untuk turun tengok sendiri & turut serta dalam persidangan mereka kat Tambatan D' Raja. Ini lah masa depan demokrasi di Malaysia.

    Hidup #Occupy Kota Bharu!

    ReplyDelete
  4. esok uncle lim of speakers corner pg akan join okupai dataran...

    ReplyDelete
  5. tukar namo la abey,bubuh namo melayu.okupai dok sedak

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.