Skip to main content

Kisah blogger disaman.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Ketika menjadi panel sambil menggitarkan diri gua, di BERSIH 3.0 Hotel Ridel dulu, ada soalan berkaitan dengan apakah definasi kebebasan media. Dan gua memohon untuk menjawab soalan tersebut. Dibenarkan moderator Syauqey.

Kebebasan media yang gua inginkan ialah hak penerbitan yang sama rata. Hak mengemukakan hujah secara rata. Atau kata kasarnya, UMNO/BN berhak menipu dan membodek 24 jam sehari, cetak dan elektronik; lawan kepada UMNO/BN juga berhak menipu dan membodek 24 jam sehari, cetak dan elektronik.

Kemudian, Topeng Perak mencelah bahawa dia mengharapkan setiap parti mempunyai hak akhbar harian. UMNO ada akhbar sendiri, PAS ada akhbar sendiri PKR dan DAP juga begitu. Manakala Utusan Malaysia dan Berita Harian hendaklah bebas untuk rakyat.

Gua tak setuju dengan Topeng atas tajuk logik, bukan tajuk harapan dia. Cuma gua tak bantahla time tu sebab tak penting untuk perjalanan forum. Kat sini, gua storylah. Kita tak boleh harap Utusan Malaysia bebas membela sesiapa. Bela team UG bolehlah. Sebab Utusan Malaysia telah diambil alih oleh UMNO dalam peristiwa Hitam Utusan Malaysia dulu.

Secara logiknya, falsafah yang tepatnya, mana ada akhbar yang benar2 bebas? Buku yang benar2 bebas? Ianya mesti condong kepada penulis. Yang bebas ialah wahyu. Logiknya, Berita Harian dan Utusan Malaysia selepas kejatuhan BN, pasti cenderung kepada pengarang, pemegang saham, tekanan politik sedikit sebanyak, falsafah dan idealogi komuniti / negara / etc. Adakah akhbar USA akan bebas kepada rakyat Afghanistan? Komuniti Islam rakyat USA sendiri? Tidak. Sebab itu tidak logik ada akhbar yang bebas dari segi akhbar itu sendiri.

Kekebasan yang logik ialah semua berhak mempunyai akhbar. Jika mampu harian, maka harianlah penerbitannya. Jika mampu setiap jam, maka benarkan dia menerbitkan setiap jam.

[2]
Persoalan seterusnya ialah fitnah. Kebebasan yang diberikan adalah dalam bentuk hak penerbitan. Dan jika fitnah, maka yang difitnah mempunyai hak untuk membawa ke mahkamah. Dan yang didakwa memfitnah berhak membela diri di mahkamah.

Keburukan hasil kebebasan media tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan kebebasan media. Falsafah yang salah. Keburukan penonton bola sepak tidak boleh dijadikan alasan mengharamkan bola sepak. Kematian jemaah haji yang dipijak beramai2, tidak boleh dijadikan alasan mengharamkan acara haji.

Sebaliknya SOP itu perlu dikenakan, dicipta dan diperbaiki. Sehinggalah didapati apa juga SOP pun, ianya tetap mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan. Setiap benda ada baik dan buruk. Ada positif dan negatif. Tetapi buruk atau negatifnya terlalu banyak. Inilah yang disistemkan Allah melalui peristiwa pengharaman arak. Lu jangan tanya ulama penghafal lah. Mana nak jumpa.

Sahabat mabuk dalam solat. Sampai sebut pun makna lain. Allah haramkan tak acara arak? Haramkan atau tidak? Tidak! Allah ajar kita ubah SOP. Sampai akhirnya SOP masih gagal mengekang keburukan arak yang lebih banyak dari buruk, barulah pengharaman arak itu digazetkan. Takan Allah bodoh sampai tak tahu, sampai Umar sangat2 berharap Allah gazetkan arak diharamkan, bukan ubah SOP.

Allah mahu mengajar kita lah. Cuma pengajaran kes ini tertimbus sebab ulama yang ada adalah ulama penghafal.

[3]
Dalam masa terdekat ini, kita sudah melihat bagaimana Saiful menggunakan haknya menyaman blogger Cucu Mat Kilau (kalau tak silap) akan tuduhan Saiful menderita penyakit kelamin. Siapa benar, siapa salah, kita ada mahkamah. Mahkamah tak bebas, N3 lain.

Kemudian, gua pun kena dakwa juga atas tuduhan menghina Sultan Johor. Sultan Johor pun tak terasa apa dengan mamat ntah apa2 macam gua, banyak tugas lain yang perlu dia selesaikan, puak2 Melayu yang bodoh plak sibuk terkial2. Kengkonon Hang Tuah la tuh. Khaakk ptuih! Takpa.. itu urusan mahkamah.

Kemudian Rais Yatim dengan SharpShooter. Itu urusan mahkamah. Mereka menyelesaikan mengikut undang2. Kemudian Amin Iskandar dengan Papa Gomo. Dan terbaru Husam dengan RBF.

[4]
Apa yang boleh kita pelajari, ialah urusan mahkamah akan fitnah adalah urusan SOP. Acara kebebasan media tidak patut diharamkan. Mungkin terlalu berfantasi, tapi gua nak bawa satu keadaan suatu hari nanti, pendakwah Kristian bebas berhujah dan bermedia. Tetapi perlu mengatasi hujah dan media muslim. Inilah suasana Islam yang sebenarnya.

Orang2 macam Hasan Ali dan Zulkifli Nordin akan ditulis sejarahnya dalam keadaan yang sangat malu. Mereka menjadi lebih tuhan dari tuhan sebab mereka sudah ditolak. Di masa akan datang di mana, debat terbuka pendakwah Kristian dan Islam berlangsung secara aman dan professional, seorang pendebat berhujah :

"Bukti mukjizat Bible kami diakui oleh pemimpin kamu 15 tahun dulu. Dia sangat takut muslim membaca Bible elektronik kami sehingga mengharamkannya."

RBF tidak mengaku bahawa dia RBF di mahkamah Kota Bharu dalam kes saman Husam terhadapnya - Sumber FB

[5]
Jika bercakap soal Husam vs RBF / Kickdefella (bloggers), kita dapati bagaimana seorang pemimpin merujuk undang2, dan membersihkan dirinya dan berani untuk membersihkan dirinya. Rais Yatim berani membersihkan dirinya. Jauh disudut hati gua, gua tertanya2 mengapa DSAI tidak melakukan SOP yang sama terhadap video seksnya. Ianya lebih hebat dari kes Rais Yatim dan Husam.

Jawapan oleh peminat Anwar gua dah tahu. Strategi la, buang masa lah, etc. Tapi, gua sekadar tertanya2..

Kepada RBF tahniah kerana berpeluang membela diri di mahkamah. Marilah kita renung2kan mereka yang ditahan ISA tanpa peluang membela diri di mahkamah. Tahniah juga kerana mendapat suasana politik yang matang di KB. Gua tak fikir suasana politik apakah yang gua dapat kalau gua disaman Exco Johor di Johor.

"Suasana politik apakah yang gua akan dapat kalau gua disaman Exco UMNO Johor di Johor? Cer jawab sket."

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu