Skip to main content

Rentetan sokongan UMNO pada murtad.

Oleh : Tulang Besi


1.0 Sokongan UMNO terhadap murtad ini bermula semenjak tahun 50’an lagi sebelum Merdeka.Ia bermula dari Peristiwa Permutadan Natrah. Mengikut tulisan Allahyarham Hj Ahmad Fuad:

Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dengan kata lain, isu Natrah telah memaksa ramai ulama2 dalam UMNO untuk keluar UMNO dan menubuhkan PAS.

Sepanjang kes Natrah dibicarakan di Mahkamah Singapura pada tahun 1950 itu, UMNO BERDIAM DIRI dan TIDAK MENGAMBIL APA-APA SIKAP.

Yang mengembeling umat Islam Singapura memprotes murtadnya Natrah adalah Mujahid Prof Burhanuddin Hilmi serta Karim Ghani. Saya ada menulis sebuah artikel berkaitan dengan isu Natrah di sini.

Sikap berdiam diri UMNO itu membuat pihak penjajah begitu berani menculik Natrah dan menghantar beliau kembali ke Belanda seterusnya menjadi murtad.
Rupanya dah lama UMNO bersikap lunak dengan murtad ni.

2.0 Suka saya memetik kenyataan Ustaz Idris Ahmad seperti di bawah:


”Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam.
Tambahnya, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin pemuda PASdalam operasi Lallang 1987 kerana isu kristianisasi

Jelasnya, UMNO konsisten menolak serta mengecilkan isu murtad selama ini. Baru sekarang ni bising, itupun atas sebab kepentingan politik sendiri bukan sebab Islam

3.0 Dalam Operasi Lalang 1987, lebih 30 pemimpin-pemimpin PAS ditangkap ISA kerana membuat pendedahan berkaitan Kristianisasi di Sabah. Pada waktu itu yang memerintah Sabah adalah PBS yang menjadi salah sebuah parti komponen Barisan Nasional. Tangkapan ISA itu dibuat oleh UMNO ke atas pemimpin-pemimpin PAS.

4.0 UMNO menolak rang undang-undang pribadi murtad yang ditaja oleh PAS melalui Ahli Parlimen PAS, Salahuddin Ayub. Mengikut Salahuddin Ayub:


"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.
"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.


Kalau UMNO ikhlas berjuang isu Murtad, mengapa halang Rang Undang2 Pribadi berkaitan Murtad ini?

5.0 Di mana suara UMNO sepanjang isu Lina Joy berlaku? Adakah UMNO keluar ke jalan raya seperti yang berlaku sekarang bercakap pasal Murtad? Tidak. UMNO senyap sunyi dan menghilangkan diri. Malahan, demonstrasi di Bar Council memprotes forum berkaitan Lina Joy juga dihadiri 90% ahli2 dan penyokong PAS. Mereka dari UMNO seperti tidak wujud.

6.0 Di Wilayah Persekutuan, UMNO luluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Akta tersebut TIDAK MENGHARAMKAN MURTAD. Sila baca di sini.


Kesimpulannya, UMNO hipokrit. Dalam sejarah Malaysia, UMNO tidak pernah memperjuangkan isu murtad.

Malahan, di Wilayah Persekutuan, UMNO tidak haramkan murtad sama-sekali.
Kenapa tiba-tiba nak tonjol diri kononnya pejuang murtad yang tersohor. Berhentilah bersandiwara. Kita dah kenal siapa UMNO. Satu Malaysia kenal siapa UMNO. Islam hanya bahan tunggangan untuk mendapatkan undi dan mempertahankan kuasa.

Kalau benar UMNO ikhlas memperjuangkan isu murtad, sila luluskan Rang Undang-Undang Murtad di Parlimen.


 

Comments

  1. Luluskan undang2 murtad boleh ker nko support!!! Alangkan peruntukkan pada perlembagaan yang jadi dasar jais bertindak pun kome lepas pandang. Lainlah kalau nko memang tak suka dan nak tukar perlembagaan ikut selera dap..yang jadi mentor pr tu..

    ReplyDelete
  2. atiQ.. bagi jap enakmen yg JAIS guna untuk serbu gereja tue..aku bukan org selangor..nak tau undang2 perlembagaan mana JAIS guna, sebab perlembagaan persekutuan xder undang2 yang leh cover tindakan JAIS tue.

    ReplyDelete
  3. Eh gitu ke
    Peruntukkan perlembagaan pada yang diterima pakai Islam Agama resmi..Agong Ketua orang Islam di negara ini..struktur pentadbiranya dan saluran jabatan agama..kan ke Jais berenekmen pun kat situ!Jika ada aduan kenapa di pertikaikan. Bukan jer bab murtad atau sengaja meyogok agama bukan Islam kepada penganut Islam..kalau ada orang ngadu judi ker..pelacuran ker...kena siasat.Itu lah maksud aku...sempoi jer nak faham

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.