Skip to main content

Bacaan untuk suami isteri anak sulung.

Oleh : AdukaTaruna
Video kelahiran anak gua : http://youtu.be/urL4RnDz1FY




Hukum pertama : Jangan bawa isteri ke hospital melainkan benar2 memerlukannya.

Kalau tarikh temujanji, ofkos la kena hadir. Tapi maksud gua di sini ialah, jika isteri sekadar sakit biasa, atau sekadar sudah menepati tarikh due, atau sudah melepasi sekadar 2-3 hari, jangan dibawa ke hospital. Kerana isteri akan ditahan di wad. Psikologi isteri di wad berbanding di rumah adalah berbeza.

Pengalaman gua begini. Due yang ditetapkan doktor kerajaan, Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa ialah 22/10/11. Walau gua dan isteri kira tak cukup pun 9 bulan 10 hari. Di sini juga, mereka meminta isteri gua mengira pergerakan janin dalam tempoh 2 jam. Tapi dalam buku merah dan internet mengatakan 12 jam. Bukan 2 jam.

Masuk kandungan ke 5, gua scan di klinik swasta Goh, Kota Bharu. Doktor mengatakan due bukan 22hb. Tapi awal bulan 11. Tamat di sini.

Sampai 22/10/11 (due), Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa bagi 2nd due 29hb dan meminta ke hospital jika tidak bersalin pada 31hb. Kiraan janin per 2 jam juga gagal mencukupi. Malam 25hb, ada sedikit air keluar. Gua n isteri tak tahu air apa. Mak mertua pula tiada.

Untuk make sure, gua ke hospital. Nak pastikan saja. Gua nak elakkan baby lemas. Nauzubillah. Tapi dalam 2 persimpangan.

1. Jika bukan air ketuban, bini gua akan ditahan sebab melebihi due pertama. Dan juga siasatan janin baby kurang gerak.

2. Tapi kalau air ketuban, baby akan lemas. Maka gua pilih ini.

Dan air yang keluar bukan ketuban. Isteri gua ditahan. Sedangkan 2nd due jauh lagi! Siksa bai. Ulang alik hospital, psikologi isteri yang lihat macam2 keadaan manusia, etc.

Untuk tajuk gerakan janin plak, HUSM ikut buku. Per 12 jam. Tiuuu.. kalau ikut 12 jam, baby gua dah boleh dianggap hyper dah. Tak perlu minum air sejuk. So, kepada suami isteri baru tu, ambil ini sebagai ilmu.

Hukum kedua : Teran jangan takut terberak.

Bini gua sakit malam 29 lagi. Masuk Labour Room 8.00 pagi 30hb. 9.30 pagi fully terbuka. Tapi doktor hairan kenapa isteri gua tak sakit2 nak bersalin. Doktor makin kerap pantau jantung baby gua. Sebab makin lama makin sempit. Baby bleh lemas. Gua plak berbakul2 doa mohon Allah mudahkan.

10.30 pagi, setelah sedikit sessi soal-tanya; rupa2nya isteri gua kompius antara sakit nak berak dengan sakit nak bersalin. Dia takut teran2, yang keluar berak. Doktor terus cakap, majoriti bersalin mesti keluar berak. So, isteri gua terus teran. 10.50 pagi keluar. Alhamdulillah.

Baby gua buat muka menangis. Tapi tak keluar suara. Doktor terus bawa pergi. Gua minta nak azan. Doktor cakap nak check. Dilemma lagi gua. Nak gedebe kang, dah janji nak try ubah sikap. Gua mengalah. Gua diminta keluar.

15 minit, gua tak bleh tahan. Gua masuk. Minta hak gua nak azan anak gua. Doktor cakap baby sedang dibersihkan. Takda kat situ. Gua rasa doktor berbulu sebab gua tekad ambil video baby gua time lahir tu la. Tapi, moment tu sangat2 bernilai pada gua. Untuk rujukan salur-galur keturunan gua nanti. Apa nak jadi, jadilah.

Akhirnya, setelah disahkan baby gua sihat, dah dibersihkan, diberi kat isteri gua, baru gua dibenarkan azan. Tu pun sebab gua tahan kat pintu lift. Dah macam pertunjukan amali plak gua azan depan lift. Semua orang tengok. Wuuuu..... azan takda lagu punya. Sebab takut plak dicop menunjuk2 pada nurse2 pelatih.

Sekian dulu. Satu perkara lagi gua kena lalui. Proses daftar nama anak. Gua tak nampak lagi tu cara2nya. Esok2 gua kol Jean la..

Note : Thanks HUSM Kubang Kerian. May Allah bless you all.

Comments

  1. Tahniah. Part nak daftar senang je bhai. Dah ada borang disertakan dgn buku kesihatan baby tu. Lu isi dulu kat umah. Part paling susah nak pilih nama anak. Kalu susah sangat lu gi kedai buku beli buku nama2 anak menurut Islam. Anak gua 7, lu paling kurang mesti 8! Start thinking 4 2nd baby.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik lu tak gedebe. Kalau tak memang berbakul gua maki lu. Wakaka. Bagi la nurse bersihkan baby tu dulu. Keperluan tu lebih penting untuk keselamatan dan kesihatan baby tu.

    Dari alam perut ke alam baru, fizikal kena bersedia. Sebab tu tubuh, anggota dan pancaindera baby tu perlu dibersihkan segera sebab dia bukan lagi dalam atmosfera temuni. Lambat treatment boleh memudaratkan baby tu dan menjejaskan masa depan dia.

    Lu dah sujud syukur belum? Syukur sebab zuriat lu selamat dan cukup sifat. Sempurna fizikal dan akal. Syukur sebab ibunya juga selamat. Dapat bersama lu mendidik dan membesarkan anak. Bayangkan anak sulung terpaksa dibesarkan sendiri tanpa isteri tersayang.

    Aqiqah tanda kesyukuran. Buat kat negara umat Islam miskin. Majoriti mustad'afin. Kemboja, Acheh, Sudan, Somalia, Paelstin. Supaya matlamat aqiqah tu tercapai. Hati pun lebih puas dapat bagi orang miskin makan.

    Sebenarnya once anak lu lahir, bermulalah perjuangan lu melawan fahaman dan adat2 lama yang bertentangan dengan agama dan ilmu perubatan moden yang boleh memudaratkan ibu yang sedang pantang dan anak yang baru lahir. Lu kena rajin buat research. Ada masa nanti gua share lagi.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, Tahniah...

    Tengok kegambar lebih ras-iras muka lu bro...

    ReplyDelete
  4. tq semua..

    lelaki ini.. masalahnya ada bapak sebelah azan time lahir. Time bini gua tunggu bersalin, gua siap dengar lagi dia azan ala2 Mekah.

    Pastu bila kuar keluar, gua jumpa si bapak tu. Ostad beb. Macam Wan Ji, tp pakai kopiah Haron Din.

    Gua tanya dia, cane dia bleh azan. Gua tak dapat. Lu tahu apa jawab dia?

    "Atah kito bbena.. " (Atas kita sebenar..)

    Gua panas dengar. Tu yang gua masuk balik tu. walau tak bleh masuk dah. hua3..

    ReplyDelete
  5. Sekarang baru ada bukti lu terer, bro!!

    Tahniah.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ..lu dah jd Ayahanda... moga bahagia 1 keluarga hingga lu tua kerepot nanti. Bravo bhai!

    Daftar terus anak lu sama SPR sebagai pengundi..kita perlukan 1 undi lagi undi menang majoriti mudah di Seromban .. hohoho.

    ReplyDelete
  7. Haha. Biasa la bro. Pengalaman pertama.

    Hanz, lu bila lagi? Hehe.

    ReplyDelete
  8. tahniah bro.... ni nok buak ccukur ni hari gedio.... bawok gi jupo TGNA la .... dok pom bawok gi rusila.... hehehe

    ReplyDelete
  9. Tu la.. memang berhajat sgt TGNA tahnik. Tapi kalau dia tak halau gua la.. hua3..

    ReplyDelete
  10. Gua? lu lelaki_ini tanya gua, dah kawin ker belum, tentu gua jawab cenggini:
    "Ya, saya belum kawin lagi...3"

    haha ..sepasang dah anak, wehh!

    Anyway, thanks for asking.. no problemo!

    AT.. apa kata, lu jumpa Ketua Pemuda yang macho tu.. Tantawi kot nama dia. Eh, Turtle kot? Takat cukur jambul anak lu, dia pun boleh buat. Lilit serban dia cukup besar & berjubah pulak, kira alim dah tu..hehe. Jadik? TGHH takkan layan lu la.. baik dia pergi memancing atau seminar kat luar negara.

    ReplyDelete
  11. Hanz.... lu nak anak aduka jadi TALIBAN ke.... kahkahkahkah....

    ReplyDelete
  12. JGN la gitu...tu 1 tuduhan liar kat sahibul samahah yg dimuliakan Ketua PAS pujaan ramai tu, abg kita yg hensem...hehe

    "JANGAN TIRU TALIBAN" lebih kurang maksud jangan takat kita tahu marah-2 saja, & terus menghukum itu ini, paksa orang ikut acuan Islam kita nak buat/apply. Kita mesti lebih bijaksana dalam mencapai objektif kita..mesti cara lain yg lebih lunak tapi berkesan ..even it takes long time. Zaman kita dah lain, kita nak Islam menyeluruh ke dalam kehidupan semua kita..mesti serap sikit sikit pun tak pa...janji orang (Muslim & non) mahu layan kita. Dakwah tu brader!

    TAPI dia tak paham ayat tu, dia marah-2, nak gedebe tak payah jadi Ketua Pemuda la. Ramai lagi layak untuk tempat dia kalau setakat bacaan politik dia sebegitu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu