Skip to main content

Gambar dan kenyataan media ABU (Kelantan)

Oleh : AdukaTaruna


Tarikh    : 09 Disember 2011
Tempat  : Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan

1. Gerakan Bertindak Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR)
2. Forum Anak Muda Kelantan (AMUK)
3. BERSIH Kelantan
4. Subway Photographer
5. Dewan Pemuda PAS Kelantan               
6. Angkatan Muda Keadilan Kelantan           

_______________________________________________________________

Media cetak nasional
Media cetak parti politik
Media elektronik
Media baru (blog, face book, twitter)

PER : Kenyataan Media Bersama

Pendahuluan.


Pada hari ini, 9 Disember, kami, gabungan anak muda Kelantan, melancarkan satu bentuk kempen dan fahaman yang dinamakan “Asal Bukan UMNO/BN” atau singkatannya ABU. Ianya adalah satu perlancaran yang serentak di seluruh negara. Pada hari dan jam yang sama.

Di bawah kempen ini, kami menyeru kesemua lapisan dan sector rakyat Kelantan untuk mendapatkan suasana politik baru dan lebih terbuka untuk Malaysia yang kita cintai. Kerana, apabila suasana adalah terbaru dan terbuka, sesuatu pemerintah akan cakna dan takut kepada rakyat.

Sesuatu pemerintahan yang sudah biasa dijatuhkan rakyat akan belajar menjadi baik. Pihak2 yang bersaing untuk menawarkan diri menjadi pemerintah akan terus membina kebaikan mereka. Bersaing menjadi baik adalah satu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat.

Mengapa ABU harus menjadi asas dalam memilih ketika pilihanraya yang akan datang?

Jasa sesuatu pemerintah bukan pertimbangan untuk mengekalkan mereka. Itu adalah tanggungjawab mereka. Mereka yang datang dan menawarkan diri. Gaji mereka dibayar oleh rakyat. Mereka adalah kuli dan pekerja kepada rakyat.

Apabila “Asal Bukan UMNO” (ABU) ini menjadi kenyataan, maka, pemerintah yang baru adalah pemerintah yang berasa takut kepada rakyat. Mereka berasa tidak selamat untuk melakukan kejahatan kerana pemerintah yang baru adalah pemerintah yang bila-bila masa boleh dijatuhkan rakyat kembali.

Untuk kontek Kelantan, asas atau falsafah ABU harus menjadi pertimbangan kerana :

1. Hasil bumi Kelantan yang dirompak dari Kelantan. Diagih-agihkan kepada negeri-negeri UMNO yang boros dan rasuah. Antara hasil bumi Kelantan ialah petroleum, gas, pengambilan hutan Kelantan untuk dijadikan Taman Negara tanpa bayaran royalti, dan sebagainya.

2. Sabotaj Kelantan dalam belanjawan negara setiap tahun. Cukai dipungut dari setiap peluh anak Kelantan. Hasil bumi dikaut dari setiap inci bumi Kelantan. Tetapi, dimansuhkan negeri Kelantan dalam setiap kali belanjawan negara dibentangkan.

3. Dakwaan kepada memonopoli, ugut dan penipuan gred kepada petani-petani Kelantan. Padi, beras dan kelapa sawit.

4. Dakwaan kepada mengugut pentadbiran awam Kelantan. Dengan tindakan tukar ke luar daerah atau daerah yang sukar.

5. Pemulauan terhadap pendidikan anak Kelantan. Sekatan bantuan terhadap institusi pondok agama dan sekolah agama rakyat (SAR).

6. Isu kedaulatan Negeri Kelantan. UMNO/BN gagal menjawab dakwaan sesetengah pihak bahawa projek pemberian IC kepada warga Thailand, sekaligus menjadikan mereka dwi warganegara dan boleh mengundi untuk menentukan hidup mati anak peribumi Kelantan.

7. Dakwaan terhadap sabotaj pembinaan janakuasa elektrik pada tempat-tempat tertentu, dimana ianya bertujuan menghalang rakyat Kelantan mendapat kemudahan air yang sempurna.

8. Projek-projek kerajaan pusat yang dilewat-lewatkan. Ada yang dimansuhkan. Bertujuan menghukum keputusan demokrasi rakyat Kelantan.

9. Membenarkan UMNO sendiri, MCA dan MIC memburuk-burukkan dan menghina hudud yang terkandung dalam Al-Quran.

9 perkara ini adalah antara hujah mengapa falsafah ABU wajib digunakan dalam pertimbangan mengundi di pilihanraya kelak. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan khasnya, Malaysia umumnya, supaya mendapatkan satu suasana pilitik baru yang lebih segar, terbuka pada masa akan datang dengan menjatuhkan UMNO/BN.

Sesuatu keuntungan yang tidak ternilai kepada rakyat adalah apabila mendapat satu pemerintahan yang sangat takut kepada rakyatnya sendiri.

Dengan ini juga, kami mengumumkan pada 15 Disember 2011 ham 8.30 malam, satu forum terbesar ABU akan diadakan di Markaz PAS Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sekian, terima kasih.


Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu