Skip to main content

Gitar amal Wakaf Che Yeh batal kerana tekanan Kementerian Kesihatan.

Oleh : AdukaTaruna

Sori geng. Gitar Amal Wakaf Che Yeh terpaksa dibatalkan ekoran tekanan Kementerian Kesihatan. Semalam bini gua keluar cecair. Sebab gua bodoh bab2 ni (anak sulong), gua pun pergi check di HUSM. Risau beb.

"Salam. Nak bertanya ni. Saya tak tahu sebab anak sulong. Isteri keluar cecair. Saya takut air ketuban ke apa ke. So, nak check. Tapi kalau bukan, dan lambat lagi, saya nak bawa dia balik."

"Minta buku merah."

"Eh.. dah lebih due 3 hari. Register isteri di bahagian kecemasan sana, yer."

"Tapi kalau takda apa2, boleh bawa balik tak?"

"Mana boleh. Dah masuk, mana boleh nak bawa balik. Keputusan kat doktor."

"Saya just nak pasti jer. Sebab isteri ada keluar air. Tapi tak sakit apa2 pun. Kalau takda apa2, saya nak bawa balik. Nanti bila betul2 nak bersalin baru saya bawa."

"Kena check dulu. Dan bila dah check, tak boleh bawa balik ikut suka. Result pada doktor. Kalau baby lemas cane?"

Pendek story, isteri gua belum terbuka lagi. Doktor tahan bini gua (masuk wad) sebab over due. Bermakna Kementerian Kesihatan beri tekanan kepada gua untuk membatalkan acara gitar amal. Sorry la bro...

p/s : Aniwei... thanks pada kerajaan BN kerana kemudahan kesihatan kepada rakyat. Ianya sangat2 bernilai kepada gua. Terasa sangat2. Harap kerajaan pengganti BN akan buat yang lebih baik lagi. Kalau berlaku sebaliknya, suasana politik selepas BN membuatkan gua boleh cari Menteri Kesihatan sampai opis. Lu upah la samseng Rusila pun.

Comments

  1. gua rasa kena bedah tu kalau jalan x bukak lagi.biasa diorg tak nak tahan lama2.kalau ceaser time pantang dan seterusnya wife kena merana sikitla nak menyusu,nak sit up,nak lari ke,keje2 lasak ke ape dah ssh.kalau dpt besalin normal ok sket.tapi apa2 hal gua doakan sume selamat

    ok good luck bro AT & wife.

    ReplyDelete
  2. Tq bro.. gua pun just berserah jer nih. Harap2 normal.

    ReplyDelete
  3. Hospital kerajaan tak mudah2 nak caesar. Kos tu beb. Sedangkan kita cuma bayar berapa % je dari kos keseluruhan. So seboleh2 Dr. akan paksa bersalin normal.

    Wife gua bersalin kali pertama. Anak kembar pulak tu, pun Dr. tak bagi caesar. Paksa gak bersalin normal, walaupun dia nampak penderitaan wife gua sepanjang proses kelahiran.

    Nurse dan bidan bukan main bengkeng. Marah dan tengking kat perempuan yang tengah berjuang antara hidup dan mati ketika bersalin tu biasa kat hospital kerajaan. Tu wad kelas 1 beb. Wad kelas 3 lu paham2 la layanannya guane.

    No wonder selang beberapa bulan lepas wife gua bersalin, ada sorang lelaki India tumbuk Dr. dalam labour room. Stat pada tu, suami tak dibenarkan teman isteri dalam labour room.

    Alhamdulillah, wife gua kuat. Bersalin normal. Gua di sisi dia dari A sampai Z. Insaf beb. Kalau dapat, lu teman wife lu dalam labour room sampai selesai. Banyak manfaatnya.

    Paling tangkap lentok time pangku zuriat pertama lu sambil mengazankan. Peerrgghhh.. ganaz2 lu mesti meleleh beb. Ada gak terselit taman dalam hati. Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu