Skip to main content

Jangan bela burung.

Oleh : AdukaTaruna

Kalau pemerhatian gua salah, lu boleh la tolak. Campak dalam tong sampah pun takpa. Tapi kalau pemerhatian gua betul, gua rasa berdosa kalau gua tak gunakan kurniaan pemerhatian yang diberikan Allah itu, untuk share.

Untuk pembolehubah bukan muslim, maybe cara Allah melayan mereka berbeza. Tetapi, pemerhatian gua, untuk muslim, 100% mereka yang membela burung, dengan cara menyiksa, mesti akan ada masalah berkenaan kebebasan dalam kehidupan mereka.

Kalau burung dibela untuk industri makanan, atau penyelidikan, zoo, maybe tidak berlaku. Tetapi persendirian yang membela burung dalam sangkar kecil, dengan cara mengikat kaki atas sangkar, atau dalam reban yang kecil, wajib, 100% akan ada masalah kekebasan.

Sesiapa yang bela burung, atau mempunyai kenalan yang membela burung dalam apa yang gua maksudkan cuba check. Gua rasa setiap detik, setiap hari burung itu akan memdoakan kemudaratan kepada pemilik kediaman. Wallahualam.

Pemerhatian 1.

Pak saudara gua. Yang gua panggil Anjang. Orang kampung. Hobi mengikat kaki burung Terkukur atas sangkar terbuka. Makanan dan minuman disediakan.

Anaknya sihat kesemuanya. Tetapi ditakdirkan, tiba2, seorang anak perempuannya yang sihat sebelum ini, cacat tangan dan kaki. Menyebabkan dia berjalan sangat sukar.

Kebebasan keluarga ini terjejas. Ulang-alik hospital dan bomoh. Bila gua cadangkan Anjang gua nazar bebaskan burung untuk kesihatan anak dia, dia hanya diamkan diri.

Pemerhatian 2.

2 jiran gua sendiri. Gua membesar dalam kelompok jiran tersebut sebelum 1 berpindah ketika gua habes sekolah, 1 lagi masih kekal. Hobi sama. Membela burung Terkukur.

Kebebasan keluarganya terjejas apabila terdapat seorang anak lelakinya terbabit dalam dadah. Maruah, ulang-alik mahkamah, rumah diserbu, etc.

Pemerhatian 3.

Pak Imam surau di sini. Membela burung yang sama juga. Terkukur. Dengan cara mengikat kaki di sangkar. Ada beberapa ekor.

Kekebasan keluarganya terjejas apabila anak perempuan liar dan mengandung luar nikah.

Pemerhatian 4.

Rakan baik gua sendiri. Sama2 buat baju. Hobi dia dan ayahnya bela burung. Dia ada satu reban berukuran lebih kurang 3m x 3m x 3m. Dalam reban tersebut disumbatkan 2 ekor burung apa ntah, seekor burung Terkukur dalam sangkar kecil (sangkar kecil dalam sangkar 27m padu sebab burung Terkukur tu bunuh burung2 kecil), 2 ekor arnab, 5 puyuh. Itu burung, belum ikan dan udang.

Keluarga ini paling banyak masalah kebebasan. 1 anak perempuannya rosak kedua2 buah pinggang sejak darjah 6. 1 anak perempuan lain bercerai. Perebutan hak jaga anak-cucu. Kebebasan keluarga ini sangat kecil. 2 anak lelaki terlibat dadah.

Kesimpulan.

Lu nak percaya, percayalah. Kalau tak nak, terpulanglah. Cuba check bermula dengan diri kita, seterusnya orang yang kita kenal.

Memang tidak semua yang ada masalah kekebasan, membela burung. Itu fakta. Tapi gua dakwa 100% yang membela burung dalam kategori yang gua jelaskan akan ada masalah kebebasan. 100%.

Semoga Allah memelihara kita, mengampunkan dosa kita, memberi kita pentunjuk. Amin.

Comments

  1. Bro,

    Semua org tahu tapi tak faham- segala perbuatan kita yg baik atau jahat akan mendapat pembalasan berkali ganda. Itu sebahagian dari sistem alam semula jadi yg Tuhan cipta sejak azali lagi. Hindu panggil hukum karma (bukan kamasutra)- buat baik balas baik buat jahat balas jahat.

    Satu lagi contoh ialah negara2 Islam yg byk masalah dalam negara mereka seperti di Syria, Iran, Somalia, Arab Saudi, Yaman, Oman dsg.

    Di sana, hukuman pancung kepala, potong tangan, sebat sampai mati, rejam dgn batu dsbg. dianggap oleh masyarakat sebagai satu bentuk hiburan. Mereka mahu melihat bagaimana rasa takut, kesakitan dan keseksaan yg dialami oleh pesalah.

    Lancaulah nak kata undang-undang Allah ke ape ke? Yg menyokong hanyalah mereka yg suka melihat penyeksaan. Akibatnya sebagai pembalasan, negara mereka masih porak peranda, miskin, rasuah, pencabulan hak asasi manusia dn byk lagi masalah lain.

    Cuba bro tgk Global Peace Index 2011. Tanpa undang2 'hudud', Malaysia termasuk dlm kumpulan Top 20 negara paling makmur di dunia. Arab Saudi? Ke-101 baiii....

    Einstein pernah berkata:

    "Insanity is doing the sama thing over and over again and expecting different results."

    Kalau 1400 tahun benua Arab dan Parsi masih kucar-kacir, kenapalah kita nak ikut terjemahan Al-Quran diorang. Mesti ade something wrong dgn terjemahan mereka.

    ReplyDelete
  2. En Fauzi,
    Keras betul tanggapan hukum hudud awak ye....Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, anda nk tunggu Al-Quran yg diturunkan dalam bahasa melayu dulu ke baru nk ikut?
    And apa maksud awak 'TERJEMAHAN AL-QURAN DIORNG'? awak cuba nk kata kitab Al-Quran yg selama ni kita dok baca ni dh dimanipulasi ke? atau awak nk ckp Al-Quran ni direka2 oleh orang Arab? Awak sedar x apa yg awak ckp ni?
    Apa pulak mksud awak dgn statement 'MESTI ADA SOMETHING WRONG DENGAN TERJEMAHAN MEREKA'? awak cerita psl terjemahan Al-Quran atau pemahaman hukum hudud tu sendiri? dh beratus tahun org dok terjemah Al-Quran dr bahasa Arab ke pelbagai bahasa lain,you're telling me theyre all wrong?
    Minta maaf, statement awak ni menyebabkan awak kelihatan seperti menolak mentah2 hukum hudud yg telah digariskan oleh Allah SWT. yg bersalah dlm pelaksanaan hudud hanyalah manusia yg menyalahtafsir dan menyalahgunakannya, bukannya hukum itu sendiri....please check your facts before making such horrendous statement, it could cost your Aqidah...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. encik fauzi ... awak sedar ker apa yg awak komen ni... bawak2lah bertobat.. jgn perlekeh hukum Allah.. buruk padahnya... tergelincir akidah.. terkeluar Islam bro..

    ReplyDelete
  5. Soalan; apa hukumnya pelihara burung dalam sangkar?
    Jawapan;

    Di dalam al-Quran, Allah menyebutkan bahawa segala yang ada di alam ini dijadikan untuk manusia. Di antara firmanNya (yang bermaksud);
    “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi” (Surah al-Baqarah, ayat 29).
    Berdalilkan ayat ini dan ayat seumpamanya, para ulamak meletakkan satu kaedah; “Hukum asal bagi segala sesuatu yang ada di alam ini adalah harus diguna dan dimanfaatkan oleh manusia selagi tidak ada nas Syarak melarangnya”.

    Di antara yang diharuskan ialah perhiasan-perhiasan yang ada di atas muka dunia ini sama ada berupa pemandangan, bunyi-bunyian, logam-logam berharga (emas, perak dan sebagainya), batu-batu permata, pakaian, binatang-binatang dan sebagainya. Ia harus dimiliki dan dinikmati selagi tidak melanggar batasan Syarak dan tidak melalaikan dari kewajipan dan tanggungjawab. Firman Allah;

    “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?’” (al-A’raf, ayat 32).

    Khusus mengenai binatang, Allah berfirman; “Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta keldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya” (an-Nahl, ayat 8).

    Dalam ayat di atas, jelas kepada kita bahawa Allah menjadikan binatang bukan sahaja untuk makanan atau tunggangan, tetapi juga untuk perhiasan kepada manusia, iaitu keseronokan manusia melihat dan memandangnya. Oleh itu, keharusan memelihara binatang bukan sahaja untuk tujuan menjadikannya sebagai makanan dan tunggangan, tetapi juga harus memeliharanya untuk tujuan perhiasan iaitu untuk melihat kecantikannya, mendengar kemerduan suaranya dan sebagainya. Maka menurut ulamak –berdasarkan dalil-dalil di atas- hukum memelihara burung di dalam sangkar (begitu juga ikan di dalam akarium) adalah harus dengan syarat kebajikan burung atau binatang peliharaan itu dijaga dan begitu juga dengan menjaga beberapa syarat yang lain.

    Syeikh ‘Ahiyah Saqar (bekas pengerusi Lujnah Fatwa al-Azhar) dalam fatwanya menegaskan; “Di antara perhiasan (yang diharuskan) ialah beberapa jenis burung dan ikan, maka harus memiliki dan menjualnya selagi ia berada dalam batasan-batasan Syarak dan syarat-syarat yang ditetapkan iaitu;

    1. Tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan berbangga-bangga dan segala amal-perbuatan bergantung kepada niat masing-masing.
    2. Tidak lalai/leka dengan kerana menikmati kecantikannya atau kesibukan menjaganya dari melaksanakan kewajipan Syarak atau tanggungjawab yang lebih utama.
    3. Tidak mengabaikan kebajikannya seperti memberi makannya dan sebagainya.

    Anas bin Malik –radhiyallahu ‘anhu- menceritakan; Aku mempunyai seorang saudara lelaki yang masih kanak-kanak (baru putus menyusu) yang diberi gelaran Abu ‘Umair. Ia memiliki seekor burung kecil (dipanggil an-nughair). Apabila Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wa salallam- datang dan melihatnya, baginda bertanya; ‘Wahai Abu ‘Umair, apa yang burung kecil kamu lakukan?’” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim). (*an-Nughair menurut ulamak ialah burung kecil menyerupai burung layang-layang dan paruhnya berwarna merah. Penduduk Madinah dahulunya memanggilnya dengan nama burung al-Bulbul. Lihat; Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust).

    Imam ad-Dumairi dalam kitabnya yang masyhur “Hayat al-Hayawan al-Kubra” menegaskan; “Hadis di atas menjadi dalil harus kanak-kanak bermain dengan burung kecil”. Namun berkata al-‘Allamah Abi al-Abbas al-Qurtubi; “Yang diharus oleh ulamak ialah menangkap burung itu untuk berhibur/bermain dengannya. Adapun menyiksanya dan mensia-siakannya, tidak harus kerana Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- melarang membunuh binatang kecuali untuk memakannya”.



    Wallahu a’lam.

    .

    ReplyDelete
  6. Di dalam hadis yang lain, Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- pernah menceritakan;

    عُذِّبَتْ امْرَأَةٌ فِي هِرَّةٍ حَبَسَتْهَا حَتَّى مَاتَتْ جُوعًا فَدَخَلَتْ فِيهَا النَّارَ قَالَ فَقَالَ وَاللَّهُ أَعْلَمُ لَا أَنْتِ أَطْعَمْتِهَا وَلَا سَقَيْتِهَا حِينَ حَبَسْتِيهَا وَلَا أَنْتِ أَرْسَلْتِهَا فَأَكَلَتْ مِنْ خَشَاشِ الْأَرْضِ
    “Seorang wanita diazab oleh Allah kerana seekor kucing yang yang dikurungnya hingga mati kelaparan. Ia dimasukkan Allah ke dalam neraka kerana kucing tersebut. Allah berkata kepadanya; ‘Kamu tidak memberinya makan dan tidak memberinya minum tatkala kamu mengurungnya. Dan kamu tidak pula melepaskannya supaya ia dapat makan binatang-binatang kecil yang berjalan di atas bumi” (HR Imam al-Bukhari dari ‘Abdullah bin ‘Umar –radhiyallahu ‘anhu).

    Hadis di atas menjadi dalil haramnya menyiksa binatang termasuk tidak memberi makan kepadanya. Maka, jika kita ingin membela binatang, wajiblah kita menjaga kebajikannya. Jika tidak, wajiblah kita melepaskannya. Satu lagi yang perlu disebutkan di sini; diharamkan menjadikan binatang sebagai bahan taruhan dalam perjudian. Begitu juga, melaga-lagakan sesama binatang. Membela binatang untuk tujuan tersebut adalah haram kerana sesuatu yang dilakukan untuk suatu tujuan yang haram, maka ia turut haram sebagaimana kaedah “Al-Umur bimaqasidiha” (setiap urusan dilihat kepada tujuannya).

    Wallahu a’lam.

    Rujukan;

    1. Fatwa Syeikh ‘Atiyah Saqar, Dar al-Ifta’ al-Misr, 10/150.
    2. Tuhfah al-Ahwazi, jil. 1, bab Ma Ja-a Fi as-Solah ‘Ala al-Bust.
    3. Al-Fatawa al-Islamiyah, 4/597

    ReplyDelete
  7. Walaupun aku tak pernah dgr burung menyumpah...tpi aku pun ade tgok keluarga org bela burung ada lebih kurang masalah di atas...maybe balasan tuhan sbb kurung burung tersebut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...