Skip to main content

Komen gua mengenai badai PAS terbaru ini.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Ramai yang minta gua ulas masalah PAS yang terbaru ini. Pada mulanya gua memang tak nak komen apa pun. Komen pun berbentuk selitan dalam N3 lain. Bukan buat N3 khusus macam ni. Tapi bila ada yang mendakwa gua dah bekerja dengan PAS Kelantan, membuatkan gua tak komen, gua terpaksa jelaskan stand gua.

Nama gua AdukaTaruna, bro. Satu nama yang majoriti PAS yang establish yang dah ada jawatan berbulu dengan gua. Gua hanya disokong oleh PAS peringkat akar umbi. Budak2 muda.

Bukan gua tak nak kerja dengan mana-mana tokoh PAS, atau PAS atau kerajaan negeri, tapi ketika dulu fasa gua memberontak. Gua sengaja menjauhi hampir kesemua pimpinan PAS. Menafikan mereka bayar gua. Gua tak nak mereka damage dalam kelompok networking orang yang dah establish. Sayang bakat mereka itu dalam perjuangan. So, gua buat kerja gua secara kumpulan yang bebas.

Sampai sekarang kelompok saluran veteran berkopiah sorok uban putih perasan emas yang berpangkat dalam PAS fobia dengan gua. Termasuk PAS Kelantan sendiri. Heh! Macam la gua jahat sangat.

[2]
Pada gua, ini bukan level gua dah. Bukan level kami (rakan-rakan seperjuangan) dah. Maaf cakap sebab kelihatan jobo. Gua bermula dalam TKO. Sebelum diban. Gua berkubu di sini. Evelyn, nyle, Eddy, xenan, Lelaki Ini, Berg, adalah antara rakan2 perintis kumpulan pemberontak ini. Mamposla gua kalau nak tulis nama kopi janda, joe penang dan kesemuanya. Kena buat 2-3 N3 pula.

Kalau gua umpamanakan penyakit, peringkat gua dan geng adalah peringkat membahaskan punca penyakit. Pembolehubah. Sampai satu tahap penyakit itu sendiri tuduh gua dan geng sebagai penyakit. Tubuh beberapa blog untuk mempertahankan batang tubuh manusia dengan menyerang gua dan rakan2. Tulang Besi sendiri ada satu blog khusus untuk menyerang Tulang Besi.

Tapi apa bezanya kami yang berjuang demi idealogi (nak sebut Allah segan), dengan mereka yang berjuang demi batang tubuh manusia? Skang lu lihat sendiri blog2 tersebut. Bersawang. Malu sendiri. Beberapa yang berjumpa gua atas nama lain. Belanja gua minum. Ingat gua tak tahu? Tara hal la.. hujah adalah hujah. Kemanusian adalah kemanusian.

[3]
Allah janji dah melalui lidah Muhammad saw, Allah akan hina orang yang tidak layak, tapi tak sedar diri memegang jawatan. Pegang jawatan sebab orang pilih dia, hujahnya. Kepala ayah dia tu. Orang yang pilih dia adalah manusia yang berada dalam bangsa bodoh. Dia perlu tahu bahawa antara majoriti pemilihan dengan senarai subjek wajib yang Allah gariskan untuk pemimpin, mana yang lebih tinggi? Yang lebih priority?

Gua dah sebut dah. Masalahnya bukan Hasan Ali. Bukan Nash. Tapi Hadi Awang. Lu cabut, Hadi, akan tercabut 90% masalah PAS. Gua doa sunguh2 nak buktikan ini. Allah hantar Hadi di muktamar Putik Pengkalan Chepa. Edyes sanggup bergadai beli tiket kapal terbang demi nak cabut Hadi.

Gua dakwa itu punca penyakit. Penyakit dakwa gualah punca penyakit. Badan (PAS) setuju gua dan rakan adalah penyakit. Kalau gua penyakit, gua adalah penyakit yang tak duduk dalam badan. Tapi bagaimana penyakit yang duduk dalam badan? Alhamdulillah, maha suci Allah, Allah tunjukkan Allah itu bukan sahaja milik ulama. Gua nak buktikan adalah sesat apabila berfahaman Allah itu milik ulama semata-mata. Tapi juga milik kutu rock macam gua. Hadi ditakdirkan, di loh mahfuzkan tak bleh lari dari gua dan Edyes di akhir muktamar. Gua dan Edyes tunggu sampai habes.

Sejarah 1
Sejarah 2
Sejarah 3

[4]
Perancangan manusianya, percaturan guanya, langgar Hadi adalah terbaik menjelang muktamar. Sebab itu akan menjadi pembuka hati, mata dan akal perwakilan Melayu. Muktamar pertama maybe Allah tranning gua. Muktamar yang tiada pemilihan.

Allah hantar satu asbab bernama satu kejadian pertemuan Istana Terengganu. Hadi Awang terus ke luar negara malam tu. Nik Aziz tak lari. Nak kata sebab tua tak pula. Sebab esok tu, ketika meraikan Apek Red Warrior, TGNA muncul walau tahu wartawan sedang kebulur. TGNA tak lari dan mengaku. Tapi buy time untuk sidang media. Bergegas Stopa Ali ke Kelantan bagi mengawal damage Hadi kalau statement akhbar TGNA membuka peluang itu.

[5]
Pertemuan UG itu panas. Allah hantar Batu Api cabar gua dalam masa yang singkat untuk ke Rusila. Gua dah lama bersedia dari segi hujah dan mental. Allah dah imune gua dalam kes Sultan Johor. Setakat ke Rusila kecil sangat. Cuma iklim banjir time tu. Dan metarial / logistik takda.

Gua bergantung pada Allah. Allah bukan milik Hadi Awang. Gua yakin dia penyakit dalam mencilok sistem Allah. Walau gua jahat dari akhlak, tapi gua buat ni semua demi Dia. Bukan demi kerusi dan pangkat. Memang gua takda pun.

Salman hantar kamera dari Kuala Krai. Pinkturtle kasi kamera, kereta dan duit. C++ akan tunggu di sana. Songkok Putih plak terjebak dah janji dengan gua bank in duit kalau langgar Hadi di Rusila gua nak buat. Hadi boleh jumpa tanpa epoimen katanya. Orang gila datang rumah pun Hadi layan. Batu Api? Mamat dayus tu just tapak untuk dipijak sahaja. Takda kepentingan langsung. Allah just hantar dia sebagai tapak motivasi gua dalam tarikh.

[6]
Jika Allah mahu halang kedatangan gua ke Rusila semudah kun fayakun. Tapi sampai juga gua kesana. Jika Allah mahu melindungi aib Hadi dan Rsuila juga semudah kun fayakun. Tapi Hadi berlindung belakang kereta, samseng2nya mengganas merampas segala peralatan rakaman hujah.

Terbongkarlah punca penyakit dalam badan. Menjelang pemilihan. Hadi diasak dalam mesyuarat PAS Pusat tentang kes gua. Beberapa pemimpin PAS Pusat menghubungi gua bertanya keadaan sebenar. Sayangnya, gelombang itu dimatikan Husam apabila memilih tidak menerima pencalonan Presiden. Aziz Bari sendiri kecewa (Husam tiada kena-mengena sedikit pun dalam tindakan gua yang dahulu).

Gua mendakwa di sinilah titik tolak punca penyakit sudah terbukti. Hadi baru gua langgar, Hasan Ali dan Nash sudah tercabut dan menunjukkan true color. Kalau Hadi gua berjaya cabut? Allah yang lebih tahu sebab dalam percaturan gua dan rakan, kami sendiri termasuk dalam percaturan Allah.

[7]
Kini anda melihat bagaimana orang2 yang menentang punca penyakit (Hadi) dimuliakan Allah. Dalam 1 tajuk lah. Banyak tajuk lain yang Hadi jauh lebih mulia. Aziz Bari yang kata Hadi Paklah versi PAS, taraf pasang khemah, menjadi ikon mahasiswa. Mahasiswa adalah menulis sejarah. Sudah dapat bayangan bagaimana sejarah Hadi akan ditulis? Ini janji Allah dalam tajuk amanah. Hina orang yang ambil amanah tapi dia adalah lemah.

Terbaru Aziz Bari sendiri akan bertanding atas tiket PAS. Kalau Hadi Awang dapat halang, ok lah. Tapi kalau Allah kata itu berlaku? Bagaimana?

[8]
Kita lihat bagaimana kenyataan Stopa Ali membelasah Hassan dan Nash. Ini gerakan cuci tangan untuk Hadi Awang, sebenarnya. Ya.. memang Stopa Ali cerdik. Kalau gua Presiden PAS pun gua akan lantik dia di jawatan itu. Tapi bezanya ialah gua mendakwa Stopa tidak akan berjaya mengawal gua. Tapi manusia selemah Hadi Awang sangat mudah. Kalaulah Allah benarkan rakaman itu terlepas, anda boleh lihat bagaimana Hadi menyorok belakang kereta bila berdepan dengan gua.

Gua ramalkan Hassan Ali akan dedahkan siapa Hadi Awang dan apa yang berlaku dalam kes rundingan PAS-UMNO selepas PRU12 dulu. Inilah sakaratul maut yang cuba dielakkan oleh Hadi Awang dan team. Pada mulanya, team Hadi akan bersihkan apa sahaja yang dilakukan Hassan Ali. Mengapa? Kerana bermusuh dengan Hssan Ali bermaksud mencabar Hassan Ali mendedahkan itu.

Tetapi apabila badan sendiri (PAS) sudah menolak, penyakit sebenar sudah gelabah. Dan kini memilih jalan memisahkan diri dengan Hassan Ali.

[9]
Gua sudah tidak mahu bercatur lagi demi mencilok sistem Allah di Malaysia. Bercatur dalam pertempuran PAS. Gua rasa problem itu sudah selesai. Rakan2 yang lain ada 6 kotak (ala2 Ezam sket) penyelewengan Hasan Ali. Ya, memang benar itu adalah double standard. Mendedahkan kejahatan apabila bukan dalam kumpulan. Mendiamkan kejahatan apabila berana dalam kumpulan. Namun, itu bukan rakan2 PAS Reform. Tetapi rakan2 rapat. Dan as prinsip, gua tetap tulis prinsipnya di sini.

PAS Reform hanyalah satu jenama. Jenama hanyalah tumpangan. Member gua nak kaitkan PASTInya dengan PAS Reform. Gua larang. Sebab kalau bercakap pasal jenama, jenama PAS Reform tidak sesuai malah salah untuk pendidikan anak2. Gua sendiri ada sejarah hina isteri nabi. PAS Reform hanya perjuangan pertempuran kecil. Agak2 settle, bubar sahaja. Allah adalah jenama yang kekal.

[10]
Gua rasa, dan berdoa mudah2an begitu, penyakit dalam PAS akan tercabut. Sekarang ni fasa cabut sahaja. Fasa mudah. Bukan fasa pertempuran dan percaturan. Gua mahu fokus ke Republic Rakyat Malaysia. 9 bintang dalam bendera itu adalah replacement penganggur bertaraf dewa. Membazir, menyusahkan dan kelihatan bodoh. Membentangkan cadangan sistem secara demokrasi dan menerima kritikan, pembetulan dan cadangan.

Gua stop dulu idea Bab RRM. Itu cerita selepas PRU13. Bab PAS keadaan sekarang pun gua tidak terjun ke dalamnya. Gua rasa tugas gua settle. Harap boleh tebus dengan Allah di akhirat sana. Tebus bukan maksud sama nilai la. Takan sama nilai. Tapi maksud dapatla simpati (kena buat nota kaki la plak.. warghhhhh..) Kalau Allah terima la. Kalau tak terima mau gilo nih. Jerit perit takda nilai.

[11]
a. Dapatkan suasana Malaysia Baru dulu. Suasana politik yang lebih matang.

b. Nak dapatkan (a), kena jatuhkan BN dulu.

c. Nak dapatkan (b) terpaksa memasuki pertempuran dalaman PAS. Buang penyakit yang halang (b)

d. Kini nampak gayanya Allah macam izinkan (c). Doa banyak2 supaya dapat (b)

e. Dapat (b), dapatlah (a). Time ni, kena masuk pertempuran kecil lagi. Sebab kena biarkan (a) stabil dari anasir2 penyakit.

f. Dapat (f) dan (a) stabil, insyaalah. Seltan2 ni, gua boleh tahan tengah jalan jer untuk mendapatkan RRM.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Wallahualam.

Comments

  1. adoi.. makin pening aku baca penulisan hg ni.. hadi awang pulak yang bawa penyakit ka ?? =="

    ReplyDelete
  2. Lu ingat Hasan Ali dan Nash berani berunding dengan UMNO lepas PRU12 tu kalau takda signal dari Hadi Awang?

    ReplyDelete
  3. hadi bukan penyakit biasa,dia penyakit yg berakar umbi.

    ReplyDelete
  4. AMBOIIII.....

    HANG NI HEBATLAH.

    APA KATA LEPAS NI HANG LANGGAR PLAK PRESIDEN AMERIKA

    BARULAH PEJUANG ISLAM

    (MENYOROK BELAKANG KERETA... KAH3X)

    ReplyDelete
  5. kalau guna teori banyak yang betul kerana teori yang kita tulis tu masuk akal.

    Sama juga kalau kita cerita pasal hantu yang ganggu kampung kita. Kalau cerita masuk akal orang akan percaya. Cerita apa saja orang akan percaya janji masuk dik akal.

    Nak buat cerita kira baik baik kemudian cerita orang akan percaya. Akal manusia setakat tu saja yang selebihnya hanya Allah sahaja yang tahu.

    ReplyDelete
  6. Bhai AT...

    Penyakit tue sebenarnya dah lama... lu ingat penyakit nak berpadu-padu nih baru nih ker.... Wei... takder la... sudah lama ooo...

    Sejak tahun 1998 lagi.... cuma masa tue depa masih menyusup lagi... takut menyerlah... Masa tue Almarhum Ustaz Hj Fadhil Noor masih idup lagie...

    Masa tue gua saspek ader beberapa mole telah berjaya masuk menyusup dalam PAS dan menaiki hirarki pimpinan... cuma masa tue gua takder bukti kukuh...

    Tapi menjelang PRU11 tahun 2004 dulu.... tembelang depa dah kelihatan.. cuma belum muktamad lagi... Dan penamatnyer depa menonjolkan diri selepas PRu12 tahun 2008 dulu...

    Sekarang nih ramai yang dah tau dan kenal... cuma depa silap... Kapla dier sebenarnya masih belum menonjolkan diri... Kapla dier masih ader lagi... duduk diam dalam pimpinan utama PAS....

    Kalu lu saspek HJ Hadi adalah kepala kepada penyakit tue.... gua ader setuju... cuma ader satu lagi kapla yang lagi bahaya.... Kapla nih dulu khabarnya ader utang ribu riban gak.... level ulama tue... takut gua nak tulis nama dier... hahaha..

    Aper-aper pon.. tak dapat pancung dua tiga kapla nih.. dapat pancung satu kapla pon dah kira bagoosh... at least ader kapla yang akan kecut nanti... hahaha

    P/S: Video lu kena cekak dan kepung dulu kat Rusila akhirnya sudah dapat gua perbetulkan (dulu ader sedikit rosak.. suara ader.. gambar takder)... lu nak preview ka?

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  7. -mmg pelik bile stopa ali wat balik kuang serang anak didik ug die nasha n asan ali, time tu wa dah dpt rasekn yg itu lngkah utk mengukuhkn lg kedudukan stopa ali, tp kalo die pk cmtu sbenarnye die silap...2 bidak (asan n nasha) dah trkorban, tp kuda, bishop, castle,hulubalang2 ni masih berkeliaran lg dlm pas...

    -kite bole je andaikan stopa ali (queen) n hadi (king)..dlm catur amat susah nk matikan king jika queen yg bijak dgn hulubalang masih berkubu dikeliling king..

    -tp mmg btul AT, kalo lu x tulis artikel ni, wa pun ingat lu dah lunak dgn pas sejak tgl di kelate,lebih2 lg skang dah ade anak yg comel,rupe2nye tidak,bagusla cmtu..tetap teruskan perjuangan pas reform..

    ReplyDelete
  8. Hassan Ali hebat. 1999 masuk PAS, 2001 terus naik Naib Presiden. Berapa banyak marhalah tarbiyah dia skip. Belum lagi ujian di lapangan. Dan ini takkan berlaku tanpa restu pemimpin tertinggi. Padahal bukan takde pemimpin lain yang lebih layak.

    At least pemimpin2 PAS yang lahir dari ABIM, IRC, JIM telah mengikuti marhalah tarbiyah ketika dalam gerakan terdahulu.

    Hassan Ali bukan sahaja berpuluh tahun mengikuti tarbiyah UMNO, malah pernah menjadi orang no. 2 dalam 'pusat tarbiyah UMNO' iaitu BTN.

    Sebab tu jangan pelik bila bekas Naib Presiden PAS dan bekas Pesuruhjaya PAS S'gor ini masih meletakkan prinsip Islam sebaris dengan prinsip Melayu dan institut DiRaja. Tak habis cuci lagi fikrah lama, dah duduk kerusi boss.

    Teringin nak dengar bekas Naib Presiden PAS ini menghuraikan panjang lebar tentang dasar PAS iaitu ISLAM. Di mana letaknya 2 lagi prinsip yang dipegangnya dalam dasar parti. Terkandungkah?

    Memalukan jika seorang bekas Naib Presiden PAS masih berideologi UMNO, dengan masih menggigit kuat 2 prinsip tersebut. Mudah sungguh PAS terjebak dalam bahaya kerana meletakkan individu seperti ini dalam kepimpinan tertinggi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.