Skip to main content

Thanks Radix FC Kubang Kerian coz jual badak berendam sempena besday gua.

Oleh : AdukaTaruna
Label : Peribadi

Khamis. 25 Ogos. Tarikh lahir gua.

Selipar gua beli kat Maidin 6 bulan lalu corak tapaknya dah haus. Licin. Tapi getah tapak masih tebal. Oleh sebab mak gua pernah sambung pensil kontot dengan buluh, maka gua guna pisau untuk ukir corak tapak ikut suka gua.

Selaku ibu tunggal, mak mertua gua dapat bantuan dari kerajaan negeri. Majlis berhampiran Masjid Muhammadi. Memandangkan payah gua nak pergi-balik jemput, gua ambil keputusan berbuka di Qaryah Ramadan. Stadium KB.

Tiba2 hujan lebat. Lebat gile2. Rahmat sempena besday gua. Di Malaysia, tak kira Kelantan atau Sabah, asal hujan, mesti jem. Jalan sesak. Gua kensel berbuka di Qaryah Ramadan. Leceh. Hujan lebat. Bini gua sarat. Gua plan balik rumah. Jalan jem.

Selaku planner perang terbaik abad ini, gua kol adik ipar gua. Suruh tanak nasi. Jangan datang stadium. Hujan lebat. Kensel plan. Berbuka di rumah. Kita beli ayam golek. Makan dengan nasi adik-beradik.

Jumpa ayam golek Jalan Bayam. Hujan menggila. Jalan sesak. Nak berhenti tak praktikal. Usha harga RM18. Standard. Kita pergi Mydin la. Ayam golek pelbagai perisa RM8.90. Gua kan Melayu seperti mana MSK detailkan. Jangan tanya ayam itu dari mana, janji murah. Hehehe. Tapi bagaimana kalau habes?

Gua kol adik ipar semula. Suruh kensel tanak nasi. Tunggu berita muktahir dari gua. Kalau ayam golek Mydin habis, kita buka apa yang ada la. Beli tepi jalan.

Jam 6pm. Sangkut jem Kubang Kerian depan HUSM. Tukar Tiub marah kalau buat flyover jalan atas nama warisan kebudayaan. Gua tak setuju. Rais Yatim pun tak guna hujah Tukar Tiub. Nak lawan dalam forum hari tu bimbang lari tajuk forum. Kaizen sistem jalan atas jalan adalah betul. Bukannya robohkan mana-mana bangunan sejarah dan warisan. Kalau robohkan pada gua peduli apa pada sentimental dan kenangan lama2. Bahasa Melayu pun gua suruh hapuskan kalau wujud bahasa yang lebih baik untuk muslim tempatan.

Sampai Mydin jam 6.15pm. Gua pilih parking area Mydin. Bayar RM2 pun takpa. Janji bini gua tak basah. Gua tak susah. Masa nak belok masuk, pintu laluan telah diletakkan kon. Apsal? Takan full? Banyak kosong ni bai. Apsal? Gua bagi isyarat tangan.

"Tak bleh la abe.. Mydin tutup. Lepas buka baru buka." Sekor pekerja asing sound gua sambil geleng2 India.

Fakap! Mydin tutup untuk pekerjanya berbuka. Cane bleh lupa? Aduss... Kol adik ipar. Buka sendiri2. No adik-beradik. Mydin tutup. Nak balik pun rasa tak sanggup layan jem sekali lagi. Hati sudah patah. Jiwa gua sudah tertutup rapat seumpama idea UG. Gua mau berbuka di Radix FC Kubang Kerian. Hujan semakin lebat seperti mentertawakan gua.

Parking belakang Radix FC. Jelas tile di kaki limanya yang cantik. Berkilau kebasahan. Gua park dengan bahagian bini rapat bangunan. Mula2 bini gua keluar dan masuk di area kaki lima. Skang turn gua plak. Sedia dan ready.

1. Kunci pintu bini gua, buka kunci pintu gua.
2. Masukkan jari kanan di bahagian pembuka pintu.
3. Tangan kiri stanby tutup kunci. Kete gua takda auto lock.
4. Tarik pembuka pintu, tolak pintu dengan siku. Keluar dengan cepat, tekan kunci pintu. Tutup dan lari ke kaki lima Radix FC.

Berdebup! Sekelip mata gua dalam lopak air. Tile licin. Gua dapat rasa kesemua mata dalam Radix FC memandang gua dengan kagum. Terfantasi gua dialog seorang budak.

Radix FC pun ada jual badak berendam ke abah?

Fakap! Apa gelak2?


Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu