Skip to main content

Falsafah gua isu Amalina. Ianya adalah satu PPAOA.

Oleh : AdukaTaruna

Gua bukannya baik. Banyak bertatih dan menyusu lagi. Tapi akidah kena jaga, bro.. syurga dan neraka ni ikut rahmat Allah jer. Tapi kalau akidah lari, nauzubillah woo..

[1]
Layanan Allah terhadap Islam dan bukan Islam adalah berbeza. Kerana Allah yang menjaga agamaNya. Apa sahaja yang melibatkan Islam secara langsung, sama ada musuh harbi, penganut Islam sendiri, pasti Allah mempunyai satu stand yang berbeza dengan selain dari itu.

Pendekkan story, kita pergi ke kes adik Amalina. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri melibatkan Islam (agama Allah) secara langsung. Sama ada persepsi, atau imej, atau apa sahaja secara direct. Adik Amalina sendiri, ibu bapanya sendiri juga telah membenarkan dengan rela dan sedar mereka dipergunakan untuk perjuangan kebangsaan (Melayu).

Jika Amalina bukan melibatkan Islam, sudah pasti lain ceritanya. Sebab Amalina melibatkan Islam, sudah pasti Allah tidak mahu semua ini. Mengotorkan agamanya dengan kebangsaan yang sempit. Sebab itulah kebanyakan ikon yang mengotorkan Islam dengan kebangsaan akan dibinasakan Allah. Semoga mereka dan kita berfikir dan kembali kepadaNya.

Falsafah ini gua perkenalkan dengan nama Proses Penjagaan Agama Oleh Allah (PPAOA).

[2]
Hafiz Hasyim pernah juara All England. Dia sendiri rela dan sedar dipergunakan bagi menyemarakkan fahaman kebangsaan. Dia disambut di airport ketika itu dengan wajah2 kebangsaan. Dipakaikan tengkolok, dan sebagainya oleh pejuang2 kebangsaan.

Maka, PPAOA pun berlaku. Hafiz merudum dan tidak pernah berjaya bangkit. Jika Allah benarkan dia terus-terusan berjaya, maka kebangsaan akan menyubur. Perkauman akan berleluasa. Allah menjaga agamanya. Mana2 muslim yang mengotori Islam dengan dakyah sempit pasti akan dimusnahkan. Sebab dia melibatkan Islam secara langsung.

Jika Kanoute Sevilla itu menyuburkan fahaman kebangsaan Afrikanya atau negronya atau bangsanya, maka Allah sudah pasti memusnahkan faktor2 yang mengikonnya. Dia tidak dibenarkan menjadi ikon. Kerjaya glamernya akan musnah.

[3]
Terlalu banyak perkara ini berlaku di depan mata kita. Hanya untuk manusia yang berfikir. Sufiah yang genius matematik itu pun diangkat ikon kebangsaan Melayu. Oleh kerana kebetulan dia muslim, maka Allah pasti akan menjahanamkan keIKONannya itu. Dia ditakdirkan memilih jalan yang salah.

Begitu juga dengan Shukri Hadafi. Pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin. Ianya juga diangkat sebagai IKON assobiyyah. Ini akan merosakkan kesucian dan ketulenan Islam. Allah pasti menjaga agamanya. PPAOA. Akhirnya anak genius ini dikatakan terjebak dalam najis dadah.


Dan Adi Putra dalam bahaya, jika AMK di bawah Sam mengIKONkan budak ini dalam perjuangan assobiyyah. Cuma mujur setakat ini budak ini tidak pro pejuang2 kebangsaan dusta.


[4]
Jika anda tidak melibatkan Islam secara langsung, maka, anda buatlah apa sahaja di dunia ini. Allah berlepas diri kepada kamu. Kecuali di hari pembalasan kelak. Namun, jika anda melibatkan Islam secara langsung, maka anda terikat dengan PPAOA.


Penutupnya, mari kita lihat mereka yang diangkat sebagai IKON muslimin oleh mereka yang melibatkan agama Allah secara langsung.


Sumber : Mengaji Pasti Boleh!


Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom. Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.
 Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan  1 2A.
Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
  
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
 
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran


Comments

  1. subhanallah.....orang macam ni lah yg kita nak jadikan ikon utk anak2 kita....semoga beliau terus maju dalam pelajaran dan semakin dekat dengan Allah...amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu