Skip to main content

Tolak campur tangan asing di Libya : Sokong Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Rakyat Libya diingatkan agar memastikan tiada ruang yang dibuka oleh mereka kepada kuasa luar khususnya negara-negara Barat daripada campur tangan dalam urusan politik, pembinaan negara dan infrastruktur yang musnah dalam kebangkitan rakyat, dalam tempoh peralihan kuasa di negara itu.

PAS tidak mahu campur tangan kuasa luar dalam menentukan jatuh bangun politik dan ekonomi Libya, sebaliknya ingin urusan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada rakyat Libya untuk menentukan kepimpinan dan membangunkan negara mereka.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sehubungan itu menyeru pemimpin-pemimpin negara umat Islam dan OIC memainkan peranan segera untuk memastikan tiada campur tangan asing di Libya yang akan mengakibatkan kemusnahan kedua selepas kejatuhan Gaddafi.

Menurut beliau, amat malang bagi rakyat Libya dan masyarakat dunia amnya jika berlaku campur tangan kuasa asing selepas kejatuhan regim Gaddafi.

Katanya, PAS mengucapkan tahniah kepada Majlis Peralihan Negara Libya dan rakyat Libya keseluruhannya di atas kejayaan menguasai Tripoli, sekali gus memberi isyarat kejatuhan rejim Muammar Gaddafi yang memerintah Libya secara kuku besi selama lebih 40 tahun.

"Kejayaan ini merupakan satu menifestasi kebangkitan rakyat yang inginkan perubahan dan kebebasan setelah sekian lama dikongkong dan dizalimi oleh pemerintahan Muammar Gaddafi yang juga banyak membunuh dan memenjarakan rakyat yang tidak sehaluan dengannya," katanya.

Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini, berkata, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut menegaskan, dunia juga mengetahui bagaimana rakyat Libya memulakan kebangkitan dengan jalan damai iaitu berdemonstrasi di jalan raya.

Namun, ia berakhir dengan penuh kemusnahan kepada negara akibat tindakan ketenteraan yang dimulakan oleh pihak kerajaan sehingga membawa campur tangan asing yang memburukkan keadaan.

Katanya, kini pemerintahan regim Gaddafi telah berakhir di Libya dan PAS mendesak supaya pemimpin diktator yang dijatuhkan itu dibawa kepada proses pengadilan dan tidak dijatuhkan hukuman sebarangan mengikut kehendak masing-masing.

"Mereka perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) bagi melalui proses perbicaraan yang adil sebelum sebarang hukuman dikenakan," kata Abdul Hadi.



Comments

  1. Aduka

    Kan awal-awal lagi pihak Barat dan NATO dah campur tangan. Mereka tak akan lepaskan Libya sebagaimana mereka tidak lepaskan Iraq dan Afghanistan selagi sumber minyak masih banyak.

    Mereka akan masuk dengan berbangai alasan nanti.

    ReplyDelete
  2. Ya, saya setuju dengan Mountdweller.

    Selagi barat tak dapat kerajaan Pro-Barat di Libya, Selagi itulah NATO bertapak di Libya.

    Kena tengok sejarah Perang Dingin, Perang Iran-Iraq, Perang Teluk, Perang di Afghanistan dan Perang di Iraq. Semua ini terjadi akibat menentang Amerika. Amerika gilakan mendominasi dunia mengikut kehendak Amerika.

    Perang di Afghanistan sebenarnya sebagai Balasan kepada Taliban kerana Taliban terus-Terang memusuhi Amerika selepas Amerika bersekutu dengan Taliban menentang Soviet Union terhadap pencerobohan di Afghanistan. Setelah Soviet kalah, Taliban terus menentang Amerika, itu sebab Afghanistan diperang.

    Dulu Saddam Hussein menentang Syiah Iran dan Amerika sekongkol dengan Saddam Hussein dan terjadi Perang Iran-Iraq. Tetapi setelah Saddam berpaling arah dengan menentang Amerika, Perang Teluk dan Perang Iraq berlaku.

    Ini pula Amerika nak ambil tindakan terhadap Syria dan Iran (Negara anti-Amerika) berbanding Yaman, Bahrain, Mesir dan Tunisia (Sekutu Amerika).

    Amerika akan gunakan isu ini sebagai bogeyman untuk sesiapa cuba memusuhi Amerika. ICC hanya digunakan untuk pemimpin Anti-Amerika. Diktator kejam Pro-Amerika tidak dikenakan ICC malah diberi perlindungan oleh Amerika seperti Ferdinand Marcos.

    ReplyDelete
  3. They'll be always have an eye on everything, every where that precious. New World Order, yeah?

    An eye on a U$Dollar note like? Remember? Dajal Suci? ho ho ho

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...