Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Dec 1, 2011

Cerita perbicaraan gua.

Oleh : AdukaTaruna

[1]
29.11.11 barulah gua merasai perbicaraan mahkamah. Kes gua tu la. Banyak yang gua belajar untuk kehidupan ni. Melalui peristiwa tersebut. Gua bertuah mendapat hak perbicaraan di mahkamah. Walau sedikit kesal dengan integriti mahkamah di bawah sebuah pemerintahan yang sudah memerintah terlalu lama. Ianya berbahaya kepada rakyat.

Kini baru gua faham perasaan tahanan2, kaum keluarga yang ditahan ISA. Tanpa mendapat hak membela diri di mahkamah. Tanpa pembuktian melalui mahkamah. Bagaimanakah keadaan mereka? Berjuta kali lebih sukar dari gua.

[2]
Saksi pertama yang gua percayai pelapor polis pertama seorang guru. Wajahnya ada sinar kebapaan. Ada lesung pipit. Gempal. Gua ramal dia seorang guru yang disenangi murid. Berdasarkan raut wajahnya.

Tapi, sungguh pun begitu, gua menilai intelektualnya out. Gua cuba menilai dengan jujur. Itulah gua seadanya. Pertama; ketika bersumpah akan mahkamah bahawa memberikan kesaksian yang benar, menjawab soalan2, suaranya sangat perlahan. Pembantu beberapa kali merapatkan mic. Guru lelaki mempunyai suara perlahan? Atau dia gementar dalam mahkamah?

Kesemua saksi2 dan pelapor2 adalah bodoh pada gua. Menuduh gua dengan satu tuduhan yang Sultan sendiri pun tak layan benda yang ntah apa2 macam ni. Gua hanya menjual novel gua. Dia membela seseorang, di mana seseorang itu duduk di kediaman mewahnya tanpa rasa apa2. Banyak tugas lain yang dia perlu selesaikan. Arghh..  bodohnya Melayu2 ini.

Dia berulang2 alik dari Johor ke Seremban, meletakkan risiko nyawa atas jalan raya Malaysia demi seseorang yang tidak terbabit sedikit pun, dengan semua ini. Adakah mereka itu kisah dengan 'pengorbanan2' bodoh anda semua? Dey.... yenna..... Apa gila semua ini? Tidak malukah mereka kepada keturunan mereka yang akan datang? Ligat gua berfikir dengan semua ini dari dalam kandang tertuduh. Ah.. bodohnya mereka..

[3]
Saksi pertama ditegur oleh pembantu mahkamah (dengan sopanla. Terpaksa nota kaki untuk pembaca bangang. Istilah tegur tu tak semestinya mengherdik). Meminta saksi melontarkan suara dengan kuat untuk catatan hakim dan peguam2. Lu tahu apakah bahasa badan yang secara auto diberikan oleh seorang guru?

Tersengeh dalam kontek tersipu sambil menjelirkan lidah! Warghhhhh!!! Wajahnya manis. Memang gua ramal anak2 murudnya sangat suka kepadanya. Tapi bila dia berhadapan untuk satu situasi yang macam itu, dah tersipu2 sambil jelir lidah. Baru ditegur oleh pembantu mahkamah tu bro..

Aduss.... memang benarlah Allah mencipta sistemnya nyamuk lebih banyak dari katak. Katak lebih banyak dari ular. Orang bodoh lebih banyak dari orang cerdik. Orang lemah lebih banyak dari orang kuat. Tetapi, apabila kita menyerahkan keputusan secara majoriti, maka orang bodoh dan orang lemahlah yang akan menentukan keputusan. Kerana mereka adalah majoriti.

BN hanya menang di kawasan hutan dan pinggir hutan. Regim2 zalim di dunia hidup atas sokongan orang2 bodoh yang tiada maklumat. Dia hanya menjadi seorang guru kerana mahu menentukan kehidupan makan gaji. Dia bukan guru berlevel aktivis. Seorang guru aktivis hidup sehingga membangunkan empayar pendidikannya sendiri. Rusila, Pulau Melaka, Darul Syifa, pondok2, sekolah2 Cina.

[4]
Ketika peguam gua menyerahkan satu dokumen kepada guru tersebut, peguam gua bertanya, adakah ini blog yang anda maksudkan?

Guru tersebut cuba menunjukkan inteleknya dengan jawapan :

" Bukan. Sekarang dah takda yang ini." (susun atur blog gua sekarang dan ketika kes kan sudah jauh berubah).

Kemudian peguam gua bertanya :

"Adakah anda memang pembaca blog AdukaTaruna?"

""Tak! Tak! Saya hanya terjumpa blognya sahaja."

Gua hampir tergelak, bro. Seb baik muka hakim tu mcm tu jer. Serius jer. Gua tahanla mimik muka nak gelak tu. Kena flyking kek hakim, sajer jer gua. Bila toleh sebelah kanan, polis mahkamah pun tersengeh rupa2nya. Haha.. Gua tak perlu risau. Saksi pertama kompom tak akan baca N3 gua ni. Bukankah dia bukan pembaca blog gua ;)

[5]
Emak dan adik gua disapina untuk ke mahkamah. Tapi adik dan emak gua tak dapat warrant tu. Peguamcara tanya polis dan semak. Rupa2nya memang tak serahkan. Peguamcara itu marah kepada IO Hazizi (ASP).

ASP Hazizi memberikan penjelasan yang logik. Dia mengikut carta kerja. Dia dari Bukit Aman serahkan sapina itu kepada Seremban.

Peguamcara itu menentang hujah ASP Hazizi.

"You 3 paku la. Takan itu pun tak boleh arah."

"Saya 3 paku. Tapi Seremban ada crown."

Peguamcara itu diam. Apakah yang kita boleh belajar? Sebenarnya, jikalah pemerintah Malaysia tidak berasa selamat untuk mempolitikkan institusi awam, Malaysia adalah sebuah negara yang sangat bagus. Tiada sebab untuk mengubahnya. Kita perlu mempertahankan pemerintahan itu habis2an.

Mahkamah terlalu tinggi dari polis. Polis hanyalah agen penguatkuasa. Mahkamah itulah pemutus hukuman. ASP Hazizi adalah polis yang tegas dalam tugasnya. Gua tahulah sebab gua OKTnya. Tapi bila berdepan dengan peguamcara, Sikh itu, kita lihat bagaimana peguam itu menunjukkan kepada gua (kita semua) di hiraki manakah mereka berada.

Sekarang Malaysia sangat kelam-kabut, lucu dan jakun. Menakutkan pelabur2 berskala besar.

"Sepatutnya your mother, your brother kena hadir."

"Kita faham, tapi saya nak bertanya, mengapa 9 saksi pemuda UMNO itu tidak disapina langsung? Adakah kerana mereka hadir persidangan UMNO, maka mahkamah perlu tunduk kepada UMNO?"

"You kalau nak belasah Pemuda UMNO, silakan. I tak bantah. I pun tak suka Pemuda UMNO."

[6]
Saksi kedua dipanggil. Juga adalah antara pelapor polis. Selepas sumpah....

"Apakah pekerjaan anda?"

"Penghantar notis di Majlis Daerah (di Johor)."

"Mengapa anda membuat laporan polis setelah membaca blog AdukaTaruna?"

"Err.. saya tak baca. Saya ditelefon oleh rakan untuk hadir. Kemudian diberikan salinan artikel blog." (Ayat lebih kuranglah. Ayat sebenar ada dalam mahkamah).

Gua rasa nak tepuk dahi!! Murahnya intelek Melayu!! Orang yang suruh dia buat report mungkin sedang sedap2 hadir persidangan. Dia kena hadir ulang-alik! Malulah kepada keturunan anda kelak.

"Anda tidak lihat langsung blog AdukaTaruna?"

"Saya cuba lihat, tapi dah takda. Laman tu dah ditutup."

Dia ni tahu ke tak sebenarnya ni? Soal hati gua. Ntah2 tak on modem. Memanglah tak bleh masuk. Ntah2 komputer dengan mouse pun tak tahu. Andaian gua lah. Wallahualam.

[7]
Jika mahkamah negara maju, maybe tidak ada langsung laporan polis. Seterusnya tiada langsung kes mahkamah. Kalau maju, mari berlawan dengan hujah.

Tapi gua dalam tahun 2011 di mana ketika ini pemerintah adalah BN. Masih BN. Itu hakikat, itulah realiti. Sebelum kes mahkamah berlangsung pada hari itu, gua ditawarkan peluang mengaku salah dengan sekian denda. Tapi, gua akan memalukan mahkamah tanah air gua yang tercinta dalam subjek sejarah di masa hadapan, jika memilih option itu. Selepas era BN. Lagipun ada priority paling utama tertentu.

Kelemahan dan kelucuan para saksi yang berintelek UMNO cuba diperbaiki oleh peguamcara. Ofkos itulah tugasnya secara professional. Contohnya ketika saksi cakap blog gua ditutup, peguamcara bertanya soalan bola tanggung. Soalan jenis bersuap. Soalan memperbaiki keadaan.

"Apakah yang dimaksudkan dengan blog telah ditutup?"

"Memang telah tiada."

"Blog itu tiada atau artikel itu telah tiada. Artikel itu telah tiada, kan. Blog itu ada, kan. Jadi, setujukah anda jika saya katakan artikel itu yang telah tiada. Bukan blog itu yang ditutup."

"Ya. Saya setuju."

[8]
Perbicaraan gua ditangguh ke 5,6,7 hb 3 2012. Jika sebenarnya Allah sengaja meletakkan gua dijalan perjuangan IRM, maka mudahkan gua, kuatkan hati gua, ya Allah. Seandainya dipertengahan jalan IRM itu, gua berhenti kerana tidak mampu lagi, maka ampunikanlah dosa2 gua, Ya Allah. Gua adalah manusia yang sangat2 biasa.

Jika Lu berasakan anak gua patut sambung, Ya Allah, maka, gua bermohon tutuplah bakat anak gua dalam bidang lain supaya dia akan berada dalam bidang tugas ini nanti Ya Allah. Supaya dia tidak berada dalam bidang bola sepak misalnya, sukan, bidang seni misalnya. Seperti mana yang Lu buat terhadap gua. Sesungguhnya Lu Maha Mengetahui.

Kami satu keluarga bersaksi, memang tiada tuhan lain selain dari Lu Ya Allah. Terima dan tetapkanlah akidah kami sehingga kami mati. Amin.


4 comments:

CUPING MERAH said...

gua pon akan sentiasa berada dibelakang lu..dan tkkan duduk kat depan lu..kah kah kah kah

aljo said...

Gua pun dah rasa bicara dalam mahkamah bro dalam kes poligami tanpa izin. Memang mahkamah kita kartun.

Yang meloyakan tekak gua bila hakim cakap undang2 Islam negeri telah diperkenankan oleh sultan apabila gua argue tentang kenapa perlu minta izin sedangkan Islam tidak menetapkannya.

Gua rasa gua lebih baik daripada sultan tersebut. Setidak-tidaknya gua bernikah ikut suka gua walaupun tanpa izin. Tidaklah seperti sultan tersebut yang langsung tak bernikah tapi angkut anak benggali kehulu kehilir.

Gua ketua agama dalam keluarga gua, Dia ketua agama dalam negeri dia... UWEKKKK

Hanz Newman said...

Sultan lain brader dia boleh buat apa dia suka. Kalau dia tak suka kita dia boleh suka suka sepak terajang kita tanpa sebab atau dibicara di mahkamah. Undang-2 semua bawah kaki dia saja. Kita ni lain pulak kena letak semua Sultan sebaris dewa-dewi kayangan. Kurang sikit daripada Tuhan yang Maha Agung? Mungkin ya! Pastu kita kena ikut undang-2. Kalau perlu premit kita kena mintak permit untuk berhimpun. Jadi, jangan susa-2 diri nak menderhaka kat Sultan. Berbanggalah kita dengan warisan Melayu kita. One of afew wonders in the world.


ho ho ho

SysOp said...

Bhai AT..

Err... berhati-hati menulis tentang perbicaraan lu nih.. takut nanti subjudice.. bahaya oooo...

Gua bercakap dengan pengalaman bhai... banyak benda loyar boleh twist... boleh jadi subjudice...

Berhati-hati aaa...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot