Skip to main content

Adam Adli : Terima kasih Dewan Pemuda PAS

Sumber : Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS menegaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini terhadap Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera Datuk Seri Najib Tun Razak di PWTC baru-baru ini.

NONE"Tindak balas ke atas Adam Adli sangat keterlaluan. Ludah, pukul dan terkini (dakwaan) ugutan bunuh ke atasnya telah melepasi  batas kewarasan manusia bertamaddun," tegas ketuanya, Nasrudin Hassan.

"Sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan.

"Insya-Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata, seperti yang telah beliau tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Najib perlu ditangani secara diplomasi.

NONE"Beliau selaku mahasiswa, selaku intelek muda tentunya mempunyai
asas kukuh kenapa beliau bertindak sedemikian. Beri peluang kepada beliau membuat penjelasan, kenapa beliau melakukannya.

"Kerana saya percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya," tambahnya.

Sebagai contoh, tegas Nasrudin, beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu.

"Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Muhammad SAW.

"Perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah SAW.

"Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan dia saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib," tegasnya.

student handing memo to suhakam on academic freedom Bebas chairperson Muhammad Safwan AnangNasrudin menganggap tindakan nekad Adam itu sebagai isyarat atau mesej yang ingin disampaikannya kepada perdana menteri.

"Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan. Paling tidak,  mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli.

"Saya selaku ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut.

"Saya harap Adam bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah swt. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," tambahnya.

Gua : Tq Dewan Pemuda PAS. Maka, terpaksa la gua berhenti kritik Pemuda PAS. Mujur tahun depan dah tak lama. Apa pun terima kasih tak terhingga dari gua aa, Ostad Tantawi dan Ostad Nik Abduh.

Comments

  1. Balas apa yang nampak, bukan yang tidak nampak kerana kita manusia, mana tahu apa yang tidak nampak.

    Jadi balasan yang patut diterima oleh Adam Adli ialah kerana perbuatan biadap beliau.

    ReplyDelete
  2. Tindakan impulsive, reactive saja tak la apa bijaksana sangat daripada seorang pemimpin muda PAS. At least, ok la jugak daripada diam membisu macam TGHH dalam isu A$$an Ali-Na$ha.

    Gua ingat si Adam akan digunakan oleh UMno. Dia akan turnover kata dia diperkuda oleh PAS atau PKR untuk buat sedemikian. Dia telah dibayar sebanyak RM X juta + jaminan sambung pengajian ke oversea... Rezeki dia. Mungkin ada la gambar dia kita akan lihat di media perdana tengah dia 'bertaubat' & berdoa depan Kaabah masa buat umrah tahun depan??

    Mark my word!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.