Skip to main content

Rapat Rakyat 15 Dis. 2011, 8.30 mlm, Tmn Melewar, Gombak.



Kenyataan Umum
13 Disember 2011

9 Disember lepas satu sejarah telah berlaku di mana satu sidang media serentak di seluruh negara berlaku dengan menyuarakan satu maksud yang sama. Tanpa pimpinan 'besar', hanya rakyat biasa dari perbagai latar belakang seperti peniaga kecil, pelajar, pekerja kilang, aktivis masyarakat dan lain - lain tampil untuk bertemu media di seluruh negara dengan menyatakan iltizam bersama menggerakkan rakyat dengan semangat 'ABU' Asalkan Bukan Umno.

ABU bukan organisasi seperti NGO, jauh sekali sebagai parti politik. ABU ialah semangat yang mengikat rakyat dan satu gelombang kesedaran betapa Umno (United Malay National Organisation) merupakan pewaris penjajah yang menjadi punca kecelaruan dan perbagai masalah dalam negara ini.

Dari masalah perkauman melampau, ketegangan antara agama membawa ke masalah ekonomi, rasuah serta kelemahan pentadbiran sehingga pembaziran melampau yang mencipta kepayahan hidup sehinggalah kenaikan kos hidup (harga barang) secara mendadak dan melampau. Semuanya ialah kerana Umno yang dicipta penjajah mewarisi negara ini dan lebih - lebih lagi ia sudah terlalu lama berada ditampuk kuasa.

Siapa ABU ?

ABU ialah saya, saudara dan kita semua rakyat biasa yang bersetuju mengenepikan perbezaan dalam mencari kesamaan melawan kezaliman Umno sehingga tumbangnya Umno dari kekuasaan. ABU tidak dimonopoli oleh mana - mana parti politik atau organisasi. ABU milik rakyat yang sedar perlunya bangkit dengan berani dan dengan tegas menyatakan tidak kepada Umno. ABU ialah trend kebangkitan melawan penindasan. Semua rakyat, organisasi dijemput bersama dan ialah pemilik gerakan ABU. SAMM terlibat menggerakkan ABU atas kesedaran tetapi ABU bukan milik SAMM.

RAPAT RAKYAT

Gerakan kesedaran ini bergerak dengan perbagai pendekatan dari kempen umum, pengedaran risaalah, vcd. Penyampaian mesra media baru tanpa menolak secara konvensional seperti edaran bahan ke rumah - rumah dan pejabat - pejabat. Hinggalah ke kempen secara grafiti dan sabotaj. ABU juga bergerak secara anarkis dan organik. ABU berteraskan rakyat.

Gerakan ABU ini wujud sudah lama cuma sudah sebulan lebih SAMM cuba menggerakkan secara serius mengikut skala yang kami mampu dengan mengikat beberapa lagi organisasi termasuk parti politik dalam usaha serius menyedarkan rakyat mengenai ABU.

Satu program memperkenalkan ABU akan diadakan di peringkat kebangsaan dan negeri. Semua dijemput ke program memperkenalkan ABU peringkat kebangsaan seperti berikut :

Rapat Rakyat ABU
"bersatu ASALKAN BUKAN UMNO"
15 Disember 2011
8.30 malam
Dataran Sebelah KUIZM, Tmn Melewar, Gombak.

Program ini akan menampilkan kelainan dengan mengetengahkan pidato dari rakyat biasa yang mengenengahkan masalah sebenar rakyat, dari pemandu teksi,setinggan, pekerja kilang, suri rumah, pengamal rawatan alternatif, kerani, pegawai bank, cikgu, artis sehinggalah pimpinan parti politik.

Antara pimpinan politik yang telah mengesahkan kehadiran ialah YB Datuk Mahfuz Omar (PAS), Arulchelvam (PSM), Dr. Rohana (PRM) dan Haris Ibrahim (MCLM). Kemunculan khas kali pertama dalam pentas rakyat di semenanjung ialah Datuk Seri Yong Teck Lee (Presiden SAPP) yang akan membuat pengumuman khas bersangkutan ABU.

Majlis juga menjemput Hishamuddin Rais yang porpular dengan blognya Tukar Tiub, beliau didapati antara yang awal menggunakan perkataan ABU sehingga menjadi trend kepada khususnya anak muda.

Diharap semua rakyat yang bersetuju dengan ABU dapat sama membantu menghebahkan maklumat program juga hadir beramai - ramai dan kemudian menjadi agen penyampai maklumat ABU. Ini bukan cerita siapa nak jadi YB atau kerusi pilihanraya tetapi kisah kesedaran rakyat menolak Umno untuk sama menyelamatkan Malaysia.

Asalkan bukan Umno, selamatkan Malaysia.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu