Skip to main content

Selamat Hari Raya.

Oleh : AdukaTaruna

Kubur.

Pagi2 raya gua ziarah kubur. Matinya orang Melayu wajib perlu kubur. Tanpa kubur, waris akan rasa tidak lengkap. Termasuklah gua. Katakan mayat anaknya tidak dijumpai. Dah tentu tiada kubur. Mesti kesal sampai mati. Tanah kubur makin lama makin sempit. Tanah terhad. Kalau 'musnah'kan tanah kubur yang ada, dan dibuat untuk generasi yang baru, memang kompom akan dibantah oleh Melayu2.

Sedangkan, Allah dah 'fikir' semua tu. Tu pasal pahala si mati yakni doa anak, ilmu yang diajar atau kemudahan yang memberi manfaat tidak perlu kubur untuk tranfer pahala. Si anak tak perlu ziarah kubur untuk sedekah pahala. Pada gua sebenarnya kubur itu hanyalah satu material yang tidak bermanfaat di sisi Allah kecuali memenuhi fitrah perasaan manusia.

Gua fikir, kalau gua ada kuasa, selepas settlekan kubur bukan Islam (masalah tanah), gua akan buat dasar untuk kubur Islam plak. Kubur lebih dari 30-40 tahun perlu di'musnahkan' untuk memberi laluan kepada generasi baru.

Berjumpa sanak saudara.

Gua terbaca di mana ntah. Kalau tak silap dalam Utusan Malaysia atau Sinar Harian. Seorang wanita mendakwa Open House bukan budaya Melayu. Ianya memusnahkan budaya ziarah-menziarah. Gua tak baca detail dan malas komen.

Tahun ni gua meraikan keluarga Kelantan gua. Setahun sekali la mereka nak berjumpa. Lucu juga kalau kena time rumah yang takda golongan muda. Kesemua tua2 dan pertengahan. Gua agak sukar komunikasi. Sebab bahasa Kelantan gile punya pekat plus laju. Wakakakaka.

Sebentar (3 suku kata) jadi Meta (2 suku kata).
Barangkali (4 suku kata) jadi Kali (2 suku kata)
Penggawa (3 suku kata) jadi Ggawo (2 suku kata)
Beri (2 suku kata) jadi Wi (satu suku kata)

Short cut gile. Laju ya amat. Tu word2 yang gua faham tu. Yang gua tak faham? Sengeh dan angguk2 je la.

Langgar rumah sahabat.

Untuk 2 hari ini, hanya satu rumah jer yang gua sempat langgar. Tu pun sebab dia buat open house pepagi buta. Bleh la gua curik masa sebelum mebelanjakan waktu untuk keluarga isteri gua.

Ayah Su Pox Nick. Seorang peminat Man U. Gua sound dah yang gua akan balik kalau nampak logo Man U kat rumah dia. Wakakaka.

Peminat Manchester United bergambar dengan player Barcelona yang hadir ke rumahnya pada raya ke 2. Beliau berjanji tidak akan sokong Man U lagi.

Gua, AdukaTaruna Jr. dan isteri yang turut berada dalam open house tersebut. Tq bro..

Makanan raya di Kelantan.

Kalau bandar N9, yang popular ialah biskut raya. Lebih kurang sama la dengan bandar Kelantan. Luar bandar N9 yang popular ialah lemang, rendang dan ketupat. Di luar bandar Kelantan pula :

1. Nasi dalam daun pisang yang diikat secara berkembar setiap satu. Nama gua tak tau. Saiz lebih kurang 5cm x 10cm la. Rasa ketupat perasa daun pisang.

2. Tapai.

3. Roti Jala.

5. Kuzi. Camtu kot ejanya. Sejenis makanan ala2 kari. Tapi bukan kari.

Lemang kemain payah gua nak jumpa. Tak pernah lagi gua makan lemang Kelantan. Tak tahu la kalau2 diorang letak gula dalam lemang tu. Kalau open house macam wajib ada satey dan kek.

Program dialog bloggers / facebookers 2hb September.

Jangan lupa bai..


Comments

  1. bro.... kuzi tu kuah roti jala la.... roti jala ni kalau makan ngan lauk gulai biasa tok nyakut mano..... kena cicah ngan kuah kuzi baru nyakut....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu