Skip to main content

Pekerja pembuat komponen minuman keras dalam dilema.

Harakahdaily

KUANTAN, 2 Sept: Kedatangan Syawal pada tahun ini ternyata disambut dengan rasa kecewa dan hiba oleh sebilangan besar pekerja kilang W.R. Grace yang prihatin berkenaan kepentingan halal dan haram dalam mencari rezeki.

Semua ini di sebabkan oleh pertemuan yang di adakan oleh majikan dengan pekerja pada minggu lalu yang memuktamadkan keputusan syarikat untuk meneruskan keputusan untuk mengeluarkan produk ‘Daraclar’ dari kilang mereka di Gebeng, Kuantan.

Daraclar adalah salah satu komponen untuk membuat minuman keras. Ia dikeluarkan oleh kilang ini.

Menurut beberapa pekerja yang di temui, dalam pertemuan tersebut mereka telah di maklumkan oleh salah seorang pengurusan kanan syarikat bagi rantau Asia Pasifik bahawa syarikat bertegas akan meneruskan projek tersebut di sebabkan mereka telah melabur terlalu banyak untuk projek tersebut setakat ini.

Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan lagi merujuk kepada mufti berhubung kontroversi yang timbul hasil pendedahan yang di buat Harakahdaily baru-baru ini.

Yang lebih memilukan ialah pekerja telah di berikan dua pilihan samada untuk menjaga keimanan dan keberkatan rezeki yang akan di bawa pulang untuk anak dan isteri ataupun memejamkan mata dengan meneruskan pekerjaan mereka demi sesuap nasi.

Menurut pekerja berkenaan lagi, pekerja yang memilih untuk mengelakkan sumber yang haram tersebut akan di bayar 3 bulan gaji tetapi yang lebih memeritkan ialah mereka di kehendaki memberikan jawapan selewat-lewatnya sebelum 5 September ini.

“Ini jelas merosakkan ‘mood’ untuk kami berhari raya pada tahun ini. Notis yang begitu singkat dan juga tawaran 3 bulan gaji sebenarnya tidak ke mana memandangkan peluang pekerjaan yang terhad dan kos sara hidup yang melambung tinggi sekarang di samping tanggungan semasa seperti bayaran rumah, kereta dan sebagainya.



"Pihak syarikat seolah-olah tidak ingin melepaskan pekerja tetapi sekiranya pekerja berdegil mereka harus mengambil risiko sendiri. Itu belum mengambil kira tempoh masa seseorang itu menyumbang keringat demi syarikat selama ini,” ujar seorang pekerja dengan penuh kekesalan.

Mengulas isu tersebut Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad (gambar) jelas tidak dapat menyembunyikan rasa kesal beliau terhadap perkembangan terbaru yang berlaku.

“Kemuliaan bulan Ramadhan telah dicemari sebegitu rupa oleh mereka yang hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Yang lebih di kesali ialah terdapat orang yang mengaku Islam turut terlibat dalam menjayakan projek ini bermula dari peringkat syarikat hinggalah kelulusan dan kebenaran dari pihak kerajaan.

“Kita mendesak Menteri Besar Pahang agar menyatakan pendirian beliau dan kerajaan pimpinannya berhubung isu ini. Sudah tentu beliau telah di rujuk oleh pengurusan syarikat sebelum keputusan pelaburan di buat oleh mereka dan mengapa beliau boleh menerima pelaburan sebegini rupa?”

Tambahnya lagi “Bagaimana pula dengan pendirian Umno? Mereka yang seolah-olah amat galak kononnya ingin menjadi hero membela Islam kebelakangan ini sepatutnya memprotes habis-habisan dan mesti berkhemah di depan pejabat MB dan di depan kilang tersebut siang dan malam.
"Namun apa yang berlaku sebaliknya pula, mereka hanya galak dan bising jika ada isu di negeri Pakatan sahaja. Seolah-olah syiar dan syariat Islam hanya wujud di negeri yang di perintah oleh PR sahaja.

“Kami amat bersimpati dengan nasib yang menimpa para pekerja yang di duga sedemikian rupa dan mengharapkan agar mereka tetap dalam iman dan bersabar di atas ujian Allah ini.

“PAS mendesak kerajaan negeri bertindak menarik balik kebenaran pengeluaran produk ‘Daraclar’ ini agar sumber pendapatan pekerja dan juga negeri tidak di cemari oleh sumber yang jelas haram ini.

"Tindakan kerajaan yang membelakangkan pandangan golongan agama dalam perkara ini jelas membuktikan hujah bahawa Umno menggunakan golongan agama bila mereka perlukan sahaja seperti mana terompah kayu yang di gunakan hanya untuk ke tandas.

“Penerimaan pelaburan sebegini menunjukkan betapa terdesaknya MB dan kerajaan negeri untuk mendapatkan FDI (Foreign Direct Investment) sehingga terpaksa menerima pelaburan haram seperti ‘Daraclar’ dan yang merbahaya seperti Lynas.’

“Justeru kita meminta agar rakyat menilai sendiri kegagalan dan kemusnahan yang di buat oleh kerajaan pimpinan Umno dan BN ini. Sudah tiba masanya rakyat bersama-sama dengan PR melakukan perubahan dengan menolak Umno/BN dalam PRU 13 nanti demi menyelamatkan maruah dan masa depan agama dan negeri ini,” ujar beliau lagi.



Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.