Skip to main content

Berbulu jer gua dengan Karpal.

Oleh : AdukaTaruna
Sumber : Karpal Mahu Mat Sabu Tarik Balik Kenyataan.

Dari pihak PAS, kehadiran Mat Sabu berjaya mengembalikan PAS yang pasif di era Hadi-Nash. Kemunculan Mat Sabu, khususnya isu barua British ini membuatkan Hadi berada di posisi sepatutnya. Tuan Ibrahim turut sama terlibat dalam perbahasan.

Di pihak DAP, Karpal memang bijak meraih keuntungan untuk DAP dan untuk dirinya. Karpal dilihat betul bermula apabila mengkritik kebodohan Anwar dalam memilih calon dan menyebut bantahannya terhadap Zaid Ibrahim apabila dipilih calon PRK Hulu Selangor, selepas Zaid mengumumkan keluar PKR.

Kemudian hasil kebodohan sambil sombong Azizan Razak, Karpal dilihat betul apabila mempertahankan hak bukan Islam dalam isu disko Ramadan. Setelah 2 contoh itu, dan beberapa contoh sebelum itu, kali ini Karpal mempertahankan barua British dalam isu Mat Sabu.

Hujah Karpal sangat2 dangkal. Hanya kerana ianya telah di'silibus'kan sebagai begitu, maka ianya perlu dihormati begitu. Kali ini, pada gua Karpal tidak berdiri atas hujah dan prinsip. Cuma atas kepentingan dan keuntungan DAP dan persepsi dirinya. Karpal meletakkan DAP dan Karpal sendiri hero UMNO dalam isu ini.

Dalam selok-belok demokrasi, gua memang tiada masalah kerana Karpal hanya memanipulasikan kebijaksaan si Benggali. Asalkan tidak terkeluar dari undang2. Cuma atas dasar hujah, cukuplah gua mengatakan :

Berbulu jer gua dengan Karpal.

Dari pihak hujah pula, gua menyokong Mat Sabu terus menggempur UMNO. Kerana UMNO hanya bergantung kepada pengundi luar bandar golongan tua dan wanita. Jika Mat Sabu menarik kembali kenyataan atau mengendurkan serangan kepada UMNO pun, PAS tetap sukar untuk mendapatkan undi Melayu luar bandar dan wanita.

Jadi, pada gua begini. PAS perlu berdiri atas hujah. Kerana ianya menjamin sokongan golongan cerdik, golongan pengundi baru, pengundi internet, perebutan 10 juta pengguna Facebook, terhadap jemaah PAS. Untuk sokongan golongan bodoh pula, PAS perlu berdiri atas pendekatan.

Wallahualam.



Comments

  1. kepala singh memang byk bulu..lu klau nak byk bulu lu kene jadi benggali singh.
    kecik2 bola hoki
    sudah besar bola ragbi
    kecik jaga lumbu
    sudah busar bank jaga
    ada janggut tarak misai itu kambing
    tarak janggut ada misai itu kucing
    ada janggut ada misai itu KARPAL SINGH.

    ReplyDelete
  2. Mendekatkan melayu kepada DAP merupakan satu langkah bijak dan efesen ->secara pecah dan perintah ni. Jarak Umno dan Pas dirasa akan terus2an( selagi tidak mengutamakan konsep persaudaraan/perpaduan) berjalan sendiri walau Dap sama sekali tidak memperdulikan akan apa jua perasaan Pas lagi.Yang penting polisi melayu menerima Dap sebagai wadah perjuanganya tercapai. Tindakan Karpal meyergah Mat Sabu untuk tarik balik pandanganya menjadi peluang keemasan. Jgn perdulikan apa kata penyokong Pas,tetapi bagi mereka diatas pagar dan pkr juga umno tenat boleh di lenakan.Mereka yang lena ini bersama Pas yang dah buta ini satu hari nanti sangat berguna bagi menjulang kecantikan Dap di Malaysia ini.Dap membuat pilihan terbaik dalam menyuarakan keceluparan Mat Sabu bukan alasan Dap takut Mat Indera tu dikatakan ulama Islam yang memperjuangkan kemerdekaan.
    Seperti kata aduka Mat Sabu ' menjamin sokongan golongan cerdik, golongan pengundi baru, pengundi internet, perebutan 10 juta pengguna Facebook, terhadap jemaah PAS' tetapi benarkah mereka2 ini cerdik?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.