Skip to main content

Negara pengamal hudud paling tak selamat?

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Helen Ang

[1]

Bro / sis.. dalam mentafsirkan sesuatu, kena tahu pembolehubah. Tak tahu pembolehubah, carca-marba kesimpulan. Gua bagi perumpamaan.

Taugeh baka A. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Subur. Kesimpulannya, baka A baik?

Taugeh baka X. Guna cahaya matahari sebanyak B. Baja dan air sebanyak C. Tak subur. Kesimpulannya, baka x tak baik?

Adakah kita telah mengenalpasti segala pemboleubah? Sedangkan sebenarnya jarak antara benih kita terlupa. Jarang antara benih A jauh. Jarak antara benih X rapat. Ini juga pembolehubah.

[2]

Bro / sis. Pemerhatian lu sama tahap dengan kemampuan otak ulama baka Melayu. Tidak tahu pembolehubah. Indeks yang diberikan bukan kerana hudud. Tapi kerana kestabilan negara. Negara2 yang diancam paksi CIA / Mossad seperti Timur Tengah memang tidak aman. Dari segi indeks keganasan. Ada beza antara jenayah dengan keganasan.

Kalau tukar hudud kepada undang2 Jepun yang selamat itu, di negara2 tak stabil seperti Timur Tengah, pun itulah indeksnya. Alihkan kesemua penduduk Jepun beserta kanun undang2 jenayahnya di Afghanistan pun, Afghanitan akan kekal tidak stabil kerana pertembungan Amerika dan Russia.

Memang lama gua nak jawab, tapi takdo maso la.. ni pun main taip sekali lalu jer nih. Harap perbahasan mengenai hudud terus disemarakkan. Amin.

Comments

  1. sngt setuju...kalo negara malaysia yg mengamalkan undang2 sekular ni dok dkt benua arab pun tetap akan jadi sama mcm diorng...silap2 lg teruk drpd negara arab yg amal hudud tu pun boleh jadi....punca tidak aman bukan pada undang2 yg digunapakai, tp keadaan negara tu sendiri yg mengundang campur tangan org luar....benua arab dari beratus tahun dulu lg mmg jadi tumpuan campur tangan drpd negara barat ekoran drpd sejarah perang salibnye, dgn sumber alam yg jadi rebutannya, etc etc...
    nk banding ngan bumi malaysia yg sekangkang kera ni? jauh panggang la dr api....

    ReplyDelete
  2. Bro ghostdart,

    Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results. - Albert Einstein.

    Manusia bukan masalahnya tetapi environment. Kenapa bro tak cakap kalo Steve Jobs dibesarkan di Syria sekali pun, Apple Inc. tetap akan wujud?

    Kejayaan Steve Jobs ialah kerana mendiang dibesarkan di satu persekitaran sekular iaitu AS. Bapa mendiang, pelarian dari Syria berjaya menjadi seorang professor terkenal selepas lari ke AS. Kalau bapa mendiang stay di Syria, hopeless lah nak dapat peluang majukan diri.

    Manusia bukan masalah tapi persekitaran. Itulah pembolehubahnya. Jika Malaysia mengamalkan perkitaran (undang2) Arab, welcome to the club of doom.

    Campur tangan orang luar seperti di Iraq, Libya dan Syria berpunca dari pemimpin zalim mereka yang terhasil dr kegagalan persekitaran.

    Aku selalu terpikir kenapa orang Islam tak boleh bina teknologi angkasa lepas walaupun terdapat byk ayat2 Al-Quran menyeru manusia naik ke langit. Pedas tak kalo aku kata 'ulama' di Malaysia kafir kerana meninggalkan sebahagian ayat2 Al-Quran?

    Kalau tak pandai sains pun, kurang2nya mereka bercakap, menulis dan membuat satu gerakan utk melobi pihak kerajaan utk membina teknologi ini 30 tahun lepas.

    Mungkin ko pikir aku sesat tapi sila baca surah Ar-Rahman(55) ayat 33. Adolf Hitler buat dulu bai.....

    ReplyDelete
  3. Liberalisme.... Sakit ar nak layan org mcm ni.....

    Kaji dulu agama apa yg ko anut, kaji suma sunnah, hadis dan al-Quran. Sbelum ko quote Einstein, baik ko kaji balik apa yg Nabi Muhammad SAW, khulafa' ar-rasyiddin dan sahabat2 nabi punya mutiara hikmat sebelum ko agungkan org lain.

    Common sense lar. Kalo ko dh xpercaya kat Islam, at least have a respect to other. Bagi pandangan yg membina atau pedas tapi still dalam lingkungan Aqidah ko.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...