Skip to main content

Ulasan lewat Mat Indera dari rakan Johor.

Oleh : Lelaki Ini

Assalamu'alaikum.

Sori bro. Lambat tunai janji. Ramadhan & Syawal tahun ni gua sibuk sket. Isu Mat Indra dah basi ke? Wakaka.. Gua baru nak respon. Anyway ni pandangan dan pemerhatian gua. Lu rasa ok lu publish la.

Pencerobohan US di Afghanistan / Iraq = Penjajahan British di Tanah Melayu.

2001, US menceroboh Afghanistan. US membekalkan senjata, logistik dan bantuan tentera bersekutu kepada Ahmad Shah Massoud dan Pakatan Utara ( kumpulan penentang kerajaan Taliban yang berpangkalan di Mazar e-Sharif ), dengan syarat Pakatan Utara mesti menjadi barisan hadapan ( frontline ) ketika menyerang pejuang Taliban.

Pakatan Utara membunuh saudara seagama dan sebangsa sendiri. Taliban pula memerangi anjing US demi mempertahankan tanah air. Shah Massoud terbunuh. Presiden boneka Afghanistan lantikan US, Hamid Karzai mengiktiraf Massoud sebagai wira negara hingga memberi cuti umum pada setiap 9 September.

Apa pendirian kerajaan Malaysia ketika itu? Kerajaan Malaysia memuji Massoud, menyokong pengkhianat Pakatan Utara dan mengutuk kerajaan Taliban. Pendirian ini tidak sukar ditelah. Situasi Afghanistan sama seperti Tanah Melayu sebelum 1957. Penceroboh US adalah penjajah British. Hamid Karzai, Shah Massoud dan Pakatan Utara adalah UMNO. Taliban / rakyat Afghanistan yang mempertahankan tanah air adalah gerakan rakyat PKMM, PKM, AWAS, API dan lain-lain.

Anggota keselamatan rakyat tempatan di Afghanistan dan Iraq.

Semasa tempoh penjajahan US ke atas Afghanistan dan Iraq, mereka membuat pengambilan ( rekrut ) anggota polis dan tentera dari kalangan rakyat tempatan. Anggota keselamatan rakyat tempatan ini berkhidmat untuk kerajaan US. Mereka diberi latihan, senjata dan elaun. Mereka ditugaskan di kawasan dan dalam operasi yang berisiko tinggi, seperti menjaga proses pilihanraya, mengawal lokasi aktiviti yang melibatkan Presiden boneka dan mengiringi konvoi logistik.

Selain daripada ingin mengurangkan risiko kematian dan kecederaan di kalangan tentera US, langkah ini juga bertujuan untuk membuatkan pihak pejuang berfikir dua kali sebelum menyerang kepentingan US, sekaligus memberikan imej negatif kepada pihak pejuang sekiranya serangan dilakukan, terutamanya jika melibatkan kematian anggota keselamatan tempatan.

Namun, Taliban dan pejuang Iraq telah beberapa kali menyerang pusat latihan tentera / polis, pos-pos kawalan dan konvoi tentera, yang melibatkan kematian dari kalangan anggota keselamatan rakyat tempatan. Tidak timbul soal bangsa Arab lawan Arab. Bangsa Pashtun lawan Pashtun. Tapi antara pengkhianat dan pejuang tanah air.

UMNO taksub pada jenama.

Jika benar UMNO membenci PKM kerana ideologinya, di mana salahnya rakyat Tanah Melayu menggunakan platform ( jenama ) ini untuk melawan penjajah British ( setelah platform lain diharamkan kecuali UMNO )?

Adakah kerana fahaman ‘radikal’, peranan Taliban dalam usaha memerdekakan Afghanistan dinafikan?

Adakah kerana fahaman Syiah, peranan Muqtada Al-Sadr dan Tentera Mahdi dalam usaha memerdekakan Iraq dinafikan?

Rakyat Mesir menentang kezaliman Hosni Mubarak tidak mengira agama, fahaman dan jenama. Muslim, Kristian, Buddha, komunis, atheis.

Rakyat Libya menentang kezaliman Muammar Gaddafi tidak mengira agama, fahaman dan jenama. Muslim, Kristian, Buddha, komunis, atheis.

Bukan setakat anggota HAMAS dan Fatah, malah paderi dan penganut Kristian di Palestin turut bersatu berusaha memerdekakan bumi Palestin. Malah rahib-rahib Yahudi di UK dan US turut memprotes bumi haram Israel dan kekejaman tentera Zionis.

Di kalangan para pejuang semua ni, ada ke kategori Haluan Kanan dan Haluan Kiri? Tapi Malaysia special beb. Pejuang kemerdekaan pun ada kategori. Kategori pejuang kemerdekaan hanya wujud di Malaysia!

Lu masuk UMNO lu haluan kanan. Walau lu tak berjuang dan hanya makan tido berak kat rumah, asal lu register UMNO, lu adalah pejuang!

Lu masuk PKMM, PKM, AWAS, API yang diharamkan British lu haluan kiri. Walau lu berjuang tak makan tak minum tak tido, tinggal anak bini, bermandi peluh dan darah, lu tetap gerakan haram. Lu bukan pejuang. Lu pengkhianat sebab lawan polis British berbangsa Melayu!

UMNO dan BN memang taksub pada jenama beb. Bagi mereka, biar makan rasuah, biar togak arak, biar bunuh rakyat Memali, biar tindas rakyat miskin, biar layan video seks, biar pisahkan anak bini dengan suami pakai ISA, takpe… asalkan pakai batch UMNO. Jenama UMNO. Jenama lain pegi mampos!

Sentimen Bukit Kepong.

Setelah memainkan elemen jenama / kategori, UMNO memainkan elemen sentimen. Sangat mudah. Polis-polis British di Bukit Kepong tu semuanya Melayu. Kalau Cina atau India, janganlah UMNO nak kisah, Jins Samsuddin pun tak kuasa nak buat filem.

Filem Bukit Kepong, elemen sentimen jauh lebih ditekankan pengarah dari elemen sejarah. Tak caye? Tayangkan filem ni kepada 10 orang Melayu. Tamat, cek tekanan darah dan bebola mata masing-masing. Berapa kerat yang mula mengkaji sejarah selepas filem ini? Selebihnya melayan emosi membenci Cina. Realiti.

( Kenapa Syamsul Yusuf dan SKOP Production sibuk nak buat semula filem Bukit Kepong? Kenapa tidak kisah Dato Maharajalela, Tok Janggut, Dato Bahaman, Mat Salleh atau Rentap? Jika pengarah muda itu berniat nak paparkan sejarah yang lebih lengkap, menyeluruh dan terbuka dalam filem barunya tu, gua ucap tahniah dan selamat berjaya. Tapi kalau lu nak ikut jejak langkah Suhaimi Baba melalui filem Hati Malaya 1957, gua faham sangat matlamat lu. Kalau jadi, ajak sekali Ketua Pemuda PAS Pusat jadi pelakon tambahan. Dia memang minat industri hiburan ni ).

Hasilnya, beratus-ratus bekas tentera tiba-tiba muncul menghentam Md Sabu. Cabar nak jumpa. Tunjuk kaki kudung. Story pertempuran dengan komunis sana sini tahun 1960 an, 1970 an. Hello uncle. Md Sabu story sebelum merdeka. Kes Bukit Kepong 1950. Selepas merdeka dan British berambus balik, siapa pemimpin PAS yang sokong gerakan militari komunis di hutan? Cer cite…

Itu la hakikatnya golongan saluran 1 ni. Tahap intelek faham-faham sendiri la. Sumber info terhad. Kiblat Media Prima. Senang sangat kena main. Cuit sentimen sikit je. Ramai-ramai mengamuk. Isu sebenar tak tau dan tak nak amik tau. Goreng sikit, ramai-ramai pulang wang ‘judi’ RM100 kerajaan Penang. Alahai saluran 1. UMNO masih mampu merangkak sebab lu orang masih hidup. Kalau tak, dah lama UMNO tersembam ke lubang kubur.

UMNO konsisten dengan sifat BANGSATnya. Dulu, kini dan selamanya.

Najib kata komunis China sekarang adalah Komunis Alaf Baru. Tak sama dengan PKM dulu. So, hubungan diplomatik. Menantu ada salasilah komunis pun takpe. Maka, iktiraflah juga komunis Korea Utara! Kenapa tidak wahai Najib?

Kesimpulannya mudah. Sejak dulu hingga kini, Kerajaan UMNO dan BN memang istiqomah berkiblatkan US, bertuankan Zionis Israel. Maka acuan, pemikiran, arahan dan tindakan semuanya dari sana. Tak payah la nak cop Singapore tu Israel Asia. Beza Malaysia dan Singapore pun hanya pada agama dan bangsa pemerintah je. Acuan dan pemikiran tetap sama. Tuannya tetap sama. APCO tetap jadi sahabat sejati.

Maka kayu ukur US dan Zionis Israel lah yang menjadi penentu pendirian dan sokongan kerajaan Malaysia. Sokong Fatah tapi tolak kerajaan sah HAMAS. Sokong pengkhianat Pakatan Utara dan tolak kerajaan Taliban. Sokong komunis China tapi tolak komunis Korea Utara. Istilah ‘pendirian Malaysia’ hanyalah kosmetik yang melindungi sikap sebenar yang bertuankan US dan Zionis.

Kesan ke atas rakyat Johor.

Md Sabu dan rombongan PAS Johor pernah dihalau masa nak jumpa waris anggota polis Bukit Kepong, Jamilah Abu Bakar di Taman Skudai Kanan, JB. Gua kenal sangat dengan ketua penghalau rombongan PAS tu. Ketua UMNO Cawangan. Malah penduduk Taman Skudai Kanan yang dahulunya penghuni setinggan Kampung Skudai Kanan, memang majoriti penyokong UMNO. Fixed deposit untuk Parlimen Pulai. Tak heran lah.

Gua dan rakan ada melakukan culaan di beberapa kawasan bandar dan setinggan dalam kawasan Parlimen Johor Bahru, Pulai dan Tebrau. Peralihan sokongan berikutan isu ini tidak begitu ketara. Rata-rata penyokong UMNO dari saluran 1 hingga 5 tetap menyokong UMNO dan memaki Md Sabu. Penyokong PAS tetap bersama PAS.

Pengundi atas pagar yang ditemui, hanya 7% yang memberi reaksi negatif pada PAS, tapi belum pasti memberi undi kepada BN. Atas pagar selebihnya lebih mengambilberat soal kebajikan, pendidikan, keselamatan dan lain-lain. Bagi mereka perang mulut seperti ini tidak memberi apa-apa kesan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Menang atau kalah, sejarah tetap begitu. Yang pergi tetap pergi.

Itu kawasan bandar. Bukit Kepong terletak di Muar. Antara kawasan yang terkena tsunami PRU12. Kawasan berdekatan, DUN Sungai Abong dan DUN Maharani dimenangi PAS. Parlimen Bakri dimenangi DAP. Gua yakin undi Cina Muar akan kekal bersama Pakatan dalam PRU13, selepas memberikan undi mereka pada PRU12, insya Allah. Undi Melayu? Adakah Melayu Muar lebih pentingkan nasib dan kebajikan generasi mendatang atau lebih utamakan sentimen Bukit Kepong dalam PRU13? Susah nak cakap. Kena buat culaan tu.

Pada gua, isu ni sama seperti isu lain. Isu wang ‘judi’ warga emas, isu rampas warong mamak, isu kepala lembu, isu gereja dan lain-lain. Setiap isu ada golongan sasaran yang terjejas. Kali ni ialah golongan pesara polis / tentera yang tak faham isu. Ada atau tiada isu Mat Indra, golongan ini tetap berkiblatkan RTM dan Media Prima. Tetap terhad sumber maklumatnya.

Sementara bagi golongan muda warga internet, mereka tetap luas sumber maklumatnya. Tetap mendapat pendedahan meluas dari pelbagai pihak dan sumber. Semakin banyak isu, semakin banyak pembongkaran, pendedahan dan pencerahan. Semakin kuat kefahaman mereka terhadap sesuatu isu. Tiada paksaan. Tiada sekatan. Tiada had. Bergantung pada tahap intelek masing-masing untuk memahami dan menafsir sesuatu.

Wallahua’lam.



Comments

  1. SOKONG SANGAT SANGAT MEMANG DASAR PARTI UMNPORNO PANDI KUTTY ARUS JAHILIAH ZALIM LAGI DARI ZIONIS ! DEMI KUASA,PANGKAT DAN POKET KASI LOADED APA SAJA KIRA OK UNTUK SPESIS UMNPORNO NI !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.