Skip to main content

Gua yang demam..

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum lu meluat baca N3 ni, gua nak bagitau. N3 ni bawah label peribadi. Alhamdulillah, gua ni jenis yang jarang demam. Maybe dalam setahun, nak demam sekali pun payah. Tapi kalau sekali demam, tu diaa.....

Jadi, sebab payah dapat demam, dan demam plak memang teruk, bermakna, sekali dapat demam, memang menginsafkan gua. Insaf sekejap la. Stendet la pemuda macam gua ni. Huhu..

Rabu lepas, gua kerja petang. Dari jam 4pm - 12am. Menjelang jam 11pm, gua rasa tak sedap badan. Rasa nak sendawa, tapi tak lepas. Balik kerja, bla bla bla, gua tidur.

Mata tak bleh lepas. Badan tak selesa. Kelapa tune dah lari. Gua rasa nak muntah. Baru buka pintu bilik air, wekkkk.. gua muntah. Bukan setakat mulut, tapi dengan lubang hidung pun keluar muntah. Wooo... siksanya.

Jarang gua telan panadol, tp malam tu gua telan panadol. Tapi tak bleh blah. Suruh bini gua sms Hazwan. Cakap esok maybe gua tak dapat hadir meeting.. Harap2, badan gua macam selalu. Tak lama, dah ok.

Menjelang Subuh, makin berat. Rasa nak berak. Berak takda tahi. Tapi air. Pergh... terlentang tak selesa, mengiring tak selesa. Menyiarap lagi la. Gua tidur atas kerusi dalam keadaan duduk. Otot2 semua sakit. Betapa lembiknya manusia itu sebenarnya.

Pagi, member telefon. Gua cakap, kalau gua ok tengah hari ni, gua sampai la mesyuarat tu. Lepas mandi, makan sikit, gua rasa macam ok sket. Gua start kete, ke Darul Digital. Sampai2, orang tengah rehat. Gua tengok ada 1 komputer tak bertutup. Facebook akaun Jeming Hassan Full. Gua update status dia. Stim bila tengok Rosmah. Berderet sms status FB masuk ke hp Jeming. Dia time tu kat KB Mall. Sampai2, terus tuduh gua.



Kembali bab demam, lupa plak tempat tu air cond. Gua keluar masuk. Bila tak tahan, gua lepak atas lantai kat luar. Orang pandang gua semacam jer. Dah macam Mat Pit dah gua.

Lembiknya kita ni sebenarnya. Mujurlah Allah tak bagi gua lembik time gua berdepan dengan Hadi dulu. Kalau tiba2 gua muntah depan Hadi, ada 2 perkara yang berlaku. Allah mengaibkan gua. Tu tak kisah sangat. Tapi, paling dikisahkan Allah mengaibkan hujah dan teknik penghujahan gua. Alhamdulillah, ianya tak berlaku.

Tiba turn gua present idea. Gua present dalam keadaan kedua2 tangan dalam T shirt. Lantak la. Lepas present idea gua, gua pun tanpa berlengah lagi tubik bilik. Duduk bersandar atas lantai. 2-3 minit, terus terlelap. Balik, sampai rumah, gua kol in charge gua. Suruh dia adjust oarang OT. Gua tak larat masuk kerja.

Jeming kol gua. Ajak g shooting statement exco di rumahnya.

"Warghh... sori la bro. Gua tak chekak ni bai. Lu settle la sendiri."

Pagi ni, alhamdulillah. Ada rasa ok sket. Cuma otot dan sendi sengal2. Gua harap dan berdoa, Allah kurniakan kesihatan pada gua terutama sekali ketika wife gua bersalin nanti. Nauzubillah gua lembik time keadaan kritikal macam tu.

Aina Sayuti sms gua. Dr Wong Chin Huat sampai by flight di Pengkalan Chepa 9 malam ni. Sori la sis. Gua still sengal2 ni. Lagi pun gua kerja ma. 8pm - 8am.



Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...